Wednesday, September 03, 2014

Cabaran 30 Hari : Day 3 │ Sesuatu yang menguatkan Yatie Fizzy

Assalammualaikum. Hai...haiii..haiii semua ;))

#Cabaran30Hari #Kelabbloggerbenashaari dah sampai ke task yang ke-3 ... phewww ber-poluh jugak lah aku nak kejar sebab dah ketinggalan jauh kan, tapi nasib baek sempat dan terkejarr jugak akhirnya HAHA.. tak ngaku kalah wokeh, jauh pun sanggup ku kejar mihihi ...

Untuk task kali ni, kena up entry sesuatu yang menguatkan aku? makna kata lain macam pendorong/semangat aku lah. Ok, tak aku nafikan yang dalam kehidupan seharian yang dilalui, banyak benda yang berlaku, samaada baik mahupun buruk. sebagai manusia normal, adakalanya aku tak kuat dan rasa sangat down, tapi sekurang-kurangnya aku punyai sesuatu yang selalu memberikan aku kekuatan dan semangat untuk aku terus bangkit dan berjuang hingga ke hari ni. Haaa nak tahu apa itu, meh aku tunjukkan;


Lelaki dalam gambar ni sebenarnya lelaki dunia akhirat aku.. dah 12 tahun dia bermain cinta dengan aku, tapi 9 tahun lepas tu baru dia sunting aku untuk jadi permaisuri agungnya. Hurmm lama kan... walaupun banyak halangan dan ranjau kehidupan yang kami lalui tapi dia tetap setia disisi aku, tak pernah walau sekali pun dia khianati aku jauh sekali untuk menjauhi aku. Dia adalah suami, kekasih, kawan baik, kawan gaduh, kawan merajuk.. he is everything for me ! luv him till jannah in shaa allah .. amin ;))


Kanak-kanak comel montel ni pulak adalah nyawa kami, tanda cinta aku dan hubby. Alhamdulillah syukur sangat bila dikurniakan sepasang cahaya cinta yang melengkapkan lagi seri keluarga kami, kehadiran mereka bukan sekadar memberikan kami cahaya bahkan juga memberikan kami alasan untuk terus berjuang demi mereka. tiap kali bila rasa down, ingatkan mereka pasti terubat segalanya... 

Cabaran 30 Hari : Day 2 │5 Cara Memenangi Hati Yatie Fizzy

Assalammualaikum ;))

Ok kita ke topik yang seterusnya, task kedua 5 cara untuk memenangi hati aku. jeng...jeng...jeng.. nebes, seriau pun hado ni... cara nak tawan aku ya, hurmm acaner tu? aduhaii mencabar betol ni, tapi aku cuba jer lah erk .. mana tahu kot2 leh berjaya ker .. HIHI

5 Cara Menangi Hati Yatie Fizzy


First, tahu hormat orang dan pandai jaga hati kenkawan, kerana setiap perkataan yang tak sopan yang keluar dari mulut manusia tu lebih berbisa dan beracun dari bisa ulor tedung taw dak ! kata aku lah HIHI !


Second, mesti kena ikhlas sebab tanpa niat yang ikhlas kompom semua benda pun nampak sangat kepalsuannya. Dan aku paaling pantang dengan orang yang talam banyak muka ni, depan lain belakang lain. haaa orang macam ni, nampak benor tak ikhlasnya kann grrrr ....



Third, aku akan lebih happy kalo dapat kenal dengan orang yang sama GILA-GILA KENTANG macam aku ! haha mesti havoc kan .. kompom pecah panggungnya lah kalo kami hangout bersama-sama heee...



Fourth, pandai nyanyi dan menari. bukan apa nanti senang lah aku nak ajak teman gi karok hihi ! goyang inul satuuuu .... mihihi 


Fifth last but not least, comel macam aku HAHA ... #pengsan

Cabaran 30 Hari: Day 1 : 5 Fakta Tentang Yatie Fizzy

Assalammualaikum. Hai ;))

Dah kenapa tetiba aku rajin dan bersemangat waja pepagi ni mengigihkan diri menaip entry tentang diri sendiri ni.. haaaa ni nak habaq mai kat hang pa nih... actually tadi masa on pesbok, aku nampak member-member blogger memasing duk up entry mengenai #Cabaran30Hari #KelabBloggerBenAshaari ... walaupun dah ketinggalan bas kat belakang, tetap jugak aku nak join. lagipun best jugak nah boleh cari kawan hihi... alaaaa takmo lah citer penpajang, meh2 lerr aku share kan 5 Fakta tentang Yatie Fizzy [Eceeh tetibe feeling retis koo ahaks ;p]

5 FAKTA TENTANG YATIE FIZZY 

1. Isteri & Mama - aku isteri kepada suami yang tercinta iaitu saudara Md Hafizi Md Hanafiah, Mama kepada sepasang cahayamata, Nur Adriana Balqis & Muhammad Fakhrusy Syarikin. Mereka2 ni adalah jantung dan nyawa aku .. sayang sangat sebab mereka2 dunia akhirat aku.

2. Pemalu/Banyak Mulut - Ni memang dah jadi habit aku kot, memula jumpa atau berkenalan aku agak memalu kucing sikit tapi bila dah kenal haaa memang tak larat orang nak layan aku. mak aku cakap aku ni mulut murai, pot pet pot pet asik berbunyi jer.. hahaha...

3. Cepat naik angin - tak aku nafikan kenkadang aku cepat sangat naik angin kus-kus, tapi tu cuma dengan yang suka cari pasal dengan aku, yang tak tu kita friend2 wokeh ;-)

4. Kuat merajuk - dengan hubby jer aku kuat merajuk... alaa saje lah nak memanja kan HAHA .. 

5. Suka ber-picnic - terutamanya kalo dapat mandi pantai, pool ataupun waterfall. hurmmm best nya ;)) 

lelaki yang kat sebelah tuh lah cinta hati titew... dia dunia akhirat titew taw ... Tuhan jagakan dia untukku ;))
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...