Tuesday, December 24, 2013

wedding of the year kataku ;))

Assalammualaikum dan selamat petang.

Ahad lepas aku ada attend wedding my friend, memang grand abeh kenduri kawen budak ni. dan yang paling best sekali ialah temanya adalah tradisional, memang havoc beb. cantik sangat-sangat sampai rasa nak aje aku tarik hubby ajak sanding sekali lagi hahaha. adoyaiii jeles makkkkk huwaaaa :p honestly speaking, dalam banyak-banyak wedding kekawan yang aku attend rasanya ni yang paling-paling grand, cantik dan teratur. memang superb service yang di provided kan wedding planner and the thing is cost yang ditawarkan pun dengar kata berpatutan. so pada korang yang mana bercadang nak tamat kan zaman kebujangan jugak tu, maybe boleh la ambik pakej yang sama erk ;))


dari kanan: Ita, Are, Ain, Sue, Balqis (anak) dan ...... teka la sape yang last tu ;p kih3

smileeeee :-)))) semua bunga tetiba ado lak kumbang ensem kat tepi mihmihihoo

bergambar kenangan dengan pengantin. sama cantik sama padan kan!
 
pose pose pose dan pose lagi selagi tak kena halau hahhaha adoiii
 
senyum tak perlu kata apa-apa ;)))
 
gambar masa akad nikah di masjid as-salam puchong. cantikkan ^^



hingga hujung nafas yang terakhir Abah ;'(

Assalammualaikum.

23 Disember 1958 tahun kelahiran arwah abah aku. Kalo lah beliau masih lg bernafas dibumi Allah hingga ke hari ni maka genaplah sudah umur beliau yang ke-55 tahun...tapi ternyata Allah lebih sayangkan beliau. pada tanggal 1 Oktober 2009 lebih kurang pukul 11.45pm bertempat di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bahru, Kelantan arwah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir kali. gelap gelita sekejap rasanya dunia aku. sedih sayu hancur luluh hati kami semua. hanya Tuhan yang mengerti dan maha mengetahui akan kesedihan kami kerana kehilangan satu-satunya ABAH yang amat kami sayang dan cintai. Kalo lah boleh aku putarkan balik waktu satu yang aku pinta kembalikanlah beliau kepada kami. kehilangan beliau amat kami rasai hingga ke hari terutama aku ;'(

aku masih ingat lagi saat akhir hayat beliau. walaupun masa tu kami dah dapat jangkakan yang hayat beliau tak panjang dan sudah bersedia dengan apa jua yang akan terjadi tapi dalam masa yang sama juga aku harapkan yang beliau akan sihat semula walaupun harapan yang tinggal hanya 5% saja tapi at least aku tetap berharap. sepanjang waktu kami ada bersama beliau tanpa kenal erti penat jemu dan bosan, kami tetap disamping beliau biarpun masa tu aku baru saja habis pantang 50 hari anak ke-2. hanya doa dan tawakal yang mampu kami panjatkan pada Sang Maha Pencipta untuk terus lindungi kami dari segala bahaya. nak pulak masa tu negara kita gembar dengan penyakit H1N1 yang banyak sangat meragut nyawa manusia. memang tak boleh aku nak gambarkan perasaan aku ketika tu yang bercampur baur. kanan fikirkan abah yang tengah nazak hanya menunggu masa dijemput illahi, kiri pula risaukan keselamatan anak yang masih lg baby. Ya Allah cobaan apakah yang kau berikan pada aku ni?? ;((

selama 2 minggu kami "berkampung" kat hospital semata-mata demi abah yang tersayang. walaupun sekejap tapi rasanya tak sanggup kami nak tinggal beliau keseorangan tanpa penjaga. setiap masa pasti salah seorang dari kami akan temankan beliau dan bacakan YASIN buat beliau. melihatkan keadaan beliau yang masa tu hanya bergantung hidup dengan bantuan mesin pernafasan, memang seksa sangat rasanya. berat mata memandang berat lagi badan yang memikul. seksa yang kami rasa seksa lg beliau. andai dapat dikongsikan derita yang beliau tanggung tu, biarlah kami saja yang tanggungnya. biarpun sesayang mana sekalipun kami pada beliau tapi tak setanding akan cinta Yang Maha Pencipta kepada umatnya.

