Monday, October 12, 2015

Resipi Donut yang segebu Makadam

Assalammualaikum ^_^

Donut ini I buat sabtu kemarin atas permintaan dari anak-anak yang teringin nak makan ... memandangkan masalah jerebu masih lagi belum temui penamatnya , kami anak beranak hanya melepak saja dirumah tidak kemana-mana ... makanya I buatkan donut ni untuk santapan dorang .. seronok dan puas dapat tengok senyuman kegembiraan dorang walaupun hanya makan dirumah saja..
 
Kenapa I nama kan nya Donut Makadam , sebab kegebuan nya sama macam pipi Makadam yang tembam tu hahaha ... untuk sesapa yang teringin nak mencuba nya , sila semak resipi dibawah ya;-


Bahan A

1/4 cwn air suam
1 sk gula
11 gram instant yis mauripan


Bahan B

3cwn tepung gandum
4sb gula
2sb susu tepung
2sb butter/planta/majerin
1/2 cwn air
1bj telur
1/2 sk garam


Caranya:-

Satukan semua Bahan A dalam bekas Dan biarkan seketika sehingga yis tu kembang..

Satukan pula Bahan B dalam mangkuk dan gaul hingga sekata.. Kecuali telur dan air..

Buatkan lubang ditengah , kendian masukkan campuran Bahan A tadi ,  Uli seketika ...

Akhir sekali masukkan telur dengan air.. Uli hingga adunan menjadi doh..
 
Rehatkan seketika doh tadi , kurang lebih dalam 45minit..

Doh yg dah sedia kembang tadi hendaklah ditumbuk2 dulu , tujuannya untuk keluarkan angin.. Takde lah nanti masa menggoreng donut ko meletup dalam kuali... Kang jadi cam I dulu tinggi ko donut I terbang sampai ke syiling huhuhu...

Ok , lepastu blh lah bentukkan ikut suka hatilah ... I is malas nak tekap2 ni , senang je amik gentelkan bulat2 hihihi.

Sebelum goreng biarkan seketika lbh kurang 10-15minit ,.. Supaya donut tu kembang...

Panaskan minyak dan goreng hingga kuning keemasan.. 

Siap , bolehlah celupkan dengan coklat ataupun kalau malas sangat tabur je icing sugar atasnya..

Sedia dingapp 😄😱😍😘😘

Notakaki:
Pssttt : Hidang dan hiaskan lah mengikut kretiptibiti sendiri nahhh... I is kelibut dengan Makadam tu yang jadi lagu tu tapi rasa dan tekstur donut nya gerenti kebabomm.. Try it !

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...