“Ya
Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya hanya padaMu tempat kami memohon pertolongan dan
perlindungan. Tiada Tuhan Yang Disembah MelainkanMu, lindungilah kami umatMu
yang tidak berdaya ini dari segala mala bencana dan perkara-perkaran yang tidak
diingini. Sesungguhnya tidak akan ada sesuatu kejadian itu melainkan dengan
izinMu”…
Hari ni
akan menjadi sejarah hitam buat keluarga arwah adik “Nur
Amyliana Shuhada Mohd Noor”, kanak2 yang berusia 11 tahun yang menjadi
mangsa rogol dan bunuh manusia durjana. Actually adik Nur Amyliana bukanlah
kanak2 pertama yang menerima nasib malang seperti itu. Sebelum ni Negara kita
pun pernah digemparkan dengan kematian tragis seperti adik Nurul Huda, Shalini,
Nurul Jazline Jazimin dan ramai lagi. Dah ramai kanak2 yang tak berdosa ni
menjadi mangsa nafsu bintang sipelaku durjana ni.
Berita
TV3 malam tadi ade menyiarkan nasib yang menimpa adik Nur Amyliana yang
dijumpai mati dimedan letak kereta oleh seorang remaja berusia 19 yang
kebetulan lalu kat situ (pukul 11.30mlm). kejadian berlaku di medan letak
kereta, Lorong Batu Nilam 1E, Bukit Tinggi, di Klang. Apelah nak jadi dengan
manusia akhir zaman ni, korang tak kesian ke kat budak tu. Bayangkan kalau
benda same terjadi pada ahli keluarga korang?? Ape rasenya?? Happy?? Sedih??
Marah?? Derita?? Geram?? Rase nak Tembak je sipelaku?? Or nothing?? Kosong,
Zero? Mase tu korang raselah macam mane perasaan yang ditanggung keluarga mangsa.
Ingatlah Korang pun akan ade anak jugak kan..lain lah kalau korang tu jenis
haruan makan anak ..lain la plak ceritanya..
Sayu
hati tengok gambar ahli keluarga arwah yang berlinangan airmata meratapi
pemergian beliau buat selama-lamanya. Mungkin Allah lebih sayangkan arwah lebih
dari kalian sayangkannya…T__T
|
Kate si
gadis yang menjumpai adik Nur Amyliana, dia amat terkejut bila
terlihat keadaan arwah yang menyayat hati tu. Dengan mate masih terbuka luas dan
mulut yang berbuih dia terus berlari untuk memaklumkan pada pihak
polis. Usah kate nak bayangkan nak mendengar pun tak sanggup rasenya. Ape salah
arwah pada sipelaku hingga sanggup buat macam tu. Takde sape pun yang mahukan
kematian seumpama tu, jika maut datang menjemput sekali berdoalah pada Allah
agar dijauhi dari dizalimi sedemikian rupa. Kezaliman yang dilakukan pada arwah
memang tak boleh dimaafkan..
Menurut
ibu mangsa Acha kusain, arwah seorang yang ramah dan sangat rapat dengannya. Iyalah
hati ibu mane yang tak sedihkan bila anak yang dikandung 9bulan 10hari pergi
menemui ajal dalam keadaan yang menyayat hati macam tu. Mane2 wanita pun yang
bergelar ibu, mak, mama nak lihat anak2 membesar depan mata tapi jika sudah itu
ketentuanNya redhakanlah kepergiannya. Mungkin Tuhan lebih menyayangi arwah lebih
dari kalian.
“Kami baru berpindah ke sini dari Kuantan, Pahang dua bulan
lepas kerana mengikut suami saya yang bertukar tempat kerja. Sebelum kejadian
dia bermain di sekitar kawasan rumah kira-kira pukul 12.30 tengah hari dan saya
ingat dia akan pulang sebelum malam, tapi tak sangka saya bertemunya ketika dia
telah tiada,”
Ingatlah
wahai si pelaku buat baik dibalas baik buat jahat jangan sesekali. Larilah jauh
macam mane pun, mungkin didunia ni korang lepas tapi ingat akan adenya akhirat
kelak. Selaju-laju Korang lari akhirnya tertangkap jua. Jangan ingat akan lepas
macam tu je..
Sumber
Bernama: Sejurus mendapat maklumat 2 orang lelaki Sabah yang berusia 19 dan 24
tahun yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan adik Nur Amyliana Shuhada
Berjaya ditangkap dan kini suspek akan ditahan reman tujuh hari mulai hari ini
mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan
P/sku: Pada
ibubapa, mak ayah, mama papa (termasuklah yf juga) awasilah anak2 anda. Pastikan mereka
sentiasa berada depan mate. Elakkan dari membiarkan mereka keluar sorang2,
biarlah ape orang nak cakap kongkong anak ke kurung anak ke ape yang penting mereka selamat
dibawah jagaan kita…Bile dengar berita macam ni terus teringatkan anak2. Ya Allah Engkau
lindungilah anak2ku dan umatMu semua, jauhi mereka dari anasir2 jahat.
Peliharalah mereka berikanlah mereka kesejahteraan hidup dunia dan akhirat..Amin
Ya Rabbil Alamin…
No comments:
Post a Comment