Friday, September 19, 2014

Liebster Award │Game Berantai : Jawab Jangan Tak Jawab HEHE

Assalammualaikum ... hai buddies !

Minggu lepas blogger Ary+ Sha = Amzar Fayyadh ada invite ai join segmen ' Liebster Award ' ... haaa nko , apo bondo tuh eh? ai pun kurang arif , tapi mengikut dari apa yang baca . diorang kata segmen neh macam ' game blog ' ... andai kata korang dijemput dan di tag nama maka hendak laa dijawab soklan-soklan cepu mas yang diutarakan oleh orang yang mengetag kita tuh.. atas budi bicara juga la , kalo nak jawab , jawab la sebagai tanda penghargaan padanya kalo tak pun takpe ... abaikan je.. Ikutkan dah lama beliau invite ai , tapi hari neh ai baru nak jawab ! Sorry ya yunkk.. ai janji ai jawab semua soklan u hokeyy .. jujur taw hihihi ;p


Eh eh lupa lak , sebelum tuh ai nak minta izin pada korang yang bakal ai tag namanya kang .. tiada paksaan , jika sudi korang boleh jawab , jika tak sila abaikan je ok.. ai ok jeee ;))



Berikut syarat-syarat jika nak sertai benda alah neh !  Sila lengkapkan jika tidak penyertaan korang akan ditolak ! sapa suh tak lengkapkan borang.. hehe ... harap-harap borang ai passss ...

1. Sila sebutkan dan nyatakan siapakah gerangannya yang menjemput anda?

2. Sila jawab kesemua 11 soklan yang diberikan. Jangan miss satu pun taw !

3. Recruit 11 blogger yang baru yang mana bilangan follower nya bawah 1000 orang. 

4. Buat 11 soklan cepu mas yang akan dijawab oleh recruitment anda.

5. Maklumkan pada mereka yang anda telah link kan mereka sebagai peserta dalam game neh.

Ok, paham dak? senang kan? haaa apa tunggu lagi ai nak jawab soklan pekse neh hihi ..


Apakah nama penuh anda dalam K/P @ I.C?
Hayati Binti Karim 


Siapakah idola anda & kenapa DIA??
Nabi Muhammad s.a.w kerana dia adalah utusan Allah buat semua umat islam dimuka bumi neh.. selain tu parents ai..


Pekerjaan idaman anda?
Business women yang berjaya ! jadi bos boleh arahkan staff buat kerja haha ;p


Bilangan & Jantina anak yang anda inginkan & kenapa?
ai tak kisah beberapa je yang Allah kurniakan dan soal jantina pula apa yang diberikan tuh yang ai terima. anak kan anugerah ;)


Apakah impian yang belum tercapai untuk tahun ini?
Jadi kaya raya macam Bill Gates ! Haaa nko agak-agak tahun depan tercapai tak heeee....


Apakah tempat yang paling anda teringin pergi atau lawati?
Tanah Suci !


Apakah makanan yang paling anda teringin cuba makan tetapi masih belum berkesempatan nak makan.
ishhh banyak... sebab ai memang suka makan hihi 


Siapakah orang yang ingin sekali awak minta maaf buat masa ini?
Dengan semua orang yang mungkin pernah ai sakitkan hatinya. 


Apakah perkara yang paling awak tak puas hati dalam tahun ini?
Gaji ! 


Adakah awak gembira dengan kehidupan sekarang? Ada apa-apa yang ingin diubah?
Ya... ai cukup bahagia dengan life ai sekarang neh.. jika ada perubahan yang ai inginkan hanya berubah menjadi lebih baik !




yesss...yesss....see.. ai dah menjawab kesemuanya .. tahniah to me haha... ok, sekarang turn ai pulak nak tujukan soklan pada mereka-mereka neh;-

  1. http://princesshealthybeautyshoppe.blogspot.com 
  2. http://www.adnan-daughter.blogspot.com
  3. www.mamaniza.com
  4. http://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com
  5. http://acikwatie.blogspot.com
  6. http://najlamohayidin.blogspot.com
  7. www.dayangdeno.com
  8. http://alindanblog.blogspot.com
  9. http://bimbinganbelajar29.blogspot.com
  10. http://abahbz.blogspot.com
  11. www.yatiadam.com


Seperti yang ai katakan tadi .. tiada paksaan jika korang sudi ai berbesar hati .. if not to, don't worry .. ai ok jee ;) ... Ok , sedia ? One two goooo.....


