Tuesday, August 04, 2015

Cara Membuang Kahak & Lendir Pada Baby Tanpa Menggunakan Ubat-ubatan

Assalammualaikum ^_^

Tanggungjawab menjadi ibu dan bapa bukan senang, jangan dipandang enteng, banyak cabaran dugaan yang perlu dihadapi. Lebih-lebih lagi bila ia melibatkan hal kesihatan si anak.

Harini I nak kongsikan dengan u gais petua ataupun tips untuk membuang kahak dan lendir pada baby tanpa mengambil sebarang ubatan.

Tips nieh I dapat melalui pembacaan di page kelab ibu hamil (kalo tak silap I), moga-moga ianya memberikan manfaat dan membantu u gais.


TIPS CARA BUANG KAHAK & LENDIR PADA BABY TANPA GUNAKAN UBATAN 


1. Ketuk beberapa ulas bawang putih.

2. Masukkan bawang putih tersebut ke dalam besen air panas yang masih berwap.

3. Baring kan baby menghadap besen yang berwap. Pastikan kepala lebih rendah dari kaki, leklok takut kang tertungmus pulak dalam besen hihihi...

4. Serkup kepala baby dengan kain lampin supaya wap berkumpul atau tak menyejuk dengan cepat dan baby dapat menyedut wap bawang putih sepenuhnya.

5. Hati-hati dan pastikan tangan baby tak capai besen.

7. Tepuk bahagian belakang badan baby kiri kanan dengan tangan dibentukkan "cupping" (macam gaya kita tadah air, tapi dalam keadaan terbalik) untuk longgarkan kahak dalam paru-paru.

8. Jangan tepuk kat belakang tulang belakang baby ya..

9. Jangan risau kalo baby nangis melalak kuat, tu lebih bagus sebab paru-paru akan mengembang dan memudahkan lendir untuk keluar.

10. Lakukan selama 10-15 minit, 2 atau 3 kali sehari. Ulang sehingga simptom-simptom berkurang.

Hurmm senang kan, bebahan pun memang dah ada kat dapur, tinggal malas dengan idak jer nak buatnya huhuhu.... nanti I pun nak try lah kat baby I kalo dia kena selsema hihihi ;p


SELAMAT MENCUBA ;-)

Belanje pic skit uncle auntie :-) semalam I bawa budak bambam kebaboom ni pegi cucuk 2mold, alhamdulillah perkembangan yang sangat memuaskan hati. Berat, panjang yang seimbang. Baru 2mold, berat nya dah cecah 6kg .. ermmm kita tunggu next month pulak ya... berape kg gaknya? bertabah lah mama lepas nieh nak dukung kamo nak ooiii :p hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...