Wednesday, July 09, 2014

Sup Ikan Siakap Simple Sedap

♥♥♥ KENSHIDO INTERNATIONAL - MEGA LIFE IN MAKING ♥♥♥ 

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Semalam HasrulHassan.Com ada kongsikan Resepi Mudah Sup Kepala Ikan Merah kat blog miliknya. Walaupun nampak sangat simple tapi mengiurkan tekak, ai like .. Kebetulan pula memang dalam freeze ai ada ikan tapi bukan ikan merah la, siakap je .. Kebiasaan ikan siakap ai selalu masak 3 rasa, maklumlah ai ni bukannya terror sangat, takat ala kadar gitu boleh ler ... hihi..

Actually sesebelum ni ai tak penah pun buat sup yang berasaskan ikan .. ayam, daging tu selalu lah jugak ... hummm ... bagus jugak erk beliau buat sharing pasal resipi sup tu, at least dapat jugak ai ideal nak masak apa ... ekekeke ... ok, memandangkan ai pun dah try buat untuk sahur tadi, seriously nampak je simple tapi jujurnya yang simple tu lah yang sedap ... betul ai tak tipu, hubby ai pun suka, berselera je dia masa sahur tadi ... hee hee .. jom la ai kongsi kan hasil dan resipi nya kat blog ai pulak.. resipi ni ai dah ubahsuai sikit taw mengikut selera ai .... jom semak resipii ..


Bahan-Bahan 
1 ekor ikan siakap (size sederhana - untuk 2org makan)
2 1/2 cawan air 
1 biji bawang besar size sederhana
2 biji bawang putih 
sebesar ibujari halia
1biji kentang 
1 biji carrot - potong bulat 
2 biji Tomato 
Daun Sup 
garam dan bahan perasa secukupnya 
sedikit minyak untuk menumis

Caranya 
1. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia. 
2. Panaskan minyak dalam periuk, tuangkan bahan yang dah dikisar tadi dan tumis hingga naik bau.
3. Masukkan tomato, air, kentang, carrot dan daun sup masak hingga mendidih.
4. Letakkan garam dan bahan perasa, kemudian masukkan ikan. Jangan kacau kerana takut ikannya akan hancur nanti. biarkan sup mendidih.
5. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba !!!
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...