sepanjang beliau terlantar sakit di hospital, kami tak putus-putus berdoa pada Yang Maha Esa agar segera lah 'menjemput' beliau pulang kepadaNya. Tak tahan dah rasanya kami nak tengok beliau terus terseksa macam tu. dari beliau terus menderita kesakitan lebih baik di ambil saja nyawanya. bukan kerana kami bencikan, penat or bosan jaga beliau tapi kerana kami terlalu sangatkannya. isteri mana yang suka bila tengok suami yang disayangi sedang bertarung nyawa antara hidup dan mati. anak mana yang sanggup tahan tengok ayahnya menderita kesakitan. adik mana yang tak sayu hati bila tengok abang yang dicintai badan penuh dengan wayar dan mesin. jangankan kami sapa-sapa pun la kat dunia ni akan rasa perasaan yang sama kalo berada kat tempat kami.

akhirnya segala penderitaan yang beliau tanggung telah berakhir. hari khamis malam jumaat 11.45pm dihospital Raja Perempuan Zainab II menjadi penamat kepada segalanya. walaupun beliau pergi tanpa sempat kami memohon ampun dan maaf tapi sekurang-kurangnya kami bersyukur yang Allah telah makbulkan doa kami. perginya beliau dengan tenang sekali. wajah beliau sangat berseri-seri dan kelihatan seolah-olah beliau sedang tersenyum.

walaupun kini sudah hampir 5 tahun beliau pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya tapi beliau tetap akan 'hidup' dalam hati dan diri kami sampai bila-bila. takkan ada pengganti yang boleh menggantikan tempat beliau baik dirumah mahupun dalam hati kami. sekalipun aku tak mampu menjadi anak yang baik tapi sekurang-kurangnya aku ada bersama disisi menjaganya hingga ke nafas yang terakhir. dan paling aku takkan boleh lupa sampai mati adalah saat aku ajar beliau mengucap. saat beliau hembuskan nafas yang terakhir jantung aku bagaikan berhenti berdenyut. mata aku bagaikan diseliputi kabus tebal, dunia aku seakan gelap tiada cahaya. perginya beliau satu kehilangan yang besar sangat. kini tiada lg gurau senda dari abah. tiada lg nyanyian syahdu yang selalu abah dendangkan. tiada lg abah yang akan sentiasa manjakan aku. pemergiaan abah betul-betul buat aku terasa kerana abah adalah penyeri hidup kami. setiap lawak jenakanya akan aku kenang hingga mati. semuga abah tenang bersama PenciptaNya disana ;'(


P/SKu: pada sobat2 yang aku sayangi semua, sekira sobat2 masih lg punyai orang tua hargailah mereka. Layan lah mereka elok-elok. sayang lah mereka dengan penuh ikhlas. jangan sesekali diabaikan mereka. kalo berdosa pada mereka pohon lah ampun dan maaf. kita tak tahu bila masanya Allah akan 'datang dan menjemput' hambanya pulang tapi selagi masih ada nyawa di badan hargai lah. jangan di sia-siakan. kelak menyesal nanti. sekian ;))


Gambar kenangan arwah abah bersama mak dan adik bongsu aku. 
   



Monday, December 23, 2013

Jika ini ketentuanMu


Assalammualaikum selamat pagi sobat2.....

Ya Allah jika ini lah dugaan dan ketentuan yang Engkau berikan pada kami, maka Engkau kuatkanlah dan cekalkanlah hati kami dalam mengharungi setiap saat ujian dariMu. Dah tak sanggup lagi kami nak melihat airmata seorang ibu yang menitis membasahi pipi setiap hari. Kau hilangkanlah duka dihatiNya dan kau rawatlah jiwanya yang hancur luluh itu dengan pertolonganMu. sesungguhnya hanya padaMu tempat kami memohon pertolongan dan perlindungan. Amin :((

 

Friday, December 20, 2013

UjianNya mematangkan ....


