Wednesday, July 02, 2014

Mee Bandung versi Spaghetti Stylo Mylo

♥♥♥ KENSHIDO INTERNATIONAL - MEGA LIFE IN MAKING ♥♥♥ 

Assalammualaikum dan salam 4 Ramadhan. 

Semalam berbuka ai buat Mee Bandung versi Spaghetti, angel hair gitu uollsss, asalnya nak guna mee kuning tapi lupa beli…  kelam kabut semalam.. balik keje tu terus ai singgah lah pi bazaar bk 4 kejap, tetiba tekak ni tingin pulak nak makan ayam percik bakar yum yum dapnya….hee hee… cari parking, makngaiii sesak giler, penuh penin dengan orang yang berpusu-pusu beli juadah untuk berbuka. Lama taw ai bertapa dalam kereta, 45 minit wokeh, naik kematu muntot ai huhuhu... tengok dorang beli macam-macam, sampai sengit mengit ler bebahu, hahah punya lah banyak memborong, ai apa pun tak beli lagi… tu sebabnya ai lupa beli... balik rumah, nak masak baru teringat yang mee kuning tak ade, selongkor punya selongkar alih-alih jumpa lah spaghetti dalam peti ais, balance ai buat spaghetti bolognese ritu... hurmmm bedal jer lah jah ooi, dari tak do langsung... lagi pun ai sorang jer pun yang makan, hubby keje balik lambat...ot kata nya, bagus-bagus standby untuk raya nanti ya hihihi... psssttt semalam kan ai nampak retis taw, Arash Mohamad, ai nampak dia bawa maknya, hemsem hihihihi…… jom la semak bahan-bahan Mee Bandung versi Spaghetti ai ni, sedap taw walaupun ai dah menderhaka pada resipi asal… rasa tetap meleetop jahh...

 Bahan kisar 
  • 5 tangkai Cili kering – potong & rebus dulu 
  • 1 labu bawang besar  
  • 4 ulas bawang putih 
Bahan-Bahan
  • 1 paket spageti – Rebus & toskan [ai rebus separuh jer]
  • 200gram Udang 
  • 200gram Sotong 
  • 3 cawan air 
  • 3 tangkai sawi
  • 1batang carrot
  • 2biji Tomato
  • 5 sudu besar sos cili
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar cili kisar – ikut tahap pedas yang suka
  • 2biji telur
  • 2biji kentang – buang kulit, rebus
  • Garam secukup rasa
  • Perencah knorr pasti sedap
  • Minyak untuk tumis

Caranya:-
  1. Blend bahan kisar tadi bersama dengan kentang. 
  2. Panaskan minyak dalam kuali/periuk, tumis bahan tadi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan air, sawi, carrot, sos cili, sos tomato, udang, sotong dan kacau seketika hingga mendidih.
  4. Pecah telur satu persatu, biarkan sehingga telur tadi mengeras, kemudian masukkan tomato.
  5. Akhir sekali masukkan garam dan perencah secukup rasa.
  6. Siap dan sedia untuk dihidang bersama dengan spageti.   
Selamat mencuba ^_^ !!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...