Wednesday, April 30, 2014

[Event] Rally and Recognition 2014 Kenshido International │Permulaan Langkah Kemuncak Kejayaan

♥♥♥ BONAFIDE ACADEMY - HIGHWAY TO SUCCEED ♥♥♥ 

Assalammualaikum! Hai fellas ^_^

A very happy good day uolls. 

Sedikit informasi yang ingin ai kongsi kan dengan uolls today adalah tentang satu event yang akan dianjurkan Syarikat Kenshido International Sdn Bhd pada 16 May 2014, bertempat di Dewan Seri Endon, Putrajaya. Turut akan sama-sama memeriahkan lagi majlis pada hari tersebut adalah Y.B. Dato' Sri Hasan Bin Malek, selaku Menteri Perdangangan Dalam Negeri & Kepenggunaan. Majlis akan berlangsung dari jam 3pm hingga ke jam 10pm. 

 Moh kita pakat reramai pegi moh, mana tahu mungkin ada peluang sedang menunggu uolls. So kalo ada uolls nak attend event tuh dengan ai boleh jer, ai sangat dialu-alukan kedatangan uolls, tapi kena laa inform ai awal-awal ya, sebab ticket sangat LIMITED untuk 2000pax saja. sesapa yang nak 'berdate' dengan ai masa kat sana nanti, cakap jer jangan memalu hokeh. ihiks malu ai taww ;p
HAHA



Peluang yang besar itu datang secara TIBA-TIBA
Datang tidak MENENTU MASA
Datang disaat kita KESEMPITAN dan KESUSAHAN
Nilailah peluang itu secara BIJAKSANA,
Rebutlah peluang yang besar itu kerana, 
peluang yang besar itu BOLEH BERLALU dengan tiba-tiba
Jangan jadikan SERIBU ALASAN untuk tidak merebut peluang yang besar itu.


Friday, April 25, 2014

Bersabarlah Duhai Hati yang Lara ;'( │Life Must Go On

♥♥♥ BONAFIDE ACADEMY - HIGHWAY TO SUCCEED ♥♥♥ 

Assalammualaikum! Hai fellas ^_^ 

Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah...! disebalik sesuatu kejayaan itu pasti akan ada pelbagai halangan dan jua rintangan yang datang ibarat taufan, yang datang dengan niat ingin menghancurkan dan memusnahkan impian seseorang itu ! begitu jua aku, di saat diri sedang membina empayar kejayaan, belum pun lagi sempat aku menggapainya, sudah ada yang membina benteng dan tembok untuk menjatuhkan aku. Ya Allah apalah dosa dan salah aku pada mereka hingga sanggup perlakukan aku macam nih ? Salahkah jika aku inginkan perubahan dalam hidup ? salahkah jika aku mahu berikan yang terbaik buat yang tersayang ? dosakah aku jika lakukan perubahan itu hanya kerana mahu melihat insan yang aku sayang bahagia ? berdosakah aku ??

Aku tahu, bukan hanya aku saja yang lalui nya, ada jua dikalangan kenalan aku pun berdepan dengan ujian yang sama, dimana tanpa sedar yang selama nih kami dijadikan bahan kutukkan dan gelak ketawa kenkawan. impian dan harapan kami jadi bahan lawak pada mereka ! impian aku diperkotak-katikkan, harapan aku dipersendakan. Siapa kamo nak musnahkan impian dan harapan aku ? Siapa kamo nak persoalkan kemampuan aku ? Siapa kamo nak tentukan kejayaan aku ?  Siapa kamo ? kenapa sanggup buat aku macam nih ? aku pun manusia yang punya hati dan perasaan bukan kayu bukan robot ! Tolonglah respect impian dan harapan insan lain and jangan sesuka hati jer nak bercakap, kerana takut kerana mulut badan binasa.  Walaupun impian itu hanya sekadar ingin shopping di pavilion skali pun, tolong hormatinya. sekurang-kurangnya kami berani BERIMPIAN dan berusaha menggapainya. Kalo kamo tak mampu dan punyai impian dan tujuan hidup, jangan  jadikan impian dan tujuan hidup orang lain bahan lawak or jangan seskali kamo cuba untuk runtuhkan empayarnya. Aku percaya pada satu FAKTA yang ' ORANG YANG TAK PUNYAI IMPIAN AKAN SENTIASA MEMUSNAHKAN IMPIAN INSAN LAIN '.! Sekian terima kasih ;))