Soklan-soklannya adalah;


1. Adakah anda seorang yang peramah? 
2.Tinggal kat mana , best tak area tu?
3. Warna kesukaan?
4. Pernah pergi Krabi tak?
5. Bila kali terakhir anda tengok wayang & dimana?
6. Perkara yang paling membanggakan yang pernah anda capai melalui blog anda?
7. Siapa dihati anda & kenapa dia istimewa pada anda?
8. Senaraikan 5 perkara yang anda benci?
9. Suka filem hindustan & siapa 5 artis yang diminati?
10. Apakah pendapat anda tentang entri-entri ai? 
11. Rasa-rasa ai neh comel tak? haha 

Done ! baiii

Cabaran 30 Hari : Day 13 │ 5 Blog Kegemaran Yatie Fizzy

Assalammualaikum ! 

Hai.. halloo kenkawan =)

Sihat????

Alhamdulillah! 
Moga-moga korang terus diberikan kesihatan 
dan hidup yang happy-happy ya.. amin ;))



Almost a week ai tak blogging ... ada beberapa segmen, cabaran yang terpaksa ai skip ! Bagi kenkawan yang pernah tag ai untuk join segmen korang .. sorry sesangat ya , bukan ai tak sudi tapi keadaan diri yang tak mengizinkan ! Cabaran 30 hari yang ai yang sahut tupun tak tersahut-sahut ai .. jauh dah kena tinggal dengan yang lain. .. entah larat ke idak ai nak kejar ? tapi ai cuba jer laa, yang tak terkejar tu ai skip boleh tak? plisssssss....plisssssssss ;p


Ok untuk harini, ai kena senaraikan 5 blog yang menjadi kegemaran ai? hmmmm hmmmm.. acaner ya nak tulih? sebab ai tak penah specify kan sesebuah blog itu adalah blog pebret ai .... blog-blog yang pernah ai kunjungi semua pun best-best , punyai aura dan kekuatan yang tersendiri ... semua pun ai suka asalkan ownernya comel dan ramah cam ai ahakkss... *nah perah santan sendiri nko kahakahkah* ..... gini .. hmmm apa kata kalo ai senaraikan * 5 Kategori Blog * yang jadi pilihan ai .. boleh kan? ... ok, jom kita tengok blog acaner yang ai like ... jeng.. jeng..jeng.......





1. Senang dan cepat - ai pantang nau time nak cuci-cuci mata blogwalking ... kat blog tuh banyak nau button nak kena tekan pastu ... palingg geram lagi nak kena tunggu 9999saat , perghh lama tu baii... boleh berjanggut ai tunggu taw ! jika ada ciri-ciri begitu makanya ai akan malas dan takkan visit nya lagi...  erm !


2. Pemilik yang peramah - sebab ai pun ramah so ai pun suka kawan dengan orang yang ramah tamah... haaaa mari la kita reramai jadi yang ramah tamah tu ya hihi...


3. Blog yang berinfomasi - memandangkan ai neh baru setahun jagung dalam dunia blogging ... banyak knowledge yang nak kena timba , so ai akan selalu visit mereka-mereka yang akan share kan ilmu-ilmu yang akan menolong ai ... honestly ai suka visit blog Bro HH , banyak ilmu yang ai dapat dari beliau. Thanks juga pada beliau untuk sharing ilmu yang bermanfaat buat blogger cam ai ;) heeee.....


4. Ruangan komen - permudahkan ruangan kotak komen ! kalo boleh jangan lerr letak benda yang merapu bagai tu... syok-syok nak komen skali keluar kotak yang nak kena follow * HURUF * dalam box kecik tuh.. adoyaiii terbantut taw ! kenkadang tu TER-CANCEL ai nak komen ..... awaiting moderation or approval pemilik tu perkara biasa... cam ai kihkihkih....