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat para sobat2 sekalian.....harap sobat2 sekalian smuanya sihat sejahtera.....dah lama rasa nye tak ber blogging rindu pulak titew taw hihihi.....tapi apo buleh buat masa yang ado tu selalunya terbatas dan selalu mencemburui aku, ermm,.......Exceli lately ni family aku banyak sangat menerima ujian dari Sang Maha Pencipta...bukan hanya aku malah sobat2 yang rapat ngan aku turut di-uji....macam2 kejadian yang berlaku....tak kira baik mahupun buruk.....astagrafirullahaladzim...subhanaallah....Allahhu Akhbar ;'(

benarlah kata orang tua2...yang masalah mematangkan kita...tak ada masalah dalam dunia ni yang tak ada jalan penyelesaian....pucuk pangkalnya kita sendiri....benarlah jua kata mak aku yang kalo tak ada masalah tak ada cabaran dan dugaan dalam hidup maka hidup seseorang nothing! macam tu jugak lah dengan hidup aku dan sobat2 rapat yang senasib dengan aku.....tak kan pernah jauh dari masalah....entah la susah aku nak terangkan tapi hanya Tuhan yang tahu dan mengerti.....satu per satu ujian dan dugaan yang datang silih berganti.....kekadang tu memang la rasa macam give up pun ada jugak tapi itu la yang sebenarnya dinamakan pengalaman...dan tak mustahil yang suatu hari nanti ianya akan menjadi sangat beharga buat kami...in shaa allah

tak kira banyak mana pun dugaan yang mendatang...ombak yang membadai lautan....gelora yang melanda...hanya satu yang aku harapkan....tabahkanlah berikanlah kekuatan untuk kami terus harunginya dengan tenang dan rasional.....semuga terus berikan kami kebahagian dunia dan akhirat kelak ;))







Wednesday, October 23, 2013

H.O.N.E.Y.M.O.O.N ke !!!!!


Haihaihai smua....ape kabar? sihat?  Kalo sakit jangan lupe makan ubat.....kalo tak baek-baek jugak jumpe dokto tau...ingat kesihatan diri mesti sentiasa diutamakan hokay.....urhh dah macam mak-mak lak kan...eh eh dah memey "mak" budak pun hihi....aku se- family alhamdulillah sihat...cuma lately ni aku busy sikit ngan keje....biase laa kan dah name pun keje kan....mane ade keje yang tak busy yer dak? kalo tak nak busy jadi laa bos pada diri sendiri ikihkih....pastu kompom tak sampai a month later dah say "sayonara" kihkih.....choiiiiiiiiiii.....walaupun lately nih mase aku agak terhad...kekadang tu jangankan nak blogging, nak suap makanan kat mulut pun susah....tapi macam mana sukar skali pun aku tetap cuba juga cari mase...in shaa allah tuh janji aku pada diriku sendiri...dalam hidup nih banyak perkara perlukan pengorbanan......kate org dulu-dulu kalo nak kan sesuatu tuh maka kita perlu lah korbankan sesuatu jugak, baru laa ade pro and contra nya tapi jangan laa pulak sampai "korbankan" diri dan maruah...ishhh simpangggg ler. takmox3 berdosa tauuuu......maksud aku sekarang nih kan aku tengah busy so mase nak bermanja-manja dengan anak-anak dan hubby tu agak terhad...bukan takde langsung cuma....AGAK TERHAD! syukur alhamdulillah hubby aku sangat memahami situasi aku dan dia banyak membantu.....contoh bile balik keje, dah la penat seharian keje banyak kat ofis balik rumah plak nak kemas rumah masak layan anak lagi...aduhh tak ke bertambah stress tuh.....tapi tu lah kan ALLAH tu Maha Pengasih lagi Maha Menyayangi...syukur DIA telah kurniakan aku hubby yang sangat memahami dan bertimbang rasa yang sanggup tolong aku kemas rumah dan layan anak walaupun pada hakikatnya diri sendiri pun penat ber-keje cari rezeki tok anak bini.......demi tanggungjawab pada Family dia sentiasa positive dan ringan tulang ^^ bukan nak riak apatah lagi nak megah-megah kan hubby aku tidak, jangan salah faham...aku hanya sekadar nak kongsi aje....tak semua kaum adam yang P.E.M.A.L.A.S and L.O.S.E.R.........maka bagi nak membalas balik jasa dan pengorbanan pada hubby aku yang comel kiut miut tuh.........aku dah buat janji dengan hubby...once this project settled aku dengan hubby dah rancang nak pegi bercuti tapi kali nih hanya kami berdua saje tanpa anak-anak.....H.O.N.E.Y.M.O.O.N.....yeahhhh....in shaa allah jika diizinkan Allah next year, bulan brape tak kompom lagi dan destinasi pilihan is SABAH bahhh....... 



