Wednesday, May 21, 2014

[Event] Blogger Movie Day Out : Preview Super Squad di Cathay Cineplex E-Curve, Damansara

♥♥♥ BONAFIDE ACADEMY - HIGHWAY TO SUCCEED ♥♥♥ 
Assalammualaikum! Hai fellas ^_^ 



Walaupun jadual harian agak padat tapi itu tak menghalang untuk aku turut sama dengan Bloggerian Famous Bro Framestone dan yang lain untuk acara Tayangan Perdana Filem Animasi pertama Aaron Aziz (voice over) iaitu SuperSuad yang akan berada di pawagam pada 5 June 2014 seluruh Malaysia. 

Bloggerian yang hadir pada hari tuh saaangat ramai, tapi yang aku kenal sorang jer, sapa lagi kalo bukan Bro Framestone ! kata retis ihiks ;p 

Happy sesangat3, lelebih lagi bila dapat jumpa dengan kenkawan baru. Selama ini fb je jadi medium tempat kami bersembang, bila dapat chance jumpa face to face, appa lagi tappaw je ah ….

Acara ini dianjurkan dengan kerjasama hebat dari Bro Framestone dan NetCarbon Sdn Bhd selaku penerbit. Jutaan terima kasih diucapkan pada semua terutamanya Tuan Penerbit, Encik Rashdan Ramlee kerana sudi memanggil aku, walaupun tak famous setakat suam-suam kuku, tapi tetap juga diundang, dah lah tuh siap bagi tiket pree lagi wokeh, haaa best3 (Y) :-D

Bergambar dengan Maskot Super Squad Kapten Danny !
kekonon nak menang contest tapi huhuhu T_T


Haaaaaa ini lah Maskot Super Squad Shasha..... ore klate weyh ihiks ^^,

bergambar dengan Blogger Famous amous Bro Framestone #SayangiBroFramestone.... muahahaha

Bro request nak duk kat belakang rupanya nak cover tummy erkkk kihkihkih ;p


ini lah Zeeboz tecik tomei saya.... errrrrrrrrr
Ini lah barisan bloggerian yang terlibat. Hak depan sekali sengih nampak gigi tuh lah "MASTERMIND" di sebalik kejadian semua ini :-) hihihi

gambar ini credit to Norfarhana Chek Saat :-) thanks fana for the nice picture hihiihii..

Serba sedikit mengenai Sinopsis Filem Animasi SuperSquad

Team Super Squad: Alan, Blinq, Shasha, Danny & Elly

Filem Animasi Supersquad ini mengisahkan tentang sekumpulan adiwira diketuai oleh Kapten Danny, Elly, Shasha, Allan dan Blinq yang terpaksa merintasi masa 400 tahun ke hadapan demi untuk menyelamatkan ayah mereka, Laksamana Aaron dan juga manusia di bumi dari dijajah makhluk asing.

Sepanjang menjalankan misi menyelamatkan bumi pelbagai rintangan yang harus mereka lalui antaranya bila kapal yang dinaiki terhempas, akibatnya semua peralatan mereka rosak dan perlu dibaiki dengan segera. Semasa kapal sedang dibaiki, mereka telah didatangi oleh seorang anak muda kampong yang bernama, Mat. Sebenarnya Mat ini juga adalah seorang adiwira tetapi identiti nya dirahsiakan dari pengetahuan orang termasuklah ahli keluarganya sendiri. Walaupun permulaannya berlaku pergaduhan diantara Kapten Danny dan Mat tapi situasi berubah bila mereka berdamai kembali. Dan di sini juga lah tempat di mana telah terbit nya bibit-bibit cinta ‘Love at first sight’ diantara Mat dan Shasha. Meskipun perkenalan mereka baru saja, namun mereka bahagia dan gembira bersama. Banyak perkara yang indah terjadi sehingga lah suatu hari Mat buah hati Shasha didapati hilang secara tiba-tiba…..

Kemanakah hilangnya Mat ? Nak tahu kesudahan kisah mereka ? Jangan lupa ke pawagam yang berhampiran dengan anda pada 5 June 2014. Pada parenting jangan lepaskan peluang ini untuk beriadah sambil menonton bersama keluarga, banyak pengajaran yang boleh didapati dalam Filem Animasi ini.   


Selain ada babak peperangan di angkasa, ada juga diselitkan babak kekeluargaan, komedi dan fantasi yang boleh mencuit hati penonton. Kehijauan dan keindahan suasana kampong yang digambarkan dalam filem ini mampu memukau dan menambat hati. Sangat best (Y) dan yang paling gempak lagi ini adalah Filem anak tempatan wokeh ! Jadi berbangga lah kita kerana Filem tempatan pun mampu bersaing dengan Filem luar. Sokong Filem Tempatan ! :-)   

Watak-Watak Dalam Super Squad  

Laksamana Aaron ( Abah Danny & Elly ) Ensem dagu lekuk wokeh (Y) wink3
Kapten Danny
Elly
Cek mek molek, ambo Shasha abe weyhhh......

Blinq
Alan
Itu lah serba sedikit yang dapat aku ceritakan untuk tatapan semua. Appa pun pengalaman pertama kali dapat berjumpa dengan para bloggerian sangat best dan akan dijadikan satu memori baru dalam dunia blogging aku.... :-)
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...