ASSALAMUALAIKUM, SELAMAT PETANG
Entry aku kali ni nak share nasib
or kisah malang yang menimpa Brother Nazuwan Ahmad, sorang blogger portal
hiburan “BeautifulNara” yang femes amos tu. Dengar citer beliau kerugian kira2
RM350k apabila kereta mewah milik beliau BMW (bukan Best Man Win tu tau hahaha)
dan juga wang tunai RM30 telah dibawa lari 3 lelaki yang tak dikenali di area
Aman Puteri kira2 pukul 2 petang semalam. Huh!! Tersedak seduk jugak lah aku
kan, Nak pulak time aku bace tu aku tengah minum air. Abeh tersembur kuar air
dalam mulut aku tau. Adehh kan dah abeh file2 penting aku basah.waaaaaa nangis
air mata paip aku, file ngan docs penting aku lengcun kena air kopi panas
kot huhu…**nangis guling juling muling aku waaaaaa….**
(Kanan) Blogger BeautifulNara, Nazuwan. |
Walaupun duit yang dibawa lari
tu hanya 30 hengget jew bukan 30 ribu hengget. Ko ingat senang nak dapat petik
jew terus ado, duit tu bukannyo jatuh bergolek2 dari langit tau. Hah kereta
yang kena curi tu, ko ingat beli guna air liur bukak mulut jew terus dapat
sebijik, tak yah nak bayar bagai. Kesian aku kat depa sekeluarga tak semena2
jadi mangsa samun dan rompak. Kos kerugiannya pulak bukannye ratus ringgit tapi
ratusan ribu tau. Dah lah sekarang ni nak beli baru bukannye senang, lain lah
kalo kayo rayo kan memang lain lah citonyo. Tapi waluapun kayo tapi duit oiii
sapo tak sayang aiii…kate beliau mase kejadian beliau bersama istri ngan anak
sedang melihat kerja ubahsuai rumah yang baru dibeli di area situ2 jugak lah,
tetiba datang pulak kereta jenis Perodua MyVi hitam terus meluru ke arah depa
sekeluarga. 3 lelaki bertopeng bersenjatakan parang keluar dan mula mengugut
beliau. Dalam ketakutan demi keselamatan anak bini beliau turut kan saje
kemahuan sipelaku kerna risau jika sipelaku bertindak diluar jangkaan. Kata
beliau lagi mungkin sipelaku dah jadikan kereta tu sebagai sasaran. Selepas
kejadian beliau telah ke balai polis Sungai Pelong, Kuang buat laporan. Sama2
lah kita doakan agar sipelaku tersebut dapat ditangkap dan dikenakan hukuman
yang setimpal dengan perbuatannye tu kan. Mungkin hari ni hari beliau mana lah
tahu kan esok lusa hari kita pulak kan. peringatan jugak buat beliau dan jugak
diri aku dan korang jugak tau, semuga kita semua sentiasa beringat dan berhati2
dalam semua perkara pun..kate orang malang ni tak berbau. Bebile jew datang
bebile jew pergi..
P/SKu: Pada Brother Nazuwan
Ahmad, mungkin hari ni anda kehilangan harta dunia tapi bersyukur lah padaNya
kerana anda tak kehilangan insan tersayang. Pasti ada hikmah disebalik kejadian
tu. Sentiasa memohon dariNya nescaya Dia akan mendengarNya. In Shaa Allah…^_^
No comments:
Post a Comment