Thursday, April 24, 2014

Tempat Menimba Ilmu ESEMPI 2003 | Kenangan Mengamit Jiwa

♥♥♥ BONAFIDE ACADEMY - HIGHWAY TO SUCCEED ♥♥♥ 

Assalammualaikum! Hai fellas ^_^ 

Sekolah Menengah Puchong Batu 14 ataupun lebih glamour digelar ESEMPI adalah tempat dimana aku menuntut ilmu satu masa dahulu. Sedar tak sedar, 11 tahun sudah berlalu, berjuta coretan kenangan TERINDAH telah aku lalui. Segala suka dan duka, pahit manis bersama-sama dengan sahabat handai dan para pendidik kat sini, tak bisa aku lupakan mahupun cuba dipadamkan dalam ingatan. Kenangan yang tercipta di sini sangat tak ternilai harganya, andai bisa aku putarkan balik masa, semestinya aku pilih untuk lalui semula pengalaman itu.     

Haa ni lencana sekolah. gambo aku mintak pinjam kat Mr&Mrs. Google jer kihkihkih.....

  Sejak sekian lama selepas aku abis belajar kat sini, aku tak penah jejakkan kaki ataupun datang balik. Bukan tak suka tapi biasa lah, dah nama pun student kan pikiran tak matang. dedulu masa tengah sekolah, sibuk duk verangan jadi besar, ala-2 nak kan life macam orang dah bekerja lah kononnya. Tapi bila dah lalui dan rasai sendiri betapa *SERONOKNYA* alam tuh, baru lah sedar yang life ni tak lah semudah yang disangkakan. Huhuuuu… sob....sob....sob….

ingat nak nari, malu plak. dedulu takdo plak malunya HOHOHO peace ! < tang kaki tuh penting silang milang bagai, kalo takdo org time tuh kompom dah zapin dah....lalalalala >
 Nak dijadikan cerita aku hari nih….hihihi…senin ritu aku ada pegi sekolah, ditemani kak liza (kekasih gelapku HAHA :p) tujuan kami ke sana adalah atas urusan rasmi ! Eecewah. Urusan seri paduka baginda ke kan ? lebih kurang gittuw lah tapi walau appa pun tujuannya, adalah demi untuk memperkasakan generasi akan datang supaya LEBIH BIJAK dan MAMPU berdiri sama tinggi dengan Negara Luar, itulah hasrat dan motip kami ke sana. Syukur nampaknya hasrat kami disambut baik !
Area Pusat Sumber & Bilik Guru A ! pssssttt nak bagithu ni dedulu kan, sini lah port paaaaling aku nyampah. tak boleh bising kang kena marah....huwaaaaaaaaaaaaaa ... pssssssttttttt ;'(

Usai segala urusan, tetiba aku terasa nak melawat, jejalan tengok kawasan sekitar sekolah. Ternyata dah banyak perbezaan, transformasi yg terjadi, kalo dedulu student dari form 1 sampai 5 jer, skarang ni sampai from 6 pun hado. Memang berbeza sungguh lah dengan dulu. Abih satu sekolah tuh aku jelajah, lantak situ, sampai terserempak lah dengan cikgu-2 yang penah mengajar aku dulu, seronok sangattt :-) rasa macam nak masuk sekolah lagiiii jer HEHE tapi umur plak makin “MUDA” kan ! koh3 :p 
Port paaaling best and cun skali tuk posinggg ! Pose ! Pose ! and Pose ! lagi (*____*)
Area nih sentiasa terjaga kebersihannya, dulu kini dan selamanya ! Giler tak jaga, depan nih bilik displin sebelah tuh bilik kaunseling... hado bran kerr ? errrrr.....


