Friday, August 23, 2013

BISKUT SNOW ALMOND


Assalamualaikum salam jumaat semua !

Hari ni aku nak buat entry megenai resepi biskut snow almond yg aku buat 2 hari sebelum raya puasa tempoh hari…untuk resipi biskut ni aku ambik dari Kak Yatie…seriously memang betul cakap kak yatie yang biskut ni memey sedap dan ia diakui sendiri oleh hubby aku dan mak jang (makcik hubby aku).....walaupun baru pestaim aku try buat tapi TER-nyata sedap wehh~~ haa! mak jang siap order lagi biskut ni dengan aku tau…katenye susah dia nak jumpa biskut “Kuih Kaswi” ni kat area banting taw! Haa sape kate biskut ni tak sedap memey laa orang tu takde taste…giler tak sedapppp he3 ^^, Apa pun terima kasih ler bebanyak pada kak yatie sebab sudi berkongsi resipi biskut ni kan kat blog. kalo tak memey tak tahu ler aku nak buatnya. Syukur Alhamdulillah menjadi kot! hahaha Yeah go go cayokk haha ^_^v pada kak yatie izinkan saya untuk berkongsi resipi dan cara-cara nak buat biskut ni kat blog saya plaks yer =)





RESIPI: BISKUT SNOW ALMOND 
RUJUKAN: Sinar Kehidupanku - YatieMemories


Bahan-Bahan

Bahan A
  • 260 gm butter
  • 150 gm gula caster
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 50 gm serbuk badam
Bahan B
  • 300 gm tepung Red Rose (kalau takde ganti tepung gandum pun boleh)
  • 50 gm tepung kastard
  • 50 gm susu tepung
  • 40 gm tepung jagung
Bahan Hiasan
  • Coklat masakan - cairkan cara double boiler
  • Sedikit breadcrumb putih - untuk menyalut

Cara- Cara
  1. Pukul bahan A hingga berkrim
  2. Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh yg lembut
  3. Canai dan terap dengan acuan yg di sukai
  4. Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 140C selama 30 minit atau sehingga masak
  5. Sejukkan biskut atas redai
  6. Celup biskut dalam coklat masakan yg telah di cairkan cara double boiler
  7. Golekkan biskut ke dalam breadcrumb
  8. Simpan biskut dalam bekas kedap udara.

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...