what a gorgeous island. it was so beautiful and it can make me and hubby feel so calm and peaceful....hope so :-) can't wait to meet u Mabul Island







 



 








Wednesday, October 16, 2013

Apa-apa aje laa....


Assalammualaikum...haihaihai korang.....

Rasanya masih belom terlambat lagi kot aku nak ucapkan selamat hari raya aidiladha buat korang semua...walaupun lambat 1 day tapi aku tak kira aku nak jugak wish kat korang haha...selamat hari raya aidiladha korang....alhamdulillah syukur ke hadrat illahi kerna masih lagi mengizinkan aku bersama family menyambutnya lagi...seperti tahun-tahun yang sudah...raya ku hanya laa di kota saje, tak kemana pun. jika orang lain sibuk bergaduh laki bini berebut nak balik raya...tapi aku ngan hubby steady aje hehe. Rileks aje tak yah nak pening-pening kepala bermasam muka bagai kan sebab parent kitorang smua di key EL ngee......walaupun raya korbannya semalam tapi aku dapat rasakan yang sampai hari ni ramai lagi kan still cuti kan? hurmm untung ler dapat cuti, jelesssss i tawwww huuhuuuu...bukannya aku takmo coti tapi keadaan yg tak berapa nak mengalakkan aku untuk ambik cuti, keje bertingket-tingket ni guane nak coti nih? nak plaks smua urgent-urgent belaka,....huwaaaa :'( maka disebabkan tu jugaks laa aku terpaksa "korbankan" niat nak cuti demi keje huhu.....dah name pun raya korban kan, ahh korban lettew kan haha :-P .....hokay laa aku nak sambung keje ni, bos aku dari tadi dok usha-usha aku nih...haishh bos ni nak ber- blogging sat pun tak boleh lerr.....chowww!!!!!!....


keje den bertingket-tingket.....keje den bertingket-tingket....lalalalala....lagu waris yang terbaru hahahaha



Thursday, September 19, 2013

Seksanya merindu ....


Tak sampai sehari pun lagi kami berjauhan namun perasaan rindu aku kat hubby aku dah membuak-buak. Maklum laa aku ni tak penah berjauhan dengan hubby, so bila terpaksa berjauhan macam ni tak keruan rasanya hidup aku ni. sunyi sepi macam dah takde serinya, kosongg sangat. Entah laa susah aku nak terangkan macam rasanya perasaan rindu tu tapi seriously I'm miss him so much.


Walaupun hubby aku kena outstation cuma 3 hari aje tapi bagi aku ia tetap lama. 3 hari aku terpaksa menanggung rindu kat hubby..3 hari aku terpaksa lalui hidup tanpa hubby..3 hari aku terpaksa sendirian tanpa hubby. Oh God!!! Seksanya. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa aku rindukan hubby. 


Hanya pada Tuhan aku berdoa dan berharap agar hubby aku selamat pergi dan selamat balik. Semuga Tuhan permudahkan segala urusan hubby aku dan cepat-cepat balik sini sebab tak tertanggung dah rasa rindu kat hubby ni. Walau dimana dan apa jua keadaan sekali pun ayang harap abang baik-baik aje dan cepat la balik ayang dan anak rindu ni :'(



 

Friday, September 06, 2013

Minyak yang dulu bukan lah yang sekarang

Assalammualaikum! hai koranggg!! selamat tengahari =) sihat? alhamdulillah syukur. 

Hari ni aku tertarik nak share dengan korang 1 video yang aku dapat dari seorang kenalan aku di whatsup. umum pun tahu kan sejak PM kita umumkan kenaikkan harga minyak Ron 95 yang berkuatkuasa 3 September 2013 yang lalu, ramai yang "naik hantu" dan mempertikaikannya. 

