Monday, May 06, 2013

PRU13 - PARLIMEN P104 KELANA JAYA BILIK GERAKAN RELA PJS 8

Tanggal 5 Mei 2013 tarikh keramat yang akan diingati oleh seluruh rakyat Malaysia dimana pada tarikh tersebut seluruh Warganegara yakni anak jati Malaysia akan keluar menunaikan kewajipan masing2 demi memilih pemimpin yang akan menerajui Negara yang demokrasi ni. Bukan saje mereka tapi yf juga akan ingat pada tarikh tersebut kerana for the first time in my life yf akan memberikan khidmat pada calon2 yang akan mengundi. yehaaaaa best nyer. Marilah Mari Pergi Mengundi, Ini Kalilah Kasi Tukar hahaha (pinjam jap tagline tu yer, jgn mare hehe)

Pada PRU13 ini kali yf telah diberikan mandat dimana yf dilantik sebagai "POLLING CLERKS a.k.a KERANI PENGUNDIAN/MENGIRA UNDI. Kawasan yang akan diterokai adalah PARLIMEN P104 KELANA JAYA BILIK GERAKAN RELA PJS8 KELANA JAYA diketuai oleh En. NAZRUL BIN NGAIMIN pegawai dari Ibu Pejabat Tanah & Galian Shah Alam, Selangor. Group kami ade 5org termasuk ketua, yf, Auntie, uncle dan opismate auntie yf. kesemuanya kakitangan kerajaan hanya yf dan uncle je org awam. Ah tak kesah la janji yf dpt bertugas. Dah tak sabar ni excited dah tahap extreme dah ni...yehaaaaaaaaaaaaaa ^__^

baju, tag ngan cap (yf just pakai baju ngan tag je sb pakai tudung kot camne nak pakai cap) yg ni lah yang akan semua petugas2 kena pakai mase bertugas pada PRU13. akan tetapi bagi petugas2 yang mempunyai size body yang "agak comel lote tu" mereka boleh memakai pakaian sendiri tetapi pakaian yang formal. jeans2 ke shirt2 pendek ke TAK BOLEH (ape ingat nak pegi shopping ke nak pakai sesexy ni..ishh3)

Tepat pukul 8pagi waktu SPR, pintu pagar Saluran 1 Bilik Gerakan Rela PJS8, Kelana Jaya dibuka untuk calon2 yang akan jalankan tanggungjawab memangkah calon pilihan hati. Ni kali pihak SPR mencadangkan dan PM meluluskan dimana kesemua calon2 dikehendaki mencalitkan JARI TELUNJUK KIRI dengan DAKWAT. 

Ha ni contoh calitan dijari tu. (pinjam jari hubby yf jap wat role model haha). Pegi tak pakai inai bila balik tetiba lak pakai inai kan seb bek 1 je klo 3 dah len plak jadinyer kikiki...

Permulaan tugasan yf senang just mintak jari pastu calitkan dengan dakwat (ala cam gambar jari hubby yf tu, terpaksa pinjam jari dia kan sb jari yf jgn kate telunjuk abeh 1body bermandikan dakwat. sibuk dok calitkan orang yf yang mandi dakwat huhu.) Punyalah happy mase itu siap boleh dok perhatikan gelagat calon lagi, tp bile Ketua Tempat Mengundi  (KTM) bagi arahan suruh bukak counter ke2 urm abeh jangan kate nak tengok calon nak jeling menjuling calon pun tak sempat.
 
Calon2 yang datang plak dari pelbagai latar belakang kaum, 1Malaysia kan mestila ade Melayu, Cina, India, ha rase yf Original people pun ade kot. (yf teka je sb mase yf baca name diorg tu pelik je bunyi nyer. Tak kisahla yang penting dia tahu akan tanggungjawab dia sebagai rakyat Malaysia). Biasala dah name pon manusia takde yang perfect, begitu jugaklah dengan calon2 yang datang ade yang okey tapi ade jugak yang macam nak kena tempeleng tu. Dah mintak dihulurkan jari untuk calitkan dakwat tu  bagi jelah kan ni banyaklah plak songehnye, errr geram rase cam nak je yf tempeleng manusia tu dah la sombong plak tu siap jeling2 lagi tau. urmm sabar je walopon hati ni bagai lautan yang bergelora tunggu mase je nak telan "BELIAU" tu. (Biasa la yf ni pun manusia jugakkan ade perasan marah kan tp bila fikir balik urmm takpe la benda dah lepas pun. Pepatah ade berkate "Barang Lepas Jangan Dikenang" "Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih")


Tepat jam pukul 5petang semua pintu pagar pusat pengundian ditutup dan takde sorang pun calon2 mahupun orang awam dibenarkan berada disekitar kawasan itu kecuali kami para petugas dan ejen2 pengundian SAHAJA..(mase tu punyalah bangga ngan excited kan, mau tak nyer kami orang pertama yang tahu result nyer. tp dlm dok bangga2 pun kami kenalah hati2 sebab ni akan melibatkan mase depan Negara kan)

Segala kerja2 pengundi telah kami jalankan dengan sejujurnyer demi memastikan Negara tercinta kekal berada dalam jagaan pemimpim yang berwibawa. Pada semua parti2 yang bertanding harap terima keputusan ini dengan hati yang terbuka. Pada yang berjaya Tahniah dan pada yang gagal cubalah lagi. Bak Kate PM kita "5TAHUN LAGILAH"..INI KALILAH KITA KASI TENGOK SELANGOR SAPA PEGANG ^__^..

Wassalam..<3<3<3


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...