5. Pemilik yang selalu blogwalking blog ai - haaaa nko sapa yang tak suka kan ! give and take bak kata mama owner blog http://www.mamaniza.com ... mama nya ai pinjam ayat u taw hehe.... sebab kreteria yang last tu kita sama haha ;p 

Tu jer , baiii !

Friday, September 12, 2014

Cabaran 30 Hari : Day 12 │ Wishlist Yatie Fizzy

Hai ... Selamat petang ! 

Sementara ada kelapangan masa ni... boleh la aku teruskan ke cabaran yang seterusnya.. tugasan kalini adalah mengenai * Wishlist * ataupun dalam bahasa melayu nya senarai hasrat ! Setiap para blogger yang join segmen ni dikehendaki menyenaraikan seberapa banyak wishlist yang nak dicapai pada masa akan datang.. seperti mereka ...  aku juga mempunyai hasrat dan angan-angan untuk;


* TOP 5 WISHLIST YATIE FIZZY * 


1. Tanah Suci - Setiap umat islam pasti menyimpan hasrat untuk pergi ke tanah suci kan? Aku pun , in shaa allah jika diizinkan dan diberikan rezeki oleh Allah s.w.t ingin sekali aku jejak kan kaki ke sana bersama hubby dan anak-anak... amin ;)


1. Krabi - Aku teringin sangat nak ke Krabi , orang kata beach kat sana cantik... pestaim aku jatuh cinta dengan beachnya masa aku tengok movie Biker's Kental ... lakonan awie dan Zizan ... I want go there !!


2. Camera DSLR - In shaa allah , tengah kumpul duit nak beli ni .. 


3. Hand phone baru - Nak ganti hand-phone yang mengong sedia ada ni !


4. Buat Rumah - Walaupun dah ada rumah sendiri tapi aku dengan hubby berimpian nak bina rumah kat tanah ayahnya satu hari nanti.. biasa dok atas langit .. kenkadang nak juga tukar selera ... hihi 


5. Beli Kereta Baru - Honda Civic ! Nak beli Ferrari , Lamborghini tak mampu ... honda pun honda la ...     

Cabaran 30 Hari : Day 11 │ Kenangan Lucu Zaman Kanak2 Yatie Fizy

Assalammualaikum... 


Kalo nak bercerita tentang kenangan zaman kanak-kanak nih banyak sebenarnya ... boleh jadi esei yang panjang , tiga empat hari pun tak cukup nak share ni .. haha tapi kita pilih yang sweet-sweet je la ya , yang memasam tu campak tepi hehe ...

 
Paling tak boleh lupa and sweet bila dapat main permainan tersebut;

# Kawin-kawin -  Bukan gatal hokeyy , main-main je ... lebih cool kalo dapat 'bakal' laki yang comel ! bangga giler kot haha ...


# Curi Makan Buah Koko - Dulu kami pernah tinggal dekat felda , Pahang .. kat rumah lama kitorang tu ada banyak sangat pokok koko ... sedapp giler , lelagi dapat petik fresh dari pokok then terus masuk mulut.. heaven beb ! nyum nyum ...


# Curi Pastu Bela Anak Ayam - aku pantang nampak anak ayam yang kecik comel warna kuning tu , kompom aku tangkap pastu jadikan baby ... pernah sampai 'arwah' baby tu uhukhuk.. penat aku jaga , sampai kena kejar dengan maknya last-last hurmmm......


# Main Lompat Tali - Aku suka main tipu dulu haha ... bila sampai part tinggi aku tak leh lompat mula lah datang teknik merapu .. gunting la, kepak ayam la bahaha ...



# Batu Seremben - Selalu kalah kalo main yang tak leh kena tu ... menci ! 


# Puteri-Puteri - Masa kat kampung dulu , nak keluar takut .. mandi sungai tak boleh , sudah nya berkurung dalam rumah pastu main lah puteri-puteri dengan adik sedara. Dia yang paling rapat dan baik dengan aku. Namanya Rusda ! Dia yang ajar aku main puteri-puteri ni , terpengaruh dengan drama thai kat tibi lah kot hehehe....   


