Monday, August 26, 2013

Ayam Masak Merah Simply Sedap !

Assalammualaikum semua!






Entry kali ni aku nak kongsikan resipi ayam masak merah yang sempat aku buat semalam. Untuk resipi ni aku belajar dari mak aku...tapi aku dah olahkan sikit mengikut citarasa anak tekak aku sendiri hehe...ayam masak merah ni memang sedap and ia jugak adalah antara menu lauk feberet kami sekeluarga..nak buat pun senang aje...bak kate orang tu simple but delicious gitu haa...hokay laa nak tahu senang ke idak...meh sini aku tunjukkan apa bahan dan acaner nak masaknya:-



RESIPI: AYAM MASAK MERAH SIMPLY SEDAP BY AKU


Bahan A

  • 1Ekor Ayam – potong ikut selera masing-masing 
  • Cili kisar – ikut pedas 
  • 2labu bawang besar - *kisar 
  • 4ulas bawang putih - *kisar 
  • 1cm halia - *kisar 
  • 1btg serai - *kisar 
  • 1biji tomato  - *kisar 
  • 3biji bunga lawang 
  • 2biji kulit kayu manis 
  • 2biji tomato – belah 4 
  • 3btg serai – dititik 
  • 3sudu besar sos cili 
  • 1sudu teh garam 
  • Sedikit gula 
  • Sedikit air 
  • Sedikit minyak untuk menumis 
  • Sedikit daun sup

Cara
  1. Panaskan kuali dan masukkan minyak.
  2. Kisar bawang putih, merah, halia, serai dan tomato hingga hancur.
  3. Bila minyak dah panas, masukkan bunga lawang dengan kulit kayu manis dan bahan kisar tadi. Goreng hingga naik bau.
  4. Masukkan pula, cili kisar dan goreng hingga pecah minyak.
  5. Masukkan ayam dan air sedikit kacau sebati.
  6. Bila ayam dah separuh masak, masukkan pula cili sos, serai, tomato, garam dan gula kacau hingga sebati dan masak.
  7. Masukkan dalam bekas dan taburkan daun sup diatas dan sedia untuk santapan.


Haaa acaner senang kan! Kalo nak lagi gempak lagi sedap..makan dengan nasi tomato ke nasi minyak ke…tapi kalo malas makan dengan nasi putih pun boleh hehe.. Cam aku semalam aku terlebih rajin sikit so aku buat nasi beriani…sedap jugak hingga jilat pinggan kate koo kih3 ~_~ 









Friday, August 23, 2013

BISKUT SNOW ALMOND


Assalamualaikum salam jumaat semua !

Hari ni aku nak buat entry megenai resepi biskut snow almond yg aku buat 2 hari sebelum raya puasa tempoh hari…untuk resipi biskut ni aku ambik dari Kak Yatie…seriously memang betul cakap kak yatie yang biskut ni memey sedap dan ia diakui sendiri oleh hubby aku dan mak jang (makcik hubby aku).....walaupun baru pestaim aku try buat tapi TER-nyata sedap wehh~~ haa! mak jang siap order lagi biskut ni dengan aku tau…katenye susah dia nak jumpa biskut “Kuih Kaswi” ni kat area banting taw! Haa sape kate biskut ni tak sedap memey laa orang tu takde taste…giler tak sedapppp he3 ^^, Apa pun terima kasih ler bebanyak pada kak yatie sebab sudi berkongsi resipi biskut ni kan kat blog. kalo tak memey tak tahu ler aku nak buatnya. Syukur Alhamdulillah menjadi kot! hahaha Yeah go go cayokk haha ^_^v pada kak yatie izinkan saya untuk berkongsi resipi dan cara-cara nak buat biskut ni kat blog saya plaks yer =)





RESIPI: BISKUT SNOW ALMOND 
RUJUKAN: Sinar Kehidupanku - YatieMemories


Bahan-Bahan

Bahan A
  • 260 gm butter
  • 150 gm gula caster
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 50 gm serbuk badam
Bahan B
  • 300 gm tepung Red Rose (kalau takde ganti tepung gandum pun boleh)
  • 50 gm tepung kastard
  • 50 gm susu tepung
  • 40 gm tepung jagung
Bahan Hiasan
  • Coklat masakan - cairkan cara double boiler
  • Sedikit breadcrumb putih - untuk menyalut

Cara- Cara
  1. Pukul bahan A hingga berkrim
  2. Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh yg lembut
  3. Canai dan terap dengan acuan yg di sukai
  4. Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 140C selama 30 minit atau sehingga masak
  5. Sejukkan biskut atas redai
  6. Celup biskut dalam coklat masakan yg telah di cairkan cara double boiler
  7. Golekkan biskut ke dalam breadcrumb
  8. Simpan biskut dalam bekas kedap udara.

