Tuesday, June 17, 2014

Lembaran Baru Ramadhan 2014 │Tips kekal bertenaga di Bulan Ramadhan

♥♥♥ KENSHIDO INTERNATIONAL - MEGA LIFE IN MAKING ♥♥♥ 

 Assalammualaikum! Hai fellas ^_^ 



Kurang dari 10 hari saja lagi umat islam seluruh dunia akan menyambut bulan yang penuh dengan barakah, iaitu bulan Ramadhan Al-Murabak. Alhamdulillah syukur ke hadrat Yang Maha Esa kerana masih lagi mengizinkan aku dan keluarga menyambutnya pada tahun nih. Seperti tahun sesebelum, kami masih lagi ber-empat ! Bila nya nak ber-lima entah ler hurmmmm…..



Apa pun perasaan, keterujaan dan kegembiraan menanti tiba nya Ramadhan sangat mendebarkan, tak sabar rasa nya. Niat tahun nih nak puasa penuh, in shaa Allah jika dizinkan. Iya lah kalo boleh tak nak lah jadi macam tahun lepas, kejap puasa kejap kang cuti sob..sob..sob… faktor kesihatan jadi halangan nak puasa penuh huhuhu….Kata orang, sakit penghapus dosa-dosa kecil. Alhamdulillah, mungkin sebahagian darinya dah terhapus.



Setiap kali tiba nya Ramadhan pasti pelbagai coretan dan kenangan baru dapat di lalui bersama. Hurmm belum pun mula berpuasa aku seakan dah dapat bayangkan, ragam anak dan hubby masa nak kejutkan makan sahur nanti ! hehehe… Mesti kecoh, riuh rendah rumahtangga aku dengan ragam dorang anak beranak nih…Lebih-lebih lagi sekarang nih kan musim bola, FIFA WORLD CUP 2014 ! Musim hubby-hubby se-dunia pakat jadi “security guard”.… pak guard, keje obertime depan tibi hahahahaaa…



Walaupun zombie bola melanda di saat bulan Ramadhan tapi ada batasannya. Yang wajib mesti diberi keutamaan dulu. Bola, bola jugak tapi puasa tetap puasa ya, tiada alasan ngantuk, letih lemau bagai nah….



Tapi aku tak risau, sebab aku ada rahsia macam mana nak bagi hubby kekal bertenaga dan ceria sepanjang berpuasa nanti. Nak tahu rahsianya ? Pssstttttt…................Rahsianya, aku akan pastikan hubby amalkan memakan optiberry. 3biji 2kali sehari dimakan waktu sahur dan juga masa berbuka…. Supplement yang boleh membantu kami kekal focus, bertenaga dan ceria sepanjang hari…..yerp memang dah terbukti keberkesanannya, pada yang nak cuba, sila lah ;-)




Tips ketika bersahur



Kurangkan makan makanan yang masin/pedas/berlemak/manis. (sup yang sebaiknya)



Lebihkan minum air putih / masak.



Lewatkan waktu makan. (biasa aku lagi sejam nak habis waktu baru makan).



Makan supplement tambahan yang boleh memberikan tenaga ketika melakukan rutin harian. (aku makan optiberry, bagus untuk kesihatan dan sentiasa focus. Badan pun tak lemau)

Dan yang terakhir sekali jangan lupa baca niat puasa ya, bagi yang dah lupa niat puasa boleh rujuk Tips galakkan anak anak berpuasa beserta niatnya sekali


Sebelum aku undurkan diri dan mengakhiri perkongsian nih, aku nak ucapkan terima kasih bebanyak pada Top Blogger, otai Hasrulhassan.com kerana sudi menganjurkan segmen Bloglist Sahabat Blogger Ramadhan 2014, sekurang-kurangnya beliau sudi  membuka ruang dan peluang pada blogger macam aku nih mencuba heeeee........sudi lah kiranya terima penyertaan saya nih ya kihkihkih....pada blogger-blogger yang ingin turut serta, boleh rujuk terus pada beliau......

Sekian.
 

4 comments:

Umi Nazrah said...

salam singgah. saya pun amek suplemen jugak. untuk bekalkan nutrisi yg badan perlukan sepanjang hari. kan sekarang gaya hidup kita dah mencabar ^_^

Yatie Fizzy said...

@Umi Nazrah betul tuh..... supplement boleh bantu badan kita dari letih....alhamdulillah ;-)

Liyliz said...

ala rindu lak liz nk g cameron jugak.

Unknown said...

betul tu..supplement membantu kita kekal cergas jr di bulan puasa

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...