Thursday, September 19, 2013

Seksanya merindu ....


Tak sampai sehari pun lagi kami berjauhan namun perasaan rindu aku kat hubby aku dah membuak-buak. Maklum laa aku ni tak penah berjauhan dengan hubby, so bila terpaksa berjauhan macam ni tak keruan rasanya hidup aku ni. sunyi sepi macam dah takde serinya, kosongg sangat. Entah laa susah aku nak terangkan macam rasanya perasaan rindu tu tapi seriously I'm miss him so much.


Walaupun hubby aku kena outstation cuma 3 hari aje tapi bagi aku ia tetap lama. 3 hari aku terpaksa menanggung rindu kat hubby..3 hari aku terpaksa lalui hidup tanpa hubby..3 hari aku terpaksa sendirian tanpa hubby. Oh God!!! Seksanya. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa aku rindukan hubby. 


Hanya pada Tuhan aku berdoa dan berharap agar hubby aku selamat pergi dan selamat balik. Semuga Tuhan permudahkan segala urusan hubby aku dan cepat-cepat balik sini sebab tak tertanggung dah rasa rindu kat hubby ni. Walau dimana dan apa jua keadaan sekali pun ayang harap abang baik-baik aje dan cepat la balik ayang dan anak rindu ni :'(



 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...