♥♥♥ KENSHIDO INTERNATIONAL - MEGA LIFE IN MAKING ♥♥♥
Assalammualaikum! Hai semua ^_^
Bagi insan-insan yang bekerja makan
gaji macam aku, berdepan dengan tekanan di tempat kerja perkara biasa, sehari
tak ada tekanan memang tak sah. Banyak faktor yang buatkan aku tertekan,
antaranya bila TERPAKSA bekerjasama dengan manusia yang berpelajaran tinggi, berlagak,
bodoh tapi sombong ! teramatlah sangat menyakitkan hati…
Aku tahu mana-mana kerja pun pasti
akan ada sekor langau, tu memang dah kompom, tapi langau kat opis aku ni jenis
langau *SAMPAH*, semak samun, mulut bau longkang.!!!!
Orang kata apa tu, adat dalam
pekerjaan, tak semua indah dipandang mata, akan ada satu “lembaga hitam” yang
mengganggu pemandanganmu. Maka hari ni izinkan aku untuk berkongsi beberapa tips
yang boleh digunapakai, tangani dan mengelak dari terjelumus ke arah tu, tak
kira lah di tempat kerja mahupun dimana-mana saja. In shaa Allah :))
Cara
tangani tekanan di tempat kerja !
MULAKAN HARI DENGAN NIAT
MULAKAN HARI DENGAN NIAT
Semolek-moleknya sebelum melakukan
sesuatu perkara/pekerjaan, mulakanlah dengan membaca lafaz bismillah, tanamkan
niat dalam hati agar apa jua pekerjaan/perbuatan yang dilakukan adalah hanya
kerana Allah s.w.t. permudahkan dan mohonlah pertolongan padanya agar lancarkanlah
hari-hari yang bakal ditempuhi dengan jiwa yang tenang tanpa sebarang prasangka
buruk. In shaa Allah niat yang baik akan termakbulkan. Ameen.
MEMAAFKAN DAN TIDAK BERDENDAM
Semaikanlah sifat memaafkan dalam
diri, biarpun kepahitan dan kesakitan tu amat berat untuk dilupakan, cubalah
agar perasaan marah, benci tak singgah dihati. In shaa Allah jika kemaafan yang
dihulurkan, ketenangan dan kebahagiaan yang Allah anugerahkan sebagai
ganjarannya.
JANGAN IKUT HATI
Ikut hati mati, ikut rasa binasa. yang
lepas biarkan berlalu, jadikan sejarah dalam hidup. Fokus kehadapan, jika dengan
memikirkannya buat jiwa rasa tertekan, buat apa fikir ? Move on, hidup perlu
diteruskan, Anggap saja ianya dugaan kehidupan. Jangan terlampau ikutkan
perasaan amarah dan benci tu, seriously tak berbaloi wokeh !
BERSABAR
Sabar separuh daripada iman ! Sabar tuh
indah tapi tak semua nampak keindahannya. Walau bagaimanapun kesabaran tuh ada batasannya,
selagi masih mampu untuk bersabar dan tahan dengan situasi, maka tuh adalah
yang sebaik-baiknya. Buat tak tahu jer, paling pun kalo dah bengang sangat,
keluar buat seketika waktu, lepaskan yang terbuku pada seseorang yang boleh
tahan telinga nak dengar. Lepaskan jangan pendam-pendam, kalo rasa nak jerit, jerit
jer tapi jangan lah jerit kat opis, kang panggggggg !!!! bos bagi hadiah hehehe..
BERFIKIRAN POSITIF
Kekal positif dalam apa jua situasi, mungkin
ada hikmah disebaliknya, Allah takkan menduga hambanya melepasi tahap kemampuannya.
Biar apa pun tekanan, besar manapun ujian yang mendatang, hadapilah dengan
penuh sifat kematangan dan secara orang dewasa, bukan bersifat keanak-anakkan.
“Power” orang berfikiran positif, luar biasa, sangat luar biasa. Seriously !
JANGAN MELAWAN
Diam tak bermakna takut, tidak juga
kerana salah tapi demi untuk tak nak keruhkan lagi keadaan. Kalo semua naik
suara, marah, bila nak selesai ? tak guna nak tegakkan benang yang basah, cepat
atau lambat, percaya atau tidak akhirnya kebenaran tu akan berpihak pada yang
benar, in shaa Allah doa orang teraniaya mustajab ! Tak payah beria sangat nak
kipas aircond bos bagai, dia akan tahu juga nanti sapa salah, sapa betol !
Percaya lah ;)
Tu
lah antara tip-tips yang aku amalkan tiap kali aku tertekan dengan kerja
ataupun orang kat opis ni. Seselalu lah amalkan dan terapkan dalam diri tiap
masa dimana dan dalam apa jua keadaan sekalipun wokeh. Sekian ;-)
5 comments:
Diam kalau dah betul salah takpe kak. Kalau ada prove dan fakta y menyokong, saya boleh tepuk je meja meeting.. ngehehe. Kcik bukan sebarang kecik.. :D
@Khamsi Abdullah wah kecik bukan sebarang kecik nih...kecik2 cili padi eh....hahahaha..
rase x best klau keje dgn LANGAU kn.. hee
blogwalking sini.. :)
@nurul atika senang jer nak hapuskan LANGAU tuh.....spray dengan ridset hahaha....
AISH susahnya kak. liz klu stress tmpt keje sbb2 mcm ni mula la nk simpan dlm ht hashhh
Post a Comment