Ternyata ia cukup memberikan impak yang besar buat semua termasuk la aku. memang tak aku nafikan yang kenaikkan harga minyak tu sedikit sebanyak buat aku terasa akan bebanannya. 

Walaupun kenaikkannya tak la sebanyak semasa negara dibawah taklukkan "Pak Lah" namun kesannya tetap ada walaupun sikit. Setuju? Bayangkan dulu dulu dulu 1tang penuh baru RM50.00 (bagi yang pengguna saga cam aku) tapi sekarang? memang la naiknya doposen aje pon tapi doposen seliter bukan doposen ditambah kat belakang (RM50.20)! 

Aku ni bukannya jenis yang ANTI-KERAJAAN tapi bila dah jadi cenggini buatkan kekadang tu aku berfikir sendiri, apa laa agaknya nasib aku kelak? Nasib anak-cucu-cicit aku? Jangan sampai hidup merempat dinegara sendiri sudah laa. Ya Allah mintak dijauhkan darinya.. Amin :'(
 
Bila zaman makin maju dunia makin canggih tambahkan plak berada dalam negara yang demokrasi, rakyat pula diberikan kebebasan untuk menyuarakan pendapat. Memang ternyata rakyat makin bijak dan mula bersuara! Bukti?
 
Kat bawah ni ada video yang telah di-upload-kan di youtube. Tajuk ASAL lagu ni sebenarnya adalah TEGAR AKU YANG DULU BUKAN YANG SEKARANG kot! (penah dengar lagu ni tapi tak tahu sapa dan tajuk) hehe tapi telah diubah semula oleh Zikri Zain kalo tak silap aku nama empunya video ni menjadi Minyak yang dulu bukan lah yang sekarang.
 
First time dengar tu cam...aduss mamat ni picing ke laut kot ! tapi hokay laa dari aku jangan kata ke laut tak ber laut jawabnya HAHA..

Hokay laa selamat menonton. daaaaaaa!!







Tuesday, September 03, 2013

bila harga petrol dinaikkan...

ASSALAMMUALAIKUM....



Hari ni kecoh masing-masing sibuk berdebat mengenai isu harga petrol yang dinaikkan sebanyak 0.20 sen bagi setiap 1liter. Pelbagai andaian dan pendapat yang dilontarkan oleh rakyat terutamanya di media sosial facebook, twitter dan blog. Ada yang mengeluh tapi tak kurang jugak yang menyokong tindakkan kerajaan tu. Ni baru petrol yang dinaikkan belum lagi harga barang-barang yang lain..macam beras, minyak masak dan pelbagai keperluan lain lagi..dan tak mustahil selepas ni semua barang akan naik harga ....so bersiap sedia laa kita dari sekarang yer ...hurmm dalam otak ni dah boleh bayangkan akan naseb anak cucu cicit aku nanti ~~~~..


******************************************************************
THANKS FOR READING DEAR !! LOVE U MORE ^_^
******************************************************************


Monday, September 02, 2013

Hidup tanpa air...aku gilaaaa !

Assalammualaikum hai semua ! 




Hari ni dah masuk hari ke-4 rumah aku takde air...Tuhan saje yang tahu betapa deritanya kami tanpa air huhu...sampai terpaksa tumpang tido di rumah mak mertua gara-gara air punya pasal. nasib baek ler rumah mertuaku dekat kalo laa jauh..hurm jawabnya memang tak berak mandi ler aku kan HAHA..pada aku biar takde api dari takde air..seksa hidup koo lagi-lagi kalo ade anak kecik...jangan kate nak mandi nak basuh air liur basi kat muka pun belum tentu lagi..adusss ;'( seksa jiwa raga aku..namun jauh disudut hati kecil comel aku ni, hanya mampu berdoa dan meminta pada Allah s.w.t agar segala permasalahan air yang melanda ni dapat diatasi segara. in shaa allah aminn ~~....



Monday, August 26, 2013

Ayam Masak Merah Simply Sedap !

Assalammualaikum semua!






