Tuesday, December 24, 2013

wedding of the year kataku ;))

Assalammualaikum dan selamat petang.

Ahad lepas aku ada attend wedding my friend, memang grand abeh kenduri kawen budak ni. dan yang paling best sekali ialah temanya adalah tradisional, memang havoc beb. cantik sangat-sangat sampai rasa nak aje aku tarik hubby ajak sanding sekali lagi hahaha. adoyaiii jeles makkkkk huwaaaa :p honestly speaking, dalam banyak-banyak wedding kekawan yang aku attend rasanya ni yang paling-paling grand, cantik dan teratur. memang superb service yang di provided kan wedding planner and the thing is cost yang ditawarkan pun dengar kata berpatutan. so pada korang yang mana bercadang nak tamat kan zaman kebujangan jugak tu, maybe boleh la ambik pakej yang sama erk ;))


dari kanan: Ita, Are, Ain, Sue, Balqis (anak) dan ...... teka la sape yang last tu ;p kih3

smileeeee :-)))) semua bunga tetiba ado lak kumbang ensem kat tepi mihmihihoo

bergambar kenangan dengan pengantin. sama cantik sama padan kan!
 
pose pose pose dan pose lagi selagi tak kena halau hahhaha adoiii
 
senyum tak perlu kata apa-apa ;)))
 
gambar masa akad nikah di masjid as-salam puchong. cantikkan ^^



hingga hujung nafas yang terakhir Abah ;'(

Assalammualaikum.

23 Disember 1958 tahun kelahiran arwah abah aku. Kalo lah beliau masih lg bernafas dibumi Allah hingga ke hari ni maka genaplah sudah umur beliau yang ke-55 tahun...tapi ternyata Allah lebih sayangkan beliau. pada tanggal 1 Oktober 2009 lebih kurang pukul 11.45pm bertempat di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bahru, Kelantan arwah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir kali. gelap gelita sekejap rasanya dunia aku. sedih sayu hancur luluh hati kami semua. hanya Tuhan yang mengerti dan maha mengetahui akan kesedihan kami kerana kehilangan satu-satunya ABAH yang amat kami sayang dan cintai. Kalo lah boleh aku putarkan balik waktu satu yang aku pinta kembalikanlah beliau kepada kami. kehilangan beliau amat kami rasai hingga ke hari terutama aku ;'(

aku masih ingat lagi saat akhir hayat beliau. walaupun masa tu kami dah dapat jangkakan yang hayat beliau tak panjang dan sudah bersedia dengan apa jua yang akan terjadi tapi dalam masa yang sama juga aku harapkan yang beliau akan sihat semula walaupun harapan yang tinggal hanya 5% saja tapi at least aku tetap berharap. sepanjang waktu kami ada bersama beliau tanpa kenal erti penat jemu dan bosan, kami tetap disamping beliau biarpun masa tu aku baru saja habis pantang 50 hari anak ke-2. hanya doa dan tawakal yang mampu kami panjatkan pada Sang Maha Pencipta untuk terus lindungi kami dari segala bahaya. nak pulak masa tu negara kita gembar dengan penyakit H1N1 yang banyak sangat meragut nyawa manusia. memang tak boleh aku nak gambarkan perasaan aku ketika tu yang bercampur baur. kanan fikirkan abah yang tengah nazak hanya menunggu masa dijemput illahi, kiri pula risaukan keselamatan anak yang masih lg baby. Ya Allah cobaan apakah yang kau berikan pada aku ni?? ;((

selama 2 minggu kami "berkampung" kat hospital semata-mata demi abah yang tersayang. walaupun sekejap tapi rasanya tak sanggup kami nak tinggal beliau keseorangan tanpa penjaga. setiap masa pasti salah seorang dari kami akan temankan beliau dan bacakan YASIN buat beliau. melihatkan keadaan beliau yang masa tu hanya bergantung hidup dengan bantuan mesin pernafasan, memang seksa sangat rasanya. berat mata memandang berat lagi badan yang memikul. seksa yang kami rasa seksa lg beliau. andai dapat dikongsikan derita yang beliau tanggung tu, biarlah kami saja yang tanggungnya. biarpun sesayang mana sekalipun kami pada beliau tapi tak setanding akan cinta Yang Maha Pencipta kepada umatnya.

sepanjang beliau terlantar sakit di hospital, kami tak putus-putus berdoa pada Yang Maha Esa agar segera lah 'menjemput' beliau pulang kepadaNya. Tak tahan dah rasanya kami nak tengok beliau terus terseksa macam tu. dari beliau terus menderita kesakitan lebih baik di ambil saja nyawanya. bukan kerana kami bencikan, penat or bosan jaga beliau tapi kerana kami terlalu sangatkannya. isteri mana yang suka bila tengok suami yang disayangi sedang bertarung nyawa antara hidup dan mati. anak mana yang sanggup tahan tengok ayahnya menderita kesakitan. adik mana yang tak sayu hati bila tengok abang yang dicintai badan penuh dengan wayar dan mesin. jangankan kami sapa-sapa pun la kat dunia ni akan rasa perasaan yang sama kalo berada kat tempat kami.

