Friday, September 04, 2015

CARA HARMONIKAN & MEKARKAN CINTA ANTARA SUAMI ISTERI

Assalammualaikum ^_^ 

Hollaaa everyone...

Wah tajuk entri .. gampakkk ahahahaa..





Menjalinkan hubungan dengan seseorang amat mudah… love at first sight katanya …tapi untuk mengekalkan keharmonian hubungan tak semudah yang disangka.... banyak perlu dikorbankan.. banyak perlu dilalui diharungi bersama… jika tiada kepahitan mana rasa nya kemanisan itu..

Awal perkahwinan adalah yang sangat tough bagi pasangan suami isteri.. ini lah masa untuk kita saling mengenali hati budi dan perangai masing-masing.. Dulu masa hangat bercinta semua pun indah-indah belaka.. sekarang bila dah sah jadi suami isteri.. terus turn 360’c …itu tak betul ini tak kena… akhirnya bergaduh ermm…

Tigabelas tahun kami menyulam cinta dihati .. sepuluh tahun melayari bahtera perkahwinan .. jatuh bangun turun naik terduduk terlentang … tetap jua tabah kami harunginya bersama-sama…. Alhamdulillah syukur pada ILLAHI =)

Setiap pasangan ada cara yang tersendiri untuk kekalkan kebahagian.. eratkan cinta kasih sayang sesama suami isteri… kami juga ! Lain orang lain cara ... but this is our way =)

Semoga dengan perkongsian ini bisa menjadi teladan dan contoh yang baik untuk semua.. mohon juga doakan agar kebahagian, cinta kasih sayang kami suami isteri .. anak beranak kekal till jannah hendaknya.. inshaallah amin ya rabbil alamin =)

Ini cara kami .. cara orang kami tatau ^_^ 


KESETIAAN 
Biar pasangan kita tak lawa, tak hensem, tak macho, tak hot.. asalkan pasangan kita itu jenis yang setia.. pernah dengar tak orang kata yang "lebih baik cari laki/bini yang hodoh dari cari yang hensem/hot sudahnya dikebas/curang dibelakang kita." kesetian adalah kunci pada kebahagian yang hakiki.. jika tiada kesetiaan maka pincang lah hubungan itu.. musnah lah cinta yang dibina..
 
PENGHORMATAN 
Suami mahu dihormati dan isteri mahu disayangi... penghormatan dari seorang isteri adalah sangat-sangat dituntut dalam hidup.. memang zaman dah maju.. walaupun isteri mampu setaraf dengan kedudukan suami.. gaji lebih besar.. harta lagi menimbun dari suami tetapi suami tetap suami.. seorang ketua nahkoda yang mengemudi kapal melalui laluan ke destinasi yang dituju... jannah inshaallah .. amin :-)
 
USIK MENGUSIK / BERGURAU SENDA
Hidup ni kalo semua benda pun nak serious je pun tak besh jugak ye dak?? Sesekali tu buat lah lawak... alaaa dulu masa hangat bercinta bukan main pandai buat lawak kan.. ni dah jadi laki binik takkan tak pandai kot... gurau senda, usik mengusik antara suami isteri boleh mengeratkan lagi hubungan tau.. tak caya balik ni cer try kat laki hang pa.. jadi dak .. kakakaka..
 
MANDI BERSAMA
Tips ni seriously sangat-sangat berkesan... dulu masa I attend kursus kawen (masjid biru shah alam) ada lah sorang ustaz ni.. namanya lupa dah tapi memang besh gilo ah.. dia banyak bagi tips-tips.. antaranya mandi bersama ! Haaa jangan lah pulak pikir bukan-bukan nah... kita ambil yang positif je yang negatif tu campak tepi... agak-agak lah kak bang oooiii jangan lah mandi depan anak-anak pulak.. kang tak pepasal kang seantero doniya tau .... kahakahakahhh.. pssstttt yang belum kawen tu tok soh gatai nak try nah... babap kang -_- !
 
BERKONGSI
Berkongsilah apa jua suka duka sedih tawa dengan suami/isteri adalah yang sebaik-baiknya... Dari dulu sampai lah loni... tiada rahsia antara I dengan en husband.. mana I pegi, ape aktiviti I semua dia tau... dia pun macam tuh juga... segala masalah or apa saja lah benda I mesti akan cerita... Dia lah suami, sahabat, pendengar setia, musuh .. madu racun semua lah ... he the besh thing happen in my life...

 
Ok, sekian sudah.... Ikut kan ada banyak lagi tips yang nak kasi tapi... buat masa ini cukup lah dulu yang ni nah... inshaallah di next entri I kasi up lagi ok... 
 
Muahhciked !!

JUMAAT YANG BARAKAH BUAT SEMUA

Assalammualaikum ^_^



Kerana mulut badan binasa

Kata puitis zaman dahulu kala

Jikalau ada yang terguris yang terkata

Ribuan ampun kupohon, kita bermaaf-maafan ya

Semoga jumaat ini yang barakah buat semua

Muahhhhciked ^___^
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...