kelass terakhir aku, 5c. bebetol kat depan tangga tuh... hang nampak dok budak laki tuh, ntah appa benda di beleknya ? haaa tuh lah kelasss aku dulu :-) hurmmm................ miss u 5c T_T

hak ni plak lorong nak gi kelass aku jgak tapi masa tingkatan 3c. aku mmg suka betol dok kelasss c ni dari form 3 pai lah abeh form 5. "C" always kekal in my heart :-)
tadi dah tengok kan "WAJAH BARU" esempi....skang nih meh aku throwback esempi yg lama heeeeee.... time nih ntah tak ingat lah bila tapi yg pasti dorang ni semua sekelasss ngan aku...and dorang mmg sempoi sesangat-sangattt .... hurmmm tengok nih kan tetiba terasa rindu plak.. bila terasa rindu lalalala..........
suka bebeno kan bergambo hujung sudut ! tempat feberet nih jangan memaiin hehehe ;p

Appo tah yg kelakar gaknya time tuh, lupa dah tapi yang tak tahu dan sila lah amik tahu, yang kami nih memang kaki gila bergambo muahahahaha.....hihihi
sesi bergambo ngan cikgu kelasss plak. Pn. Zarina Othman, cikgu kelass hak paaaling sempoi, best cikgu nih. lembut jer orangnya tapi kalo dah naek hangin, kuntilanak pun larik takut kena terkamm kihkihkih........
nih lah barisan muka-2 budak kelas 5c. biasa, kan tiap-2 tahun kan selalu kena amik gambo tuk majalah sekolah. haaa nih lah gambonya, bab tuh duduk pun kena tertib, sopan jer. Eh eh baru perasan, teruknyaaa... arghhhh hohohoooo.....
hurmm dah lama tak nyanyi lagu nih T.T .... muzikk pleaseeee......... tak ingat lirik, jangan risau dah hado kat atas tuh, nyanyi lah sampai lebam pun tak kesah.....hahaha....

Tuesday, April 22, 2014

1st Get Together with Bonafide Academy (*_*)