akhirnya segala penderitaan yang beliau tanggung telah berakhir. hari khamis malam jumaat 11.45pm dihospital Raja Perempuan Zainab II menjadi penamat kepada segalanya. walaupun beliau pergi tanpa sempat kami memohon ampun dan maaf tapi sekurang-kurangnya kami bersyukur yang Allah telah makbulkan doa kami. perginya beliau dengan tenang sekali. wajah beliau sangat berseri-seri dan kelihatan seolah-olah beliau sedang tersenyum.

walaupun kini sudah hampir 5 tahun beliau pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya tapi beliau tetap akan 'hidup' dalam hati dan diri kami sampai bila-bila. takkan ada pengganti yang boleh menggantikan tempat beliau baik dirumah mahupun dalam hati kami. sekalipun aku tak mampu menjadi anak yang baik tapi sekurang-kurangnya aku ada bersama disisi menjaganya hingga ke nafas yang terakhir. dan paling aku takkan boleh lupa sampai mati adalah saat aku ajar beliau mengucap. saat beliau hembuskan nafas yang terakhir jantung aku bagaikan berhenti berdenyut. mata aku bagaikan diseliputi kabus tebal, dunia aku seakan gelap tiada cahaya. perginya beliau satu kehilangan yang besar sangat. kini tiada lg gurau senda dari abah. tiada lg nyanyian syahdu yang selalu abah dendangkan. tiada lg abah yang akan sentiasa manjakan aku. pemergiaan abah betul-betul buat aku terasa kerana abah adalah penyeri hidup kami. setiap lawak jenakanya akan aku kenang hingga mati. semuga abah tenang bersama PenciptaNya disana ;'(


P/SKu: pada sobat2 yang aku sayangi semua, sekira sobat2 masih lg punyai orang tua hargailah mereka. Layan lah mereka elok-elok. sayang lah mereka dengan penuh ikhlas. jangan sesekali diabaikan mereka. kalo berdosa pada mereka pohon lah ampun dan maaf. kita tak tahu bila masanya Allah akan 'datang dan menjemput' hambanya pulang tapi selagi masih ada nyawa di badan hargai lah. jangan di sia-siakan. kelak menyesal nanti. sekian ;))


Gambar kenangan arwah abah bersama mak dan adik bongsu aku. 
   



Monday, December 23, 2013

Jika ini ketentuanMu


Assalammualaikum selamat pagi sobat2.....

Ya Allah jika ini lah dugaan dan ketentuan yang Engkau berikan pada kami, maka Engkau kuatkanlah dan cekalkanlah hati kami dalam mengharungi setiap saat ujian dariMu. Dah tak sanggup lagi kami nak melihat airmata seorang ibu yang menitis membasahi pipi setiap hari. Kau hilangkanlah duka dihatiNya dan kau rawatlah jiwanya yang hancur luluh itu dengan pertolonganMu. sesungguhnya hanya padaMu tempat kami memohon pertolongan dan perlindungan. Amin :((

 

Friday, December 20, 2013

UjianNya mematangkan ....


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat para sobat2 sekalian.....harap sobat2 sekalian smuanya sihat sejahtera.....dah lama rasa nye tak ber blogging rindu pulak titew taw hihihi.....tapi apo buleh buat masa yang ado tu selalunya terbatas dan selalu mencemburui aku, ermm,.......Exceli lately ni family aku banyak sangat menerima ujian dari Sang Maha Pencipta...bukan hanya aku malah sobat2 yang rapat ngan aku turut di-uji....macam2 kejadian yang berlaku....tak kira baik mahupun buruk.....astagrafirullahaladzim...subhanaallah....Allahhu Akhbar ;'(

benarlah kata orang tua2...yang masalah mematangkan kita...tak ada masalah dalam dunia ni yang tak ada jalan penyelesaian....pucuk pangkalnya kita sendiri....benarlah jua kata mak aku yang kalo tak ada masalah tak ada cabaran dan dugaan dalam hidup maka hidup seseorang nothing! macam tu jugak lah dengan hidup aku dan sobat2 rapat yang senasib dengan aku.....tak kan pernah jauh dari masalah....entah la susah aku nak terangkan tapi hanya Tuhan yang tahu dan mengerti.....satu per satu ujian dan dugaan yang datang silih berganti.....kekadang tu memang la rasa macam give up pun ada jugak tapi itu la yang sebenarnya dinamakan pengalaman...dan tak mustahil yang suatu hari nanti ianya akan menjadi sangat beharga buat kami...in shaa allah

tak kira banyak mana pun dugaan yang mendatang...ombak yang membadai lautan....gelora yang melanda...hanya satu yang aku harapkan....tabahkanlah berikanlah kekuatan untuk kami terus harunginya dengan tenang dan rasional.....semuga terus berikan kami kebahagian dunia dan akhirat kelak ;))







Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...