Ok lah tu jer ... Ikutkan hati nak citer semua .. tapi penat la jari ni nak menaip ... hehe ... cukup la erk ? yang lain tu aku simpan je buat kenangan sendiri mihihi ;p .. ok , byeee....

ramai kata si kakak ni ikut muka aku ... perangai pun sama macam mama dia ...Hurmmmm

SEGMEN BEN ASHAARI │ AKU SEORANG BLOGGER


Assalammualaikum ... selamat pagi semua !

Syukur padanya kerana masih lagi diberikan nafas untuk aku terus berada dibumi ciptaan-Nya  , alhamdulillah ..... Pagi ni adalah pagi yang sangat special dan pagi ni juga aku ada dapat berita baek , berita happy sangat.. seakannya permintaan kami akan dimakbulkan oleh Allah , harap2 itu sebagai tanda akan kedatangannya ... aminn ;)


Berbalik semula pada segmen ke-dua abam sado kita , tajuk untuk harini  SEGMEN BEN ASHAARI : AKU SEORANG BLOGGER!


Seriously untuk segmen kalini aku rasa sangat mencabar dan rasa nebess pula nak up kan.. iya lah kalo nak diukur pada kelayakkan rasanya aku masih tak layak kot untuk mengulas tentangnya , lagi pun usia blog aku pun baru je setahun jagung ... masih terlalu mentah , banyak benda yang aku perlu belajar dari mereka-meraka yang lebih senior .. tapi sebagai tanda menghormati segmen abam sado nih , in shaa allah aku akan cuba untuk mengulas sebaik mungkin , apa peranan aku sebagai seorang blogger ? * mohon ditegur jika ada sebarang 'error' ya * .. hihi ;)  





Peranan aku sebagai seorang blogger ? 

Nak menjadi blogger ni memang mudah , create satu account , buat editing and setting template , karang entri and publish ... See, dah siap pun ! Senang je , tak yah sesusah nak gi kursus ke exam ke ... dengan sekelip mata dah boleh jadi Blogger ! Tapi apa peranan aku ? Sebagai seorang blogger hingusan dalam dunia blogging ni sebolehnya aku cuba memberikan yang terbaik .. dalam setiap entri yang diterbitkan , aku akan cuba untuk kaji selidik dulu akan kesahihannya... terutamanya jika entri itu berkaitan dengan isu semasa ! Tak nak lah pula nanti bagi info yang salah taupun kurang tepat , maklum lah bila sesebuah entri itu diterbitkan bukan hanya aku malah open to public untuk membacanya... so kalo info yang diberikan bukan berdasarkan fakta maka dah jatuh jadi fitnah namanya. Ya ampun besarnya dosa sebuah fitnah itu ! Aku tak nak blog aku dikenali sebagai blog *sampah* tapi aku mahu blog aku dikenali sebagai sebuah blog yang boleh memberi kebaikan pada orang yang membacanya.. in shaa allah ;)
 
 
Blogger Sepenuh Masa !
 
Owhh really ! I wish so , aku nak sangat jadi macam Abang Ben , Abang HH & Bro Framestone , walaupun mereka house husband tapi mereka berjaya dalam dunia blogging masing-masing.. jika aku bisa jadi seperti mereka .. memang aku rela tinggalkan kerja aku sekarang ni dan berikan commitment sepenuhnya pada dunia blogging .. at least dari situ aku punyai masa yang lebih untuk anak dan hubby ... heee 
 
 
Backup Plan ? 
 
Currently aku memang ada backup plan , Network Marketing ! Biarpun aku ada pendapatan sendiri but still aku kena ada backup untuk masa depan. Sejujurnya aku tahu yang ramai orang takut dan tak suka dengan bisnis Network Marketing? Ramai yang kata tipu? Cari orang? ... Setiap orang ada pendapat dan pandangan masing-masing .. cuma bagi aku , ini adalah pilihan aku ! Samaada aku berjaya atau tak semuanya terletak pada aku !    


Harapan !
 
