Friday, September 12, 2014

Cabaran 30 Hari : Day 12 │ Wishlist Yatie Fizzy

Hai ... Selamat petang ! 

Sementara ada kelapangan masa ni... boleh la aku teruskan ke cabaran yang seterusnya.. tugasan kalini adalah mengenai * Wishlist * ataupun dalam bahasa melayu nya senarai hasrat ! Setiap para blogger yang join segmen ni dikehendaki menyenaraikan seberapa banyak wishlist yang nak dicapai pada masa akan datang.. seperti mereka ...  aku juga mempunyai hasrat dan angan-angan untuk;


* TOP 5 WISHLIST YATIE FIZZY * 


1. Tanah Suci - Setiap umat islam pasti menyimpan hasrat untuk pergi ke tanah suci kan? Aku pun , in shaa allah jika diizinkan dan diberikan rezeki oleh Allah s.w.t ingin sekali aku jejak kan kaki ke sana bersama hubby dan anak-anak... amin ;)


1. Krabi - Aku teringin sangat nak ke Krabi , orang kata beach kat sana cantik... pestaim aku jatuh cinta dengan beachnya masa aku tengok movie Biker's Kental ... lakonan awie dan Zizan ... I want go there !!


2. Camera DSLR - In shaa allah , tengah kumpul duit nak beli ni .. 


3. Hand phone baru - Nak ganti hand-phone yang mengong sedia ada ni !


4. Buat Rumah - Walaupun dah ada rumah sendiri tapi aku dengan hubby berimpian nak bina rumah kat tanah ayahnya satu hari nanti.. biasa dok atas langit .. kenkadang nak juga tukar selera ... hihi 


5. Beli Kereta Baru - Honda Civic ! Nak beli Ferrari , Lamborghini tak mampu ... honda pun honda la ...     

Cabaran 30 Hari : Day 11 │ Kenangan Lucu Zaman Kanak2 Yatie Fizy

Assalammualaikum... 


Kalo nak bercerita tentang kenangan zaman kanak-kanak nih banyak sebenarnya ... boleh jadi esei yang panjang , tiga empat hari pun tak cukup nak share ni .. haha tapi kita pilih yang sweet-sweet je la ya , yang memasam tu campak tepi hehe ...

 
Paling tak boleh lupa and sweet bila dapat main permainan tersebut;

# Kawin-kawin -  Bukan gatal hokeyy , main-main je ... lebih cool kalo dapat 'bakal' laki yang comel ! bangga giler kot haha ...


# Curi Makan Buah Koko - Dulu kami pernah tinggal dekat felda , Pahang .. kat rumah lama kitorang tu ada banyak sangat pokok koko ... sedapp giler , lelagi dapat petik fresh dari pokok then terus masuk mulut.. heaven beb ! nyum nyum ...


# Curi Pastu Bela Anak Ayam - aku pantang nampak anak ayam yang kecik comel warna kuning tu , kompom aku tangkap pastu jadikan baby ... pernah sampai 'arwah' baby tu uhukhuk.. penat aku jaga , sampai kena kejar dengan maknya last-last hurmmm......


# Main Lompat Tali - Aku suka main tipu dulu haha ... bila sampai part tinggi aku tak leh lompat mula lah datang teknik merapu .. gunting la, kepak ayam la bahaha ...



# Batu Seremben - Selalu kalah kalo main yang tak leh kena tu ... menci ! 


# Puteri-Puteri - Masa kat kampung dulu , nak keluar takut .. mandi sungai tak boleh , sudah nya berkurung dalam rumah pastu main lah puteri-puteri dengan adik sedara. Dia yang paling rapat dan baik dengan aku. Namanya Rusda ! Dia yang ajar aku main puteri-puteri ni , terpengaruh dengan drama thai kat tibi lah kot hehehe....   


