Taktaw kenapa hari ni terdetik di hati aku
nak share dgn korg 1 story, sad sharing exceli. Korg pon taw kan, the whole
world kecoh memperkatakan mengenainya. Seluruh dunia heboh ber-citer
tentangnya, ber macam rumusan keluar, memasing jadi reporter, macam-macam versi
yg dorg dok kata. Itu lah ini lah, sampai kan bomoh pon glamour hokay :D siap
bertikar kelapa bagai, adoiii ngapa tak di bawanya pokok kelapa pelepah-pelepah
tu skali di buat berubat. Paku atah palo. Huh! Ridiculous!
Bukan jew Malaysia tapi whole world kot, sesama
merasai kesedihan dan kepedihan yg di tanggung keluarga mangsa. Dah jadi adat
manusia, lumrah hidup, bila ada yg simpati pasti ada yg membenci. Iskh…ikshh..
tak paham aku, apa jenis manusia lah tu kan? binatang pon tahu belas kasihan,
ni kan plak kita manusia yg punya akal pikiran. MasyaAllah. Sedih. pada mana
hak mulut longkang tu renti kan ler, kesian lah kat keluarga mangsa. Bayangkan
kalo kita berganti tempat dgn mereka, apa perasaan? Walopon aku ni tiada kena
mengena takde sedara pon dalam tu tapi sebagai org hak ado hati dan perasaan, aku
rasa kot. bukan mintak, smua yg jadi pon atas kehendak Yang Maha Esa tapi kalo
lah di takdirkan benda sama terjadi kat aku or korg, Allahuakhbar Ya Allah moga
jauhi lah kami dari perkara-perkara yg tak di ingini. Amin ya rabbal alamin ;((
Pagi tadi koi 10lbh macam tu, kak ani one
of client aku call, asalnya dia just nak follow up dgn aku status file dia, so
bila aku dah update dia status, dah jawab smua benda yg dia tanya, aku pon
borak lah skit ngan dia. tengah dok rancak sembang kan tetiba akak ni citer
pasal sad story yg menimpa kawan se-opis ngan dia, Noorida Mohd Hashim (kalo
tak silap aku dengar tadi) iaitu salah sorang mangsa dalam pesawat MH370. Dorg ni
mmg keje 1 opis, kata kak ani kawan dia tu bujang lagi berusia dalam lingkungan
50an dan bakal bersara tak lama lagi. tak silap bulan 4 kot. pegi Beijing nak
holiday jew pon, nak habis kan coti sebelum bersara. Sebulan katanya kawan dia coti.
Ikutkan perancangan lepas ke Beijing, destinasi holiday seterusnya jumaat
lepas, this time fly ke Tokyo dgn a few kenkawan kat opis. Flight, ticket
everything dah book. tapi tu lah kita manusia ni hanya mampu merancang, Tuhan
yang menentukan. Sebaik perancangan adalah dariNya. Lain di rancang lain yg
jadi. Perancangan nak ke Tokyo dibatal kan, mood nak holiday pon dah gone when
someone we know missing in action macam ni. Even everything dah paid pon, dorg
smua tak kesah, tak pegi pun takpe. Kawan mana yg tak sedih dan susah hati bila
mana kawan yg selalu dok bergelak ketawa bersama-sama tetiba hilang tanpa dapat
dikesan. Teknologi canggih mana pun tak mampu nak tandingi KEKUASAAN dan KEBESARAN
ALLAH S.W.T sampai today pun kehilangannya masih lagi jadi misteri.
Lama jugak lah kami dok borak. Akak ni jenis
peramah, aku plak banyak cakap, mmg padan lah tu kan. mau nya tak lama kami
borak, tapi yg paling buat aku touching n nak nangis bila kak ani citer yg after
this entire thing happen, only they realize something, beberapa hari sebelum
kejadian dorg sempat lah luch sekali. That was the last they meet her, sebab
sehari before tu, kawan dia mmg tak jumpe pun sesapa nak say bye bye kew hape
kew. Tak ada. Cuma masa dorg lunch ritu, kawannya ada say sesuatu yg agak pelik
skit. maybe that was a sign or coincidence we not even know. Lagi plak kata kak
ani kawan dia ni jenis suka bergurau. Tu yg dorg pon macam tak ambik kesah
sangat. masa kenkawan opis kirim barang, ole-ole dari Beijing, 2 word yg dia
cakap
First
“Kalo kapal terbang tu habis
minyak, macam mana nak beli?”
Second “aku
pegi ni tak balik dah!”
Ya Allah terkedu
kejap aku. jodoh pertemuan ajal maut semua itu rahsia Allah kan. Pasti ada
hikmah di sebalik sesuatu perkara. berat mata memandang berat lagi bahu yg
memikul. kehilangan seseorang tanpa berita itu lebih menyayat hati daripada
pemergiannya di depan mata. itu lah yang mampu aku gambarkan tatkala
mengenangkan nasib keluarga mangsa-mangsa yang terlibat dalam kehilangan
pesawat MH370. bukan salah sesiapa bukan angkara sesiapa, bilamana Allah
berkata "Kun Faya Kun" maka tiada apa yang dapat menghalangnya.
Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui akan semua perkara. Ternyata
kecik sungguh dunia ni. mgkin yg terlibat bukan kenalan mahupun sedara mara aku
tapi sapa sangka mereka adalah kawan pada kenalan aku. ritu my mentor cakap yg
pilot yg bertugas (Kapten zaharie) adalah ayah kepada best friend dia dan hari
ni plak client aku cakap yg salah sorang penumpang adalah kawan dia. Mungkin
kita bukan sesiapa pada mereka tapi jangan lah kita mendoakan yg tak baik.
Biarpon kita asing bagi mereka tapi cakaplah yg baik-baik aje tentang mereka.
Mohon doakan agar semua nya akan selamat dan pulang pada keluarga memasing.
Hentikanlah buat andai yg mgkin tanpa kita sedar kita dah buat mereka yg
terlibat berada dalam kesedihan. Pada yg berusaha mencari teruskan misi anda
hingga berjaya, pada keluarga harap anda smua sudah bersedia menerima apa jua
ketentuanNya dan pada rakyat Malaysia teruskan berdoa agar satu hari nanti kita
akan dapat petunjuk dariNya. In shaa Allah, amin ;))
Innalillahiwainnailaihirojiun. Padamu kami
datang padamu jualah kami kembali.
Ya Allah Ya Tuhanku
jika dilangit
turunkanlah
Jika di dalam dasar
lautan timbulkanlah
Jika diatas daratan
tunjukkanlah.
No comments:
Post a Comment