Berharap yang suatu hari nanti angan-angan aku jadi nyata... selain dari berjaya sebagai seorang blogger , aku juga mahu berjaya dalam apa jua yang sedang aku lakukan kini !

Thursday, September 11, 2014

Cabaran 30 Hari : Day 10 │ Apa Didalam Handbag Yatie Fizzy


Hai semua ... Hollaaa 


Entri nih sepatutnya di-publish-kan semalam tapi atas faktor ke-busy-an kerja yang menimbum ... makanya terpaksa lah aku skip untuk harini... entri ke-sepuluh ! woahoaa !! 

Sila rujuk gambar diatas , apa yang korang nampak itu lah harta benda hakmilik persendirian aku yang ada , hak aku dok usung hulur hilir sepanjang waktu .. melainkan masa tido non hado lah aku nak bawanya jugak ! hihi

Masa tengah taip entri ni kan , tetibe fefeling retis gituhh ... dah kenapa nak felling retis pulak ? ya lah pernah tengok kan kat tibi tuh , segmen jom terjah beg retis ? Ahhaaa glamor hokeyyyy... kata nak tahu apa hado dalam bag den , makno kata harini den jadi rotih la yo haha... adehhh ! 


Meh aku terang satu per satu apa isi handbag aku !

1. Handbag palingg pebret - BHPC 1982 sebabnya color merah hihi;
2. Bag makeup;
3. Wallet beli kat uptown;
4. Bag kecik khas untuk duit syiling;
5. Car key's;
6. Remote pintu opis and kunci rumah;
7. Access card;
8. Pendrive;
9. Hand-pone sony;
10. Hand-pone samsung;
11. Losen; dan
12. Bedak


Hubby kata aku isi batu dalam handbag ! Berat , macam pikul batu katanya... Hhmm nasib lah yangggg oiiii... dah nama pun orang puang , mana buleh dari dari barang-barang makeup haha...


Dah tu jer, ok bye ! hehe...

Cabaran 30 Hari : Day 9 │ 5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Yatie Fizzy !

Hai.. assalammualaikum!

Hamboihh kemain lagi tajuk cabaran kalini... kena senaraikan * 5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Anda *.... Acaner ya ... bab aku dah ber-status *MARRIED* , jadinya mana ada dah yang buat aku tertarik , sebab aku dah pun kena tarik buat selamanya dengan cik hubby hihi... Hurmm ok , camni apa kata kalo aku senaraikan 5 ciri-ciri lelaki yang aku idamkan.. boleh ?



* 5 CIRI-CIRI LELAKI IDAMAN YATIE FIZZY *


1. Pembimbing Keluarga 

2. Penyayang

3. Pencinta anak dan isteri

4. Pandai buat lawak walau pon bukan seorang pelawak

5. Sweet macam candy crush   



Ok tak ciri-ciri tu ? Aku tak minta harta yang menggunung , duit yang berjuta cukup sekadar lelaki itu mampu memberikan aku senyuman tiap kali bersama dengannya... dan lelaki itu sudah aku temui .. aku sangat sayangkan dia dan berdoa agar lelaki itu bersama ku hingga ke jannah... dan lelaki itu adalah suamiku !

my candy crush ... aummm ;p

SEGMEN BEN ASHAARI │ Impian Ku , Seorang Blogger !


Assalammualaikum dan selamat pagi semua ;)


Segmen nih diilhamkan dan dianjurkan oleh
Blogger abam sado : Ben Ashaari : Segmen Ben Ashaari │ Impian Ku , Seorang Blogger !




