Assalammualaikum ^_^
Sudah menjadi impian setiap ibu-ibu yang ada baby nak menyusukan baby dengan susu sendiri kan? I pun, kalo boleh tak mboh la bagi susu formula, bukan ajer mahal kadang tu tak sesuai dengan baby.
Semua pun tau yang susu ibu adalah makanan yang terbaik dan paling bagus untuk tumbesaran si
anak. Banyak khasiat yang terkandung dalam susu ibu, jimat pun jimat, tak yah beli susu hihihi... nak gi mana pun tok soh nak bawak barang sereke serokoh, bawa jee badan hahaha..
Dah lama kan, since 6yold ago I ber-baby, ingat kan power of susu cap gantung I dah berkurangan tapi alhamudulillah rezeki baby adam kan, ternyata masih ada.
Dan dengan itu, harini I nak kongsikan ada beberapa tips-tips dan petua
untuk tambahkan susu badan buat para ibu yang mungkin mengalami masalah
kekurangan susu. Apa yang I kongsi ni pun melalui pengalaman dan petua yang I sendiri amalkan dari awal kelahiran adam sampai lah loni hihihi ;-)
Mudah-mudahan tips dan petua yang dikongsikan bersama ini membantu
ibu-ibu semua, inshaallah berkesan :-)
PETUA BANYAKKAN SUSU
1. Susukan baby seawal sejam pertama kelahirannya. Bagi ibu-ibu yang
bersalin normal, selepas kelahiran baby akan diletakkan di atas dada si
ibu selama 1 jam, sebelum dorang amik untuk buat pemeriksaan pada baby.
Setelah baby dibersihkan dan diserahkan pada ibu, mulakanlah penyusuan
susu ibu pada baby. Kena lah sabar sikit sebab time ni baby tak tau
kuasa hisapan lagi, cuba sampai dapat ya. don give up !
2. Kerap susukan baby. Makin kerap baby nyusu makin banyak susu akan terhasil. During pantang that time, baby adam every 1 hour akan bangun minum, kalo tak bangun pun I paksa dia bangun hahaha...
3. Banyakkan minum air masak/suam, 8 gelas sehari tu wajib. Macam mana susu nak terhasil kalo air dalam badan pun kurang. Kita kurang air, baby jadi keringgg ! ermm tak mau tak mau ..
4. Makan makanan yang seimbang. Jangan asik sibuk nak berdiet je, banyakkan makan sayur dan buah-buahan. Buah kurma is the best ! I pun dalam pantang lagi dah amalkan makan kurma, 3biji 3kali sehari.. kadang tu lebih hahaha..
5. Kerap makan sayur sawi dan peria. Tak kesah lah nak masak rebus ke goreng ke nak telan gittew je ke, tak kesah. Nurse pun ada bagitahu I yang sayur-sayur ni boleh banyakkan susu. tak caya cer amalkan!
6. Last but not least, tips ni I dapat dari my gud friend, she nurse ! Amalkan minum air kurma madu. Samaada yang di buat fresh ataupun beli je kordial air. I is malas nak blend2 nikan, so I beli yang kordial (brand power root), everyday I minum dan alhamdulillah susu makin banyak dan pekat lagi. Pernah 1 day I tak minum, time pam susu I cair huhuhu...
So, tu lah petua dan tips yang I amalkan untuk menjayakan misi penyusuan baby I. Syukur sangat, rezeki susu yang Allah kurniakan untuk baby adam, walaupun I dah start bekerja seperti biasa tapi baby adam masih lagi fully breastfeed! Dan kalo diizinkan, I nak feeding dia sampai umur 2yold without mix with susu formula. That my mission, inshaallah. Doa kan mission I berjaya ya. tenkiu...muahh ciked :-)
Gambar terkini baby adam, esok genap 3mold alhamdulillah perkembangan tumbesarannya sangat memuaskan hati. Baby boom nurse kata hahaha... kita dah 6kg laaaa auntie nurse hihihi |