Entry kali ni aku nak kongsikan resipi ayam masak merah yang sempat aku buat semalam. Untuk resipi ni aku belajar dari mak aku...tapi aku dah olahkan sikit mengikut citarasa anak tekak aku sendiri hehe...ayam masak merah ni memang sedap and ia jugak adalah antara menu lauk feberet kami sekeluarga..nak buat pun senang aje...bak kate orang tu simple but delicious gitu haa...hokay laa nak tahu senang ke idak...meh sini aku tunjukkan apa bahan dan acaner nak masaknya:-



RESIPI: AYAM MASAK MERAH SIMPLY SEDAP BY AKU


Bahan A

  • 1Ekor Ayam – potong ikut selera masing-masing 
  • Cili kisar – ikut pedas 
  • 2labu bawang besar - *kisar 
  • 4ulas bawang putih - *kisar 
  • 1cm halia - *kisar 
  • 1btg serai - *kisar 
  • 1biji tomato  - *kisar 
  • 3biji bunga lawang 
  • 2biji kulit kayu manis 
  • 2biji tomato – belah 4 
  • 3btg serai – dititik 
  • 3sudu besar sos cili 
  • 1sudu teh garam 
  • Sedikit gula 
  • Sedikit air 
  • Sedikit minyak untuk menumis 
  • Sedikit daun sup

Cara
  1. Panaskan kuali dan masukkan minyak.
  2. Kisar bawang putih, merah, halia, serai dan tomato hingga hancur.
  3. Bila minyak dah panas, masukkan bunga lawang dengan kulit kayu manis dan bahan kisar tadi. Goreng hingga naik bau.
  4. Masukkan pula, cili kisar dan goreng hingga pecah minyak.
  5. Masukkan ayam dan air sedikit kacau sebati.
  6. Bila ayam dah separuh masak, masukkan pula cili sos, serai, tomato, garam dan gula kacau hingga sebati dan masak.
  7. Masukkan dalam bekas dan taburkan daun sup diatas dan sedia untuk santapan.


Haaa acaner senang kan! Kalo nak lagi gempak lagi sedap..makan dengan nasi tomato ke nasi minyak ke…tapi kalo malas makan dengan nasi putih pun boleh hehe.. Cam aku semalam aku terlebih rajin sikit so aku buat nasi beriani…sedap jugak hingga jilat pinggan kate koo kih3 ~_~ 









Friday, August 23, 2013

BISKUT SNOW ALMOND


Assalamualaikum salam jumaat semua !

Hari ni aku nak buat entry megenai resepi biskut snow almond yg aku buat 2 hari sebelum raya puasa tempoh hari…untuk resipi biskut ni aku ambik dari Kak Yatie…seriously memang betul cakap kak yatie yang biskut ni memey sedap dan ia diakui sendiri oleh hubby aku dan mak jang (makcik hubby aku).....walaupun baru pestaim aku try buat tapi TER-nyata sedap wehh~~ haa! mak jang siap order lagi biskut ni dengan aku tau…katenye susah dia nak jumpa biskut “Kuih Kaswi” ni kat area banting taw! Haa sape kate biskut ni tak sedap memey laa orang tu takde taste…giler tak sedapppp he3 ^^, Apa pun terima kasih ler bebanyak pada kak yatie sebab sudi berkongsi resipi biskut ni kan kat blog. kalo tak memey tak tahu ler aku nak buatnya. Syukur Alhamdulillah menjadi kot! hahaha Yeah go go cayokk haha ^_^v pada kak yatie izinkan saya untuk berkongsi resipi dan cara-cara nak buat biskut ni kat blog saya plaks yer =)





RESIPI: BISKUT SNOW ALMOND 
RUJUKAN: Sinar Kehidupanku - YatieMemories


Bahan-Bahan

Bahan A
  • 260 gm butter
  • 150 gm gula caster
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 50 gm serbuk badam
Bahan B
  • 300 gm tepung Red Rose (kalau takde ganti tepung gandum pun boleh)
  • 50 gm tepung kastard
  • 50 gm susu tepung
  • 40 gm tepung jagung
Bahan Hiasan
  • Coklat masakan - cairkan cara double boiler
  • Sedikit breadcrumb putih - untuk menyalut

Cara- Cara
  1. Pukul bahan A hingga berkrim
  2. Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh yg lembut
  3. Canai dan terap dengan acuan yg di sukai
  4. Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 140C selama 30 minit atau sehingga masak
  5. Sejukkan biskut atas redai
  6. Celup biskut dalam coklat masakan yg telah di cairkan cara double boiler
  7. Golekkan biskut ke dalam breadcrumb
  8. Simpan biskut dalam bekas kedap udara.