LATAR BELAKANG YATIE FIZZY !
Nama aku Yatie .. dah kahwin dan ada sepasang cahaya mata , Balqis 8thn & Fahrin 5thn. Usia perkahwinan sudah mencecah 10tahun , alhamdulillah syukur kerana Allah telah mengurniakan aku seorang suami yang cukup sempurna iaitu, En. Fizzy.. sekarang tahu kan dari mana datang nya ' Yatie Fizzy ' tu ! Pekerja sepenuh masa disebuah firma guaman di Puchong , menetap di Bandar Kinrara , berasal dari Kelantan, dilahirkan Terengganu dan dibesarkan di Malaysia dan Thailand !  Sangat suka warna merah , apa saja benda yang warna MERAH aku akan beli ! Aku tak tinggi tak juga pendek cuma sedang-sedang jer .... sangat pemalu walaupun suka bercakap , pantang diajak berjalan , kaki shopping , manja dan kaki karok ! ;p




KELEBIHAN BLOG 
'SELAMAT KE BELOG YATIE FIZZY' .. Sejujurnya aku sendiri pun kurang pasti , apa lebihnya BELOG YATIE FIZZY berbanding dengan blog yang lain.. cuma apa yang boleh dikatakan , aku menulis berdasarkan apa saja yang terlintas difikiran , apa yang terkesan dihati... setiap entry yang diterbitkan adalah melalui kisah dan pengalaman sendiri ... tiada istilah curi mencuri , selain itu juga aku ada berkongsi pelbagai tips , resipi , review , isu semasa (jika berkesempatan) dan kisah travel ! 




IMPIAN AKU , SEORANG BLOGGER 
 Harapan aku semoga suatu hari nanti blog aku mampu memberi kan sesuatu yang bermanfaat buat mereka yang membacanya dan aku akan sangat happy dan teruja sekiranya dapat menimba ilmu , berkongsi pengalaman , dapat support daripada blogger-blogger senior ... dan palingg membanggakan one fine day i wish to become a full time blogger , i hope that !

Wednesday, September 10, 2014

Cabaran 30 Hari : Day 8 │ 5 Lagu Cinta Kegemaran Yatie Fizzy

Assalammualaikum ! Hai geng ;)
Apa kabor ? Sihat ?
Alhamdulillah. 
Harini aku baru terkedek-kedek nak sahut cabaran ke-lapan.
* 5 Lagu Cinta Kegemaran Aku ! * 
Huhh , orang dah sampai LONDON , 
Aku??
Baru nak book flight ticket ! 
Makna kata lain , lambat sudah ...
Huhu sadissss......
But !! Not to worry, kejar tetap kejar mihihi..



Ermmm aku cuba nak ingat balik nih...
Banyak sangat pebret nya ...

Hhmmmm.....
Ok ok ok I got it ! 
HEHE


Carta TOP 5 YATIE FIZZY !! 




#1. LENA DIULIT INTAN - Hubby pernah jamming lagu nih dengan geng-geng dia time sekolah dulu.. khas tuk gewe dia, yakni aku lerr ! Siap diubah tajuk lagunya LENA DIULIT YATIE ! Haaaa koo jiwang tak lakiku , kalo tak masa kan aku cair kan ! hihi ;p 




#2. BINTANG HATIKU - Lirik nya best , lelagi kalo seorang suami itu dendangkan khas buat isterinya ! Sure, i will fall in love with hubby again , again and again ... syokknyaa mmm....





#3. My Heart Will Go On - Romantic song... I love it !





#4. A Thousand Years - I have died everyday waiting for you , Darling don't be afraid I have loved you for a thousand years , love you for a thousand years more !







 
#5. Jagakan Dia Untukku - Tuhan jaga dia untukku selamanya ku ada, mencipta syurga bersama , menyayangi mendampingi dia.. 



Nih adalah diantara lagu kesukaan aku !
Setiap lagu mempunyai ciri dan kekuatannya yang tersendiri..
Bagi aku lebih selesa layan alunan musik dan lagu-lagu yang tenang , 
ala ala romatic song , loving2 gitu , jiwang brutal pun layan gak ! 
Ikutkan semua pun aku suka ! 
tapi yang terpilih yang palinggg pebret ,
Selalu aku dok nyanyi ...
Tak kira kat mana pun, asal rasa nak panggil hujan , 
start lah aku sumbangkan suara haha ;p
Ok lah tu jer , bye ...

Tuesday, September 09, 2014

Sabar , ini namanya dugaan bila bekerja !

Assalammualaikum....

