Monday, August 26, 2013

Ayam Masak Merah Simply Sedap !

Assalammualaikum semua!






Entry kali ni aku nak kongsikan resipi ayam masak merah yang sempat aku buat semalam. Untuk resipi ni aku belajar dari mak aku...tapi aku dah olahkan sikit mengikut citarasa anak tekak aku sendiri hehe...ayam masak merah ni memang sedap and ia jugak adalah antara menu lauk feberet kami sekeluarga..nak buat pun senang aje...bak kate orang tu simple but delicious gitu haa...hokay laa nak tahu senang ke idak...meh sini aku tunjukkan apa bahan dan acaner nak masaknya:-



RESIPI: AYAM MASAK MERAH SIMPLY SEDAP BY AKU


Bahan A

  • 1Ekor Ayam – potong ikut selera masing-masing 
  • Cili kisar – ikut pedas 
  • 2labu bawang besar - *kisar 
  • 4ulas bawang putih - *kisar 
  • 1cm halia - *kisar 
  • 1btg serai - *kisar 
  • 1biji tomato  - *kisar 
  • 3biji bunga lawang 
  • 2biji kulit kayu manis 
  • 2biji tomato – belah 4 
  • 3btg serai – dititik 
  • 3sudu besar sos cili 
  • 1sudu teh garam 
  • Sedikit gula 
  • Sedikit air 
  • Sedikit minyak untuk menumis 
  • Sedikit daun sup

Cara
  1. Panaskan kuali dan masukkan minyak.
  2. Kisar bawang putih, merah, halia, serai dan tomato hingga hancur.
  3. Bila minyak dah panas, masukkan bunga lawang dengan kulit kayu manis dan bahan kisar tadi. Goreng hingga naik bau.
  4. Masukkan pula, cili kisar dan goreng hingga pecah minyak.
  5. Masukkan ayam dan air sedikit kacau sebati.
  6. Bila ayam dah separuh masak, masukkan pula cili sos, serai, tomato, garam dan gula kacau hingga sebati dan masak.
  7. Masukkan dalam bekas dan taburkan daun sup diatas dan sedia untuk santapan.


Haaa acaner senang kan! Kalo nak lagi gempak lagi sedap..makan dengan nasi tomato ke nasi minyak ke…tapi kalo malas makan dengan nasi putih pun boleh hehe.. Cam aku semalam aku terlebih rajin sikit so aku buat nasi beriani…sedap jugak hingga jilat pinggan kate koo kih3 ~_~ 









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...