Thursday, September 11, 2014

Cabaran 30 Hari : Day 10 │ Apa Didalam Handbag Yatie Fizzy


Hai semua ... Hollaaa 


Entri nih sepatutnya di-publish-kan semalam tapi atas faktor ke-busy-an kerja yang menimbum ... makanya terpaksa lah aku skip untuk harini... entri ke-sepuluh ! woahoaa !! 

Sila rujuk gambar diatas , apa yang korang nampak itu lah harta benda hakmilik persendirian aku yang ada , hak aku dok usung hulur hilir sepanjang waktu .. melainkan masa tido non hado lah aku nak bawanya jugak ! hihi

Masa tengah taip entri ni kan , tetibe fefeling retis gituhh ... dah kenapa nak felling retis pulak ? ya lah pernah tengok kan kat tibi tuh , segmen jom terjah beg retis ? Ahhaaa glamor hokeyyyy... kata nak tahu apa hado dalam bag den , makno kata harini den jadi rotih la yo haha... adehhh ! 


Meh aku terang satu per satu apa isi handbag aku !

1. Handbag palingg pebret - BHPC 1982 sebabnya color merah hihi;
2. Bag makeup;
3. Wallet beli kat uptown;
4. Bag kecik khas untuk duit syiling;
5. Car key's;
6. Remote pintu opis and kunci rumah;
7. Access card;
8. Pendrive;
9. Hand-pone sony;
10. Hand-pone samsung;
11. Losen; dan
12. Bedak


Hubby kata aku isi batu dalam handbag ! Berat , macam pikul batu katanya... Hhmm nasib lah yangggg oiiii... dah nama pun orang puang , mana buleh dari dari barang-barang makeup haha...


Dah tu jer, ok bye ! hehe...

Cabaran 30 Hari : Day 9 │ 5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Yatie Fizzy !

Hai.. assalammualaikum!

Hamboihh kemain lagi tajuk cabaran kalini... kena senaraikan * 5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Anda *.... Acaner ya ... bab aku dah ber-status *MARRIED* , jadinya mana ada dah yang buat aku tertarik , sebab aku dah pun kena tarik buat selamanya dengan cik hubby hihi... Hurmm ok , camni apa kata kalo aku senaraikan 5 ciri-ciri lelaki yang aku idamkan.. boleh ?



* 5 CIRI-CIRI LELAKI IDAMAN YATIE FIZZY *


1. Pembimbing Keluarga 

2. Penyayang

3. Pencinta anak dan isteri

4. Pandai buat lawak walau pon bukan seorang pelawak

5. Sweet macam candy crush   



Ok tak ciri-ciri tu ? Aku tak minta harta yang menggunung , duit yang berjuta cukup sekadar lelaki itu mampu memberikan aku senyuman tiap kali bersama dengannya... dan lelaki itu sudah aku temui .. aku sangat sayangkan dia dan berdoa agar lelaki itu bersama ku hingga ke jannah... dan lelaki itu adalah suamiku !

my candy crush ... aummm ;p

SEGMEN BEN ASHAARI │ Impian Ku , Seorang Blogger !


Assalammualaikum dan selamat pagi semua ;)


Segmen nih diilhamkan dan dianjurkan oleh
Blogger abam sado : Ben Ashaari : Segmen Ben Ashaari │ Impian Ku , Seorang Blogger !




LATAR BELAKANG YATIE FIZZY !
Nama aku Yatie .. dah kahwin dan ada sepasang cahaya mata , Balqis 8thn & Fahrin 5thn. Usia perkahwinan sudah mencecah 10tahun , alhamdulillah syukur kerana Allah telah mengurniakan aku seorang suami yang cukup sempurna iaitu, En. Fizzy.. sekarang tahu kan dari mana datang nya ' Yatie Fizzy ' tu ! Pekerja sepenuh masa disebuah firma guaman di Puchong , menetap di Bandar Kinrara , berasal dari Kelantan, dilahirkan Terengganu dan dibesarkan di Malaysia dan Thailand !  Sangat suka warna merah , apa saja benda yang warna MERAH aku akan beli ! Aku tak tinggi tak juga pendek cuma sedang-sedang jer .... sangat pemalu walaupun suka bercakap , pantang diajak berjalan , kaki shopping , manja dan kaki karok ! ;p




KELEBIHAN BLOG 
'SELAMAT KE BELOG YATIE FIZZY' .. Sejujurnya aku sendiri pun kurang pasti , apa lebihnya BELOG YATIE FIZZY berbanding dengan blog yang lain.. cuma apa yang boleh dikatakan , aku menulis berdasarkan apa saja yang terlintas difikiran , apa yang terkesan dihati... setiap entry yang diterbitkan adalah melalui kisah dan pengalaman sendiri ... tiada istilah curi mencuri , selain itu juga aku ada berkongsi pelbagai tips , resipi , review , isu semasa (jika berkesempatan) dan kisah travel ! 




IMPIAN AKU , SEORANG BLOGGER 
 Harapan aku semoga suatu hari nanti blog aku mampu memberi kan sesuatu yang bermanfaat buat mereka yang membacanya dan aku akan sangat happy dan teruja sekiranya dapat menimba ilmu , berkongsi pengalaman , dapat support daripada blogger-blogger senior ... dan palingg membanggakan one fine day i wish to become a full time blogger , i hope that !
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...