Apa lah nasib aku harini , penghujung hari yang not gud , sangat tak best ! huwaaaa nak nangis pun hado nih... sob..sob..sob... ;(

Alkisahnya gini , tadi ada call masuk so aku macam biasa lah , memandangkan opis aku ketiadaan receptionist .. jadinya semua pun kena lah sendiri berhad ! Ermmm.... entah lah apa nasib diri , terjawab pulak call sorang client nih! Mentah-mentah aku kena dengan dia , dikatanya aku ni garang ! tak sopan , marah dia padahal aku jawab call cam biasa jer.. entah celah mana yang aku marah pun tak tahu ! Just because aku banyak tanya ke? tapi memang patut pun aku kena bertanya , kalo tidak acaner nak tolong dia ! Sebabnya orang yang in-charge case dia tu dah kena buang kerja jadinya aku lah person yang take over sekarang nih !  Haihhhh... Ini lah dia kan , bila separuh jalan terpaksa ambil kerja orang .. tak tahu mana hujung pangkal last-last bila client call kena marah FOC !! 


Dah bila aku call balik berlagak pulak tu , katanya... tak payah sesusah nak tolong , esok ke lusa ke dia datang ke opis .. semata-mata nak buat complaint ! Seriously , what the reason ? Just because aku banyak tanya or sebab ko terlalu bongkak? Ridiculous ... what the kind of person she is ? Nonsense !! 

Tapi takpe akan aku tunggu kedatangan dia ! Sebab nak dengar jugak base on whats' reason dia nak complain about me !


Ihsan Google

Cabaran 30 Hari : Day 7 │ Sejauh Mana Pentingnya Pendidikan Bagi Yatie Fizzy

Hai, Assalammualaikum ;))


Diam tak diam, dah masuk cabaran ke-7 dah ya.. Cepatnya masa berlalu , apapun syukur alhamdulillah kerana hingga ke saat ni aku masih lagi bernafas di bumi Allah ni dan masih lagi mampu untuk menyahut setiap cabaran yang diberikan... Alhamdulillah :))


Ok, berbalik semula pada cabaran kalini, topik yang diutarakan agak menarik iaitu sejauh mana pentingnya pendidikan bagi anda?? Nampak cliche tapi ada something yang ingin disampaikan.... so, aku terima ni sebagai cabaran dan i will try my best to expose it ;p ecececehhhh hihi....




Bila bercakap soal pendidikan, ertinya berkaitan dengan ilmu lah kan. Sesiapa pun tak bisa menafikan akan kepentingan ilmu pendidikan dalam hidup. Tanpa ilmu sapa lah kita pada hari ni?? Tanpa pendidikan kemanakah hala tuju kita hari ni?? Sememangnya ilmu itu sangat penting , tanpa ilmu tiada makna lah hidup seseorang itu.. Tapi sejauh mana kepentingannya ? 


Selalu aku berpesan pada diri, biar aku kurang cerdik tapi jangan sampai anak-anak pun sama. Mungkin dulu aku tak mampu nak belajar sampai ke menara gading kerana faktor kewangan yang tak mengizinkan tapi in shaa allah jika diizinkan Allah aku nak anak-anak aku teruskan pengajian diorang hingga mencapai tahap pencapaian yang tertinggi... aku nak diorang berjaya dalam bidang pendidikan memasing , walaupun sekarang diorang masih kecil setidak-tidaknya aku dah boleh merancang untuk masa depannya kelak... Biar payah mana pun , sesukar apa pun, kalo aku terpaksa bersengkang mata untuk cari duit demi pendidikan diorang, in shaa allah aku sanggup.. asalkan diorang dapat ilmu dan tahap pendidikan yang selayaknya !


Aku percaya bukan hanya aku malah itu juga impian dan harapan bagi setiap insan yang bergelar ibu dan bapa kan ?? Takde parents yang harapkan anak tak pandai , semua pun ada angan-angan yang suatu hari nanti anak-anak mereka berjaya dan maju dalam hidup ... tapi tanpa pendidikan dan ilmu macam mana semua tu boleh jadi nyata?? Mustahil kan ! Kalo takde ilmu acaner nak ke menara gading ? Panjat pokok moktang gading boleh ler .. tapi still kena belajar ilmu gak acanor nak panjat pokok tu kihkih....... So, nampak tak betapa pentingnya nilai pendidikan itu ??


