Tuesday, August 26, 2014

Pengakhiran Syawalku Lebih Indah

Assalammualaikum dan selamat sejahtera buat semua pengunjung dan sahabat alam maya sekalian. Setelah sekian lama aku menyepikan diri dari ber-blogging atas sebab-sebab yang tertentu .. entah kenapa hari nih semangat dan rindu aku pada dunia blogging kembali lagi .. seolah-olah ada sesuatu yang mengetuk pintu hati, memberikan aku inspirasi. Rasa kecintaan aku pada dunia blogging kembali mekar sama macam masa memula tangkap cintan dedulu ... kih3 .. Hurm tak kesah lah apa-apa pun alasannya biar aku saja yang tahu, kerana akan aku catitkan alasan tuh sebagai kenangan "Private & Confidential ONLY" full-stop !

Ok, rasanya masih berbaki lagi kan sebelum syawal yang mulia nih pergi meninggalkan beribu kenangan yang dah dicipta. Dikesempatan nih juga, aku menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki pada kalian semua .. seandainya di sepanjang perkenalan dan penglibatan aku dalam dunia blogging nih, aku ada sakitkan dan lukakan hati sesiapa saja secara sengaja mahupun tidak. Percayalah tak pernah terlintas pun dihati aku nak buat macam tuh .. tapi apakan daya aku hanya manusia biasa yang tak bisa lari dari kesilapan .. dengan penuh keikhlasan yang lahir dari sanubari, aku pohon ampun maaf pada semua..

Life must go on ! Hidup perlu diteruskan walau apa