Wednesday, August 21, 2013

RENDANG AYAM MELETOP !!!

Hai Assalammualaikum semua! Hari ni aku nak kongsi satu resipi, actually dah lama aku buat tapi baru hari ni nak update kat blog ~~~ …kalo tak silap aku raya ke5 ritu kot…lupe lak tarikh dan harinya kih3 :-P Rendang!! Haa sape tak suka makan rendang kan..nak plak tu kalo dapat makan dengan nasi impit dengan sayur lodeh ataupun kuah kacang....Perghh terangkat habis koo…Skang kan bulan syawal bulan kita beraya..dah jadi cam trade mark laa plaks… asal raya je ade rendang! Asal ade rendang je raya ! Eh yeke? Bukan tak raya pun boleh makan rendang ke? Kan? biar laa abaikan saje…biasa laa dimana ade makanan maka disitu laa jua akan adenya aku haha…aku ngan hubby memang suka makan..koo bagi laa ape pun..kayu besi batu dan yang sewaktu dengannya aje kami tolak yang lain bedal je…tapi tak semua ler =.= bila dah suka makan, masaknya pun kena ler suka jugakk yer idak? sebabnya kalo makan beli ni kadang tu tak sedap mahal lagi tu kan. Tapi kalo aku buat sendiri puas hati..dah laa jimat belanja sedap pun sedap..makan pun puas silap-silap boleh tapow makan untuk esok hihi ^^, kan banyak jimatnya tu.. untung orang laki kalo dapat bini pandai masak…camm aku haha ~_~ HOHO tetiba masuk bakul angkat sendiri kan hehe…sebelum aku masuk bakul dan angkat berkali-kali, jom ler aku tunjukkan bahan-bahan resipi aku..kang bile dah masuk bakul tu kang..aku kemana resipi ntah kemana kang kuang3 O_o






RESIPI: RENDANG AYAM CILI PADI
RUJUKAN: IBU MERTUAKU
OLAHAN: AKU SENDIRI


BAHAN KISAR

@ 2 labu bawang besar
@ 1 labu bawang putih
@ 2 batang serai
@ 2 sudu besar Cili kisar/Cili Boh
@ Sebesar ibujari halia
@ Sedikit lengkuas – kalo suka tapi aku tak letak pun
@ Segenggam Cili Padi


BAHAN UTAMA

@ 1Ekor Ayam potong 16 – Mak Mertua aku suka guna ayam pencen/tua
@ 1kg Santan
@ 1paket kerisik
@ 3-4 helai daun limau purut
@ 3 Batang serai – Dititik/ketuk
@ 1 helai daun kunyit  - Hiris halus tapi ku tak letak pun
@ 1sudu garam
@ 1sudu gula
@ bahan perasa secukupnya
@ minyak untuk menumis


CARA BUATNYA

Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan mula menumis bahan kisar diatas hingga pecah minyak dengan api sederhana.

Masukkan ayam dan kaup balik ayam tadi dan biarkan seketika agar bahan tumisan tadi meresap ke dalam ayam.

Masukkan santan, serai dan daun limau dan kacau hingga sebati.

Bila nampak kuah dah agak pekat masukkan pula kerisik, daun kunyit, garam, gula dan bahan perasa secukupnya. Kacau hingga sebati.

Sementara tunggu kuah tadi menjadi pekat, sesekali tu kacau agar bahagian bawah kuali tidak hangit. Masak hingga rendang tadi pekat/kering.

Tutup api dan siap. Sedap dimakan dengan nasi atau nasi impit,sayur lodeh atau kuah kacang.



******************************************************************
THANKS FOR READING DEAR !
******************************************************************


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...