SEKIAN ! 





CABARAN 30 HARI : KELAB BLOGGER BEN ASHAARI 


Event │ APOH [A Piece Of Hope] : Fun Run & Walk 2014


Facebook: APOH

Assalammualaikum dan haii semua...


Sedikit infomasi dan perkongsian yang nak aku kongsi kan dengan korang hari ni adalah tentang satu acara amal ... A Piece of Hope: Fun Run & Walk 2014 , adalah satu acara amal yang dianjurkan oleh A Piece of Hope: MT Kinabalu , yang akan diadakan pada 7 December 2014 bertempat di MAEPS, Mardi Serdang. Seramai seribu peserta dijangka akan turut serta dan pelbagai keseronokkan menanti korang disana ... hurmmm menarik kan ? Acara ni juga boleh dijadikan sebagai satu aktiviti riadah bersama keluarga selain dapat berkenalan dan beramah mesra dengan para peserta yang lain. Best kannn ......


Acara ini terbuka untuk semua , tua muda kecik besar , pendek panjang , senang citer semua pun boleh join. So, jika ada kalangan korang yang berminat dengan acara amal nih, boleh rujuk pada butiran dibawah..


  • Lokasi Acara: MAEPS - MARDI SERDANG 
  • Tarikh: 7 December 2014, Ahad 
  • Masa: 7.30am - 10.30am
  • Yuran Pendaftaran: RM60/seorang [Beserta Goodies Bag & T-Shirt]
  • Kanak2 berumur 12thn ke bawah free


Tarikh pendaftaran akan dibuka mulai 15 September 2014 ni, so kalo tak nak terlepas cepat-cepat lah mendaftar ya .. Untuk maklumat lanjut dan lebih sahih , sila berhubung terus dengan pihak penganjur di Blog ataupun Facebook. Setiap pertanyaan sila PM ke inbox , in shaa Allah pihak penganjur akan membalasnya secepat yang mungkin...


Sementara itu .... jom tengok beberapa gambar lokasi dimana acara tersebut akan berlangsung;









Ayuhhh... Jom kita ramai-ramai memeriahkah lagi acara amal ni , semoga dengan usaha yang kecil nih mampu memberikan sejuta harapan baru insan yang memerlukan.  Selain dapat membantu , kita juga dapat berhibur dan luangkan masa bersama keluarga. Acara seperti ni, amat berkualiti terutamanya buat mereka yang selalu sibuk dan ingin santai bersama selain mengeratkan lagi silatulrahim sesama insan . In shaa Allah !


SEKIAN .... 

Monday, September 08, 2014

Berhati-hati pun masih juga terkena !


Assalammualaikum!

Haihhhh...... Dalam berhati-hati pun terkena juga. Dah banyak kali cakap kat hubby .. baik mana pun dengan kenkawan, jangan percaya sangat ... terutamanya bila berkaitan bab duit !  Dah ku kata padanya ... kerana duit kawan boleh jadi lawan !! Orang sanggup buat apa saja kerana duit .. Bukan kata takat makan kawan , lebih dari tu pun sanggup ! 

Kata orang, lembu berpegang pada tali, manusia berpegang pada janji.. Sudah nya janji tinggal janji ! Kalo ada masalah bagitahu lah, at least paham lah kami , ini tidak diam seribu bahasa. Apa citer ni bro ? Camni ker kawan? Duit lebur, barang tak dapat ...  batang hidung ko lagi lah, memang takde lah kan nak muncul depan kitorang. 

Errrr bila dikenangkan sakit pulak hati ni... kalo takat puluhan ringgit yang lebur takpe , ni beratus kot ! tapi benda dah jadi kan, nak buat acaner... cuma lepas ni kitorang kena lebih berhati-hati bila berurusan... walaupun dengan kenalan rapat sendiri ! Siapa pun si 'dia' tu, andai kata kamu terbaca post ni... takpe lah anggap jer itu rezeki kamu.. kitorang dah HALAL kan semuanya... in shaa Allah ;)) 
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...