Friday, September 05, 2014

Cabaran 30 Hari : Day 5 │ 3 Perkara Yang Ingin Yatie Fizzy Katakan Pada EXnya

Assalammualaikum...


Huarghhh..... ganasnya task kelima ni, 3 perkara yang nak dikatakan pada BEKAS KEKASIH !! Perghhh..... Mencabar siot, lain macam betul permainannya. Silap tulis boleh buat gaduh woohh ... OK fine ! Demi nak sahut juga cabaran 30 hari ni .. aku terima walaupun #paksarela .. just because tak nak ngaku kalah haha ... 



Ok ok... aku sahut cabaran yang sungguh nebesss ni. tapi sebelum tu, aku ada pesanan tuk hubby tersayang ... 'yang jangan salah paham ya, ayang tetap sayangkan abang dunia akhirat wokeh.. dorang yang suruh ayang cakap ... heee.... muahh sikit,  lebiu...'!!! hihihi ;p




3 PERKARA YANG INGIN AKU KATAKAN PADA 'EXBOYFIE'


#1. Pada si 'EX' yang pernah tinggalkan aku 
Mentang-mentang masa tu aku lurus bendul, tak tahu apa-apa soal cinta monyet... sesuka hati jer ko kan nak mainkan aku... grrr geram pulak rasanya huh ! kalo aku dapat mau nya aku lipat-lipat, hunger ko kat ampaian... pastu ambik seterika panas cop kat muka hang, padan muka !  -_-




#2. Pada Si 'EX' yang pernah aku tinggalkan 
Dari hujung rambut sampai hujung kaki, aku MINTA MAAF !! Aku terima korang dalam hidup aku dengan tak ikhlas, ada motif disebaliknya... kerana dendamkan seorang lelaki yang pernah kecewakan aku dulu, akhirnya korang yang jadi pertaruhan aku... huhu kesian korang, sorry ok .. harap2 korang sudi maafkan aku dan berbahagia dengan pasangan masing-masing ya ... but we still friend kan ? 




#3. Terima kasih... kerana korang aku jumpa dengan hubby ;))




Tu lah 3 perkara yang aku ingin katakan pada bekas pakwe2 semua ... maafkan segala kesilapan yang lalu. Masa tu aku belum matang hanya tahu nak sesuka saja, buat benda tak fikir panjang ... yang mana dah berkeluarga tu, aku doakan korang bahagia bersama keluarga masing-masing... dan yang masih solo tu, in shaa allah pasti ada seseorang yang lebih baik dari aku...



Dan pada hamba allah yang #1 tu, aku dah pun maafkan kamu... semoga kamu juga bahagia dan sihat selalu ;)) 
 
 
 
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...