Ok lah tu jer ... Ikutkan hati nak citer semua .. tapi penat la jari ni nak menaip ... hehe ... cukup la erk ? yang lain tu aku simpan je buat kenangan sendiri mihihi ;p .. ok , byeee....

ramai kata si kakak ni ikut muka aku ... perangai pun sama macam mama dia ...Hurmmmm

SEGMEN BEN ASHAARI │ AKU SEORANG BLOGGER


Assalammualaikum ... selamat pagi semua !

Syukur padanya kerana masih lagi diberikan nafas untuk aku terus berada dibumi ciptaan-Nya  , alhamdulillah ..... Pagi ni adalah pagi yang sangat special dan pagi ni juga aku ada dapat berita baek , berita happy sangat.. seakannya permintaan kami akan dimakbulkan oleh Allah , harap2 itu sebagai tanda akan kedatangannya ... aminn ;)


Berbalik semula pada segmen ke-dua abam sado kita , tajuk untuk harini  SEGMEN BEN ASHAARI : AKU SEORANG BLOGGER!


Seriously untuk segmen kalini aku rasa sangat mencabar dan rasa nebess pula nak up kan.. iya lah kalo nak diukur pada kelayakkan rasanya aku masih tak layak kot untuk mengulas tentangnya , lagi pun usia blog aku pun baru je setahun jagung ... masih terlalu mentah , banyak benda yang aku perlu belajar dari mereka-meraka yang lebih senior .. tapi sebagai tanda menghormati segmen abam sado nih , in shaa allah aku akan cuba untuk mengulas sebaik mungkin , apa peranan aku sebagai seorang blogger ? * mohon ditegur jika ada sebarang 'error' ya * .. hihi ;)  





Peranan aku sebagai seorang blogger ? 

Nak menjadi blogger ni memang mudah , create satu account , buat editing and setting template , karang entri and publish ... See, dah siap pun ! Senang je , tak yah sesusah nak gi kursus ke exam ke ... dengan sekelip mata dah boleh jadi Blogger ! Tapi apa peranan aku ? Sebagai seorang blogger hingusan dalam dunia blogging ni sebolehnya aku cuba memberikan yang terbaik .. dalam setiap entri yang diterbitkan , aku akan cuba untuk kaji selidik dulu akan kesahihannya... terutamanya jika entri itu berkaitan dengan isu semasa ! Tak nak lah pula nanti bagi info yang salah taupun kurang tepat , maklum lah bila sesebuah entri itu diterbitkan bukan hanya aku malah open to public untuk membacanya... so kalo info yang diberikan bukan berdasarkan fakta maka dah jatuh jadi fitnah namanya. Ya ampun besarnya dosa sebuah fitnah itu ! Aku tak nak blog aku dikenali sebagai blog *sampah* tapi aku mahu blog aku dikenali sebagai sebuah blog yang boleh memberi kebaikan pada orang yang membacanya.. in shaa allah ;)
 
 
Blogger Sepenuh Masa !
 
Owhh really ! I wish so , aku nak sangat jadi macam Abang Ben , Abang HH & Bro Framestone , walaupun mereka house husband tapi mereka berjaya dalam dunia blogging masing-masing.. jika aku bisa jadi seperti mereka .. memang aku rela tinggalkan kerja aku sekarang ni dan berikan commitment sepenuhnya pada dunia blogging .. at least dari situ aku punyai masa yang lebih untuk anak dan hubby ... heee 
 
 
Backup Plan ? 
 
Currently aku memang ada backup plan , Network Marketing ! Biarpun aku ada pendapatan sendiri but still aku kena ada backup untuk masa depan. Sejujurnya aku tahu yang ramai orang takut dan tak suka dengan bisnis Network Marketing? Ramai yang kata tipu? Cari orang? ... Setiap orang ada pendapat dan pandangan masing-masing .. cuma bagi aku , ini adalah pilihan aku ! Samaada aku berjaya atau tak semuanya terletak pada aku !    


Harapan !
 
Berharap yang suatu hari nanti angan-angan aku jadi nyata... selain dari berjaya sebagai seorang blogger , aku juga mahu berjaya dalam apa jua yang sedang aku lakukan kini !
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...