Friday, April 25, 2014

Bersabarlah Duhai Hati yang Lara ;'( │Life Must Go On

♥♥♥ BONAFIDE ACADEMY - HIGHWAY TO SUCCEED ♥♥♥ 

Assalammualaikum! Hai fellas ^_^ 

Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah...! disebalik sesuatu kejayaan itu pasti akan ada pelbagai halangan dan jua rintangan yang datang ibarat taufan, yang datang dengan niat ingin menghancurkan dan memusnahkan impian seseorang itu ! begitu jua aku, di saat diri sedang membina empayar kejayaan, belum pun lagi sempat aku menggapainya, sudah ada yang membina benteng dan tembok untuk menjatuhkan aku. Ya Allah apalah dosa dan salah aku pada mereka hingga sanggup perlakukan aku macam nih ? Salahkah jika aku inginkan perubahan dalam hidup ? salahkah jika aku mahu berikan yang terbaik buat yang tersayang ? dosakah aku jika lakukan perubahan itu hanya kerana mahu melihat insan yang aku sayang bahagia ? berdosakah aku ??

Aku tahu, bukan hanya aku saja yang lalui nya, ada jua dikalangan kenalan aku pun berdepan dengan ujian yang sama, dimana tanpa sedar yang selama nih kami dijadikan bahan kutukkan dan gelak ketawa kenkawan. impian dan harapan kami jadi bahan lawak pada mereka ! impian aku diperkotak-katikkan, harapan aku dipersendakan. Siapa kamo nak musnahkan impian dan harapan aku ? Siapa kamo nak persoalkan kemampuan aku ? Siapa kamo nak tentukan kejayaan aku ?  Siapa kamo ? kenapa sanggup buat aku macam nih ? aku pun manusia yang punya hati dan perasaan bukan kayu bukan robot ! Tolonglah respect impian dan harapan insan lain and jangan sesuka hati jer nak bercakap, kerana takut kerana mulut badan binasa.  Walaupun impian itu hanya sekadar ingin shopping di pavilion skali pun, tolong hormatinya. sekurang-kurangnya kami berani BERIMPIAN dan berusaha menggapainya. Kalo kamo tak mampu dan punyai impian dan tujuan hidup, jangan  jadikan impian dan tujuan hidup orang lain bahan lawak or jangan seskali kamo cuba untuk runtuhkan empayarnya. Aku percaya pada satu FAKTA yang ' ORANG YANG TAK PUNYAI IMPIAN AKAN SENTIASA MEMUSNAHKAN IMPIAN INSAN LAIN '.! Sekian terima kasih ;))
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...