Thursday, July 03, 2014

Ceritaku dipetang hari....


Sakit hati, nyucuk-nyucuk taw… bukan marah tapi kecik hati je dengan client ai tadi tu… melampau-lampau pulak dia … marah, cakap kekasar dengan ai… tak puasa ke hapa ? bebulan mulia macam ni, cakap benda yang bukan-bukan…. Iskhh3… tak patut betul. Sabar je la, telinga ni kalo lah boleh bercakap, mesti dia teringin nak cilikan mulut client tu, sangat biadap namanya. Ade ke patut, sesama melayu, islam pulak tu, dia boleh cakap P*****K kat ai .. hasihhh seriously ai terasa nak babap je mulut mamat tu tadi … naseb bos ai tolong , tapiiii…. tak tetap juga kena marah hokeh :(

Redha itu pasrah .. pasrah itu menyerah … makna katanya hari ni, petang ni ai redha dan pasrah dengan apa jua yang terjadi pada ai. Kena marah, maki hamun dengan client… Sedih nya aii huhu … Begini lah nasib bila terpaksa kena tahan dimarahi, di atas kesalahan orang lain…. Apa mau buat keje kan, terima je lah dengan hati yang redha dalam pasrah… walaupun kesalahan itu bukan datang nya dari ai ….

Takpe lah .. yang berlalu biar berlalu … ai pun dah lupakan pasal kejadian tadi .. ai anggap yang client tu mungkin ada salah lain, sampai terbawa-bawa kat ai … ai pun dah maafkan dia … ai terlalu sibuk untuk menyimpan dendam dan benci pada orang yang tak sayangkan ai , sebab ai terlebih pree untuk menyayangi mereka ;-)
 

SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER

Assalammualaikum dan salam 5 Ramadhan.

Blog Bam Ben ade buat satu segmen Sahabat Blog @ Kelab Blogger , hmmm mmm menarik. Tujuan segmen ni diwujudkan adalah untuk mempromosikan KELAB BLOGGER di FACEBOOK .. dan paaling best syarat nak sertai segmen di senang je, hanya 2 langkah:-

1. letak logo KELAB BLOGGER .. linkkan ke sini >> http://bit.ly/d1ss19

2. letak tajuk dibawah logo tersebut >> SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER dan linkkan ke entri ini ..

Haaaa senang kan, semudah ABC je, pada yang nak mencuba tu, sila lah ^_^ ya ... hihihi ..
 
SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...