Wednesday, August 21, 2013

RENDANG AYAM MELETOP !!!

Hai Assalammualaikum semua! Hari ni aku nak kongsi satu resipi, actually dah lama aku buat tapi baru hari ni nak update kat blog ~~~ …kalo tak silap aku raya ke5 ritu kot…lupe lak tarikh dan harinya kih3 :-P Rendang!! Haa sape tak suka makan rendang kan..nak plak tu kalo dapat makan dengan nasi impit dengan sayur lodeh ataupun kuah kacang....Perghh terangkat habis koo…Skang kan bulan syawal bulan kita beraya..dah jadi cam trade mark laa plaks… asal raya je ade rendang! Asal ade rendang je raya ! Eh yeke? Bukan tak raya pun boleh makan rendang ke? Kan? biar laa abaikan saje…biasa laa dimana ade makanan maka disitu laa jua akan adenya aku haha…aku ngan hubby memang suka makan..koo bagi laa ape pun..kayu besi batu dan yang sewaktu dengannya aje kami tolak yang lain bedal je…tapi tak semua ler =.= bila dah suka makan, masaknya pun kena ler suka jugakk yer idak? sebabnya kalo makan beli ni kadang tu tak sedap mahal lagi tu kan. Tapi kalo aku buat sendiri puas hati..dah laa jimat belanja sedap pun sedap..makan pun puas silap-silap boleh tapow makan untuk esok hihi ^^, kan banyak jimatnya tu.. untung orang laki kalo dapat bini pandai masak…camm aku haha ~_~ HOHO tetiba masuk bakul angkat sendiri kan hehe…sebelum aku masuk bakul dan angkat berkali-kali, jom ler aku tunjukkan bahan-bahan resipi aku..kang bile dah masuk bakul tu kang..aku kemana resipi ntah kemana kang kuang3 O_o






RESIPI: RENDANG AYAM CILI PADI
RUJUKAN: IBU MERTUAKU
OLAHAN: AKU SENDIRI


BAHAN KISAR

@ 2 labu bawang besar
@ 1 labu bawang putih
@ 2 batang serai
@ 2 sudu besar Cili kisar/Cili Boh
@ Sebesar ibujari halia
@ Sedikit lengkuas – kalo suka tapi aku tak letak pun
@ Segenggam Cili Padi


BAHAN UTAMA

@ 1Ekor Ayam potong 16 – Mak Mertua aku suka guna ayam pencen/tua
@ 1kg Santan
@ 1paket kerisik
@ 3-4 helai daun limau purut
@ 3 Batang serai – Dititik/ketuk
@ 1 helai daun kunyit  - Hiris halus tapi ku tak letak pun
@ 1sudu garam
@ 1sudu gula
@ bahan perasa secukupnya
@ minyak untuk menumis


CARA BUATNYA

Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan mula menumis bahan kisar diatas hingga pecah minyak dengan api sederhana.

Masukkan ayam dan kaup balik ayam tadi dan biarkan seketika agar bahan tumisan tadi meresap ke dalam ayam.

Masukkan santan, serai dan daun limau dan kacau hingga sebati.

Bila nampak kuah dah agak pekat masukkan pula kerisik, daun kunyit, garam, gula dan bahan perasa secukupnya. Kacau hingga sebati.

Sementara tunggu kuah tadi menjadi pekat, sesekali tu kacau agar bahagian bawah kuali tidak hangit. Masak hingga rendang tadi pekat/kering.

Tutup api dan siap. Sedap dimakan dengan nasi atau nasi impit,sayur lodeh atau kuah kacang.



******************************************************************
THANKS FOR READING DEAR !
******************************************************************


Penangan Sambal Ikan Power !