♥♥♥ BONAFIDE ACADEMY - HIGHWAY TO SUCCEED ♥♥♥ 

Assalammualaikum! Hai fellas ^_^ 

BONAFIDE, WE FIGHT ! 
 17 April 2014, tarikh KERAMAT yg tak mungkin akan aku lupakan, tarikh dan hari dimana langkah pertamaku ke arah kejayaan, hari yg sangat BERMAKNA dan TERINDAH dalam hidup aku, khamis malam jumaat yg sangattt hebat ! tahu kenapa aku kata hebat kerana malam tu kami group Bonafide Academy telah adakan satu majlis makan malam bersama dengan keluarga dan juga sahabat handai, buat pertama kali nya. Get together, gathering together mmg cukup SUPERB ! Majlis di-adakan di Ruang SS18 Subang (berdekatan dgn Sekolah Subang Utama dan JM Beriani), berlangsung dari jam 8 - 11 malam, ramai yg hadir untuk meng-havoc-kan suasana, bukan saja group member, family bah kan insan-insan yg pertama kali jejak kaki ke BA, bakal-bakal jutawan juga turut datang memeriahkan lagi majlis kami. Alhamdulillah, terima kasih pada yg sudi hadir, doa dan sokongan yg diberikan amat kami hargai. SYUKUR anda datang dengan tangan kosong TAPI pulang dengan ilmu yg sangatttt bermanfaat, perut pun kekenyangan kan :p syukran.
haa ni lah tempat yang aku cakap tu, RUANG. Mmg best (Y) tempatnya macam hall, so kalo u guys nak buat appa event pun boleh...nak buat jamming studio pun boleh. mmg luas dan awesome sangattt tempat ni. Sangat bersesuai dengan big-big event yg memerlukan tempat yg besar dan selesa dan RUANG adalah pilihannya (Y) :-)
Warna tema pilihan kami adalah HITAM & PUTIH. Motif ? kerana HITAM itu menawan dan PUTIH itu Suci. HAHA ;P exceli tak hado apa motif pun, saje sesuka nak buat tema skit. baru lah havoc kan... havocx3 eh eh !! KUIKUIKUIII
Honestly, keseronakkan dan pengalaman yg dilalui mmg tak ternilai harga nya. 
Satu malam yg sukar untuk aku luahkan dengan kata-kata, amat bererti dan really memorable. in front of my hubby, my family, hundred of people sitting there, aku diberikan satu task yg sangat tak aku sangka dan duga. Mungkin to those yg penah alaminya, perkara ni normal, biasa-biasa saje but to me, it really exciting and unexpected. First time in my life, aku di suruh naik ke stage, buat sharing, di saksikan dan didengari org memang aku dah biasa, kat opis pun penah, tapi depan hubby dan family, mmg tak penah ! the feeling, perasaan itu... dunno how to describe it. sangat luar biasa dan tak terucap oleh kata-kata. 

Saat nama diseru, kaki mengatur langkah, jantung berdegup kencang, hati kian berdebar. hanya Tuhan saja yg tahu isi hati tika tu, nerbes, excited, macam-macam lah. lidah kelu seribu bahasa, tapi demi membuktikan dan buatkan hubby bangga, aku cuba sedaya upaya. lagi buat gemuruh, bila hayunan langkahku diiringi dengan tepukan dari insan-insan yg ada dalam hall tu. Walaupun debar di hati kian memuncak namum tetap aku gagahi jua demi untuk menyampaikan dan menyempurnakan amanah yg telah diberi. Maka bermula lah sharing aku, dalam debar terasa ketar, dalam ketar berasa gementar. Apa yg aku share mmg ikhlas dari hati, tiada unsur bangga diri, bongkak mahupun penipuan. Apa yg aku sampaikan, ianya telus ikhlas.
dengan penuh semangat aku ber-sharing malam tu, nampak tu wajah yg penuh dengan confident ! comel tak ? comel tak ? MUAHAHAHA :p
Tak tahu dah berapa lama aku atas stage tu. permulaan nampak agak kekok, alhamdulillah everything going smooth. Syukur yg teramat sangat kerana apa yg telah diamanahkan telah aku sempurnakan dengan penuh keikhlasan. segala yg dilalui telah aku share kan bersama. Before aku end sharing, I can see my hubby face, like his sooo proud of me ! seriously :-) Pengalaman yg sangat luar biasa, tak boleh beli di mana-mana kecuali jika penah laluinya sendiri. All the while, I just speak in front of my partners but this time, my hubby and my family is here ! to hear what is my wonderful sharing and yesss I really made it ! maybe that time I just share WHY I BE IN THIS BUSINESS, but one find day I will share with u, WHY U SHOULD BE PART OF US ! 
Walaupon penat, jam pun dah dekat koi 11pm tapi semangat tetap semangat wokeh. 
apa ada hal, malam masih muda lagi, belum koi 12pm, sooo kita enjoyyyyy... mihihihi :D
Sharing dari founder MathVictory - Mr Mac Mahendran.
tengok anak teruna aku kemaaain lagi. HEBAT (Y) ni kes selalu sangat tengok dan dengar mama dia buat laaa ni bagusssss.......HAHAHAHA


P/s: Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Jangan takut untuk gagal kerana dengan melalui kegagalan lah kita boleh berjaya. Mahu Pasti Mampu !!   
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...