Friday, May 10, 2013

Tragedi Mei - Kanak-kanak 11 Tahun Mangsa Rogol dan Bunuh


Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya hanya padaMu tempat kami memohon pertolongan dan perlindungan. Tiada Tuhan Yang Disembah MelainkanMu, lindungilah kami umatMu yang tidak berdaya ini dari segala mala bencana dan perkara-perkaran yang tidak diingini. Sesungguhnya tidak akan ada sesuatu kejadian itu melainkan dengan izinMu”…

Hari ni akan menjadi sejarah hitam buat keluarga arwah adik “Nur Amyliana Shuhada Mohd Noor”, kanak2 yang berusia 11 tahun yang menjadi mangsa rogol dan bunuh manusia durjana. Actually adik Nur Amyliana bukanlah kanak2 pertama yang menerima nasib malang seperti itu. Sebelum ni Negara kita pun pernah digemparkan dengan kematian tragis seperti adik Nurul Huda, Shalini, Nurul Jazline Jazimin dan ramai lagi. Dah ramai kanak2 yang tak berdosa ni menjadi mangsa nafsu bintang sipelaku durjana ni.

Berita TV3 malam tadi ade menyiarkan nasib yang menimpa adik Nur Amyliana yang dijumpai mati dimedan letak kereta oleh seorang remaja berusia 19 yang kebetulan lalu kat situ (pukul 11.30mlm). kejadian berlaku di medan letak kereta, Lorong Batu Nilam 1E, Bukit Tinggi, di Klang. Apelah nak jadi dengan manusia akhir zaman ni, korang tak kesian ke kat budak tu. Bayangkan kalau benda same terjadi pada ahli keluarga korang?? Ape rasenya?? Happy?? Sedih?? Marah?? Derita?? Geram?? Rase nak Tembak je sipelaku?? Or nothing?? Kosong, Zero? Mase tu korang raselah macam mane perasaan yang ditanggung keluarga mangsa. Ingatlah Korang pun akan ade anak jugak kan..lain lah kalau korang tu jenis haruan makan anak ..lain la plak ceritanya..


Sayu hati tengok gambar ahli keluarga arwah yang berlinangan airmata meratapi pemergian beliau buat selama-lamanya. Mungkin Allah lebih sayangkan arwah lebih dari kalian sayangkannya…T__T

Kate si gadis yang menjumpai adik Nur Amyliana, dia amat terkejut bila terlihat keadaan arwah yang menyayat hati tu. Dengan mate masih terbuka luas dan mulut yang berbuih dia terus berlari untuk memaklumkan pada pihak polis. Usah kate nak bayangkan nak mendengar pun tak sanggup rasenya. Ape salah arwah pada sipelaku hingga sanggup buat macam tu. Takde sape pun yang mahukan kematian seumpama tu, jika maut datang menjemput sekali berdoalah pada Allah agar dijauhi dari dizalimi sedemikian rupa. Kezaliman yang dilakukan pada arwah memang tak boleh dimaafkan..

Menurut ibu mangsa Acha kusain, arwah seorang yang ramah dan sangat rapat dengannya. Iyalah hati ibu mane yang tak sedihkan bila anak yang dikandung 9bulan 10hari pergi menemui ajal dalam keadaan yang menyayat hati macam tu. Mane2 wanita pun yang bergelar ibu, mak, mama nak lihat anak2 membesar depan mata tapi jika sudah itu ketentuanNya redhakanlah kepergiannya. Mungkin Tuhan lebih menyayangi arwah lebih dari kalian. 

“Kami baru berpindah ke sini dari Kuantan, Pahang dua bulan lepas kerana mengikut suami saya yang bertukar tempat kerja. Sebelum kejadian dia bermain di sekitar kawasan rumah kira-kira pukul 12.30 tengah hari dan saya ingat dia akan pulang sebelum malam, tapi tak sangka saya bertemunya ketika dia telah tiada,”

Ingatlah wahai si pelaku buat baik dibalas baik buat jahat jangan sesekali. Larilah jauh macam mane pun, mungkin didunia ni korang lepas tapi ingat akan adenya akhirat kelak. Selaju-laju Korang lari akhirnya tertangkap jua. Jangan ingat akan lepas macam tu je..

Sumber Bernama: Sejurus mendapat maklumat 2 orang lelaki Sabah yang berusia 19 dan 24 tahun yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan adik Nur Amyliana Shuhada Berjaya ditangkap dan kini suspek akan ditahan reman tujuh hari mulai hari ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan


P/sku: Pada ibubapa, mak ayah, mama papa (termasuklah yf juga) awasilah anak2 anda. Pastikan mereka sentiasa berada depan mate. Elakkan dari membiarkan mereka keluar sorang2, biarlah ape orang nak cakap kongkong anak ke kurung anak ke ape yang penting mereka selamat dibawah jagaan kita…Bile dengar berita macam ni terus teringatkan anak2. Ya Allah Engkau lindungilah anak2ku dan umatMu semua, jauhi mereka dari anasir2 jahat. Peliharalah mereka berikanlah mereka kesejahteraan hidup dunia dan akhirat..Amin Ya Rabbil Alamin…

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...