gambar tak clear sangat, guna phone je kot huhu



Assalammualaikum selamat pagi semua =) kebiasaannya setiap entry masakan yang ade kat blog ni semuanya hasil air tangan aku sendiri tapi hari ni lain sikit. Hari ni aku bukan nak share resipi masakan tapi aku nak share masakan dari hasil air tangan hubby aku ler. Seingat aku sepanjang aku kenal sampai laa dah kawin dah ada anak 2 org dah ni, hubby aku memang tak reti bab masak memasak ni. Bohong laa kan kalo aku kate hubby aku tak reti langsung tu kan! Kalo setakat nak jerang air atas dapur ke..masak meggie ke reti ler dia tapi cuba koo suruh dia masak alaa tak payah yang susah…suruh dia masak sambal bilis ke sambal ikan ke..hurmm jawabnya tahun depan pun tak siap-siap lagi kot…jenuh dah aku ajar dia masak tapi hurmm~~ tapi kalo bab lain tak payah koo suruh automatic dia buat sendiri tapi kalo masak yang koo suruh memang tak laa kann…! Syukur Alhamdulillah sekarang ni hubby aku dah pandai dah…nak dijadikan story aku hari ni…petang semalam dalam pukul 3 lebih dia wechat aku gambar…mula-mula tu aku biarkan aje malas nak layan tapi lelama tu aku bukak jugak laa nak tengok gambar ape gamaknya hubby aku hantar kat aku kan..OMG! glurp!! Meleleh plak air liur aku tengok sambal ikan tu kan.. walaupun dalam hati berkata “sambal lagi, ritu sambal bilis ni sambal ikan plak hurmmm..sambal pun sambal ler asalkan ikhlas hehe”… kirenya ni menu sambal yang ke-2 dia ler selepas sambal bilis nasi lemak ritu hihi…tengok je sambal ikan tu tadi dah laa perot tengah lapar..memang bertambah lapar lagi ler aku jadinya....hurmm memang sampai aje rumah, mandi terus makan haha ^^, .. bila dah rasa terus cakap kat hubby “yang sedapnya esok masak lagi yer haha” kate ku dalam nada ala-ala manja-manja kucing gituuu kann ! wewe.. 



******************************************************************
THANKS FOR READING DEAR ! 
******************************************************************

Monday, August 12, 2013

RESIPI : LAKSA LEMAK KELANTAN

ASSALAMMUALAIKUM
salam 1Dunia 
salam lebaran 







selamat kembali bekerja..buat semua yang dah start keje tuh =) keje rajin-rajin tau hahaha :-P and bagi yang tengah bercuti raya lagi tuh..amboii amboii raya raya jugak makan makan jugak, tapi jangan overdose lak tau kang tak pepasal lak belom start keje dah MC ! acaner ?? hihi...aku ? biasa laa cuti lagi luse baru keje ! hurm time tuh kompom liat nak bangun gi keje ;'( hurm dah tau dah ecehh boleh haha =)
 
 
 
Hokay laa aku pun nak kejar mase ni, hai dah kate raya kan..hah ni dah gi beraya ni laa ni hihi ^_^v .. so untuk hari ni aku nak share kan "Resipi Laksa Lemak Kelantan" kalo kat hometown laksa ni memang famous koo tiap kali raya juadah ni kompom kena ade atas meja tak kira laa raya ke brape pun wajib kate orang tuh.. biasa laa orang pantai timur ni memang suka bende berlemok-lemok gini ni.. tuh yang kami orang ni pun comel berlemok-lemok ni haha :-P mari laa kita tengok resipi ni kot-kot ade yang nak try buat ke kan ! aku ni pun bukan reti sangat tapi in shaa allah..tak salah kan kalo aku nak kosi kan ? mari laa =)



RESIPI : LAKSA LEMAK KELANTAN
SUMBER/RUJUKAN : MAK AKU SENDIRI


Bahan-Bahan

@ 1bag laksa beras - ku guna cap Eka beli yang halus cam bihun tau
@ 1kg ikan sardin - rebus dan blend isi ikan ngan air rebusan
@ 1kg santan  
@ 4sudu besar lada hitam - boleh kurang kan kalo tak suka pedas sangat ! 
@ halia - sebesar ibujari
@ 3-5ulas bawang putih 
@ 2labu besar bawang merah
@ asam keping secukupnya - ku letak 4keping 
@ garam dan gula secukup rasa


Caranya

Rebus kan laksa tadi hingga lembut
blend halia bawang merah putih dan lada hitam hingga hancur.
masukkan isi ikan, bahan yang diblend tadi, asam keping dan santan dalam periuk dan masak dengan api yang sederhana. 
kacau sentiasa agar kuahnya nanti tak berketul-ketul.
Bila kuih dah agak mendidih masukkan bahan perasa secukupnya.
tutup api dan kacau seketika dan tuangkan diatas laksa yang siap direbus tadi.


Ulaman 

@ kacang panjang 
@ daun kesum
@ daun selom 
@ timun


Caranya

cuci bersih dan toskan ulaman diatas.
potong halus-halus semua ulaman tadi kecuali timun (macam ulam nasi kerabu tuh) dan satukan dan gaul dalam bowl. 
potong timun memanjang macam dalam gambar kat atas.
dan sedia untuk ditaburkan diatas laksa tadi.
 
Sambal
@ cili api 
@ air secukupnya 
@ garam
@ gula 


*untuk sambalnya blend kan semua bahan-bahan diatas* tapi kalo nak lagi sedap kate mak aku tumbuk. sebab orang dulu mane ade blender nak blend kan. baru hasilnya pun omm. tapi aku blend aje sebab nak kejar mase kan hihi =)
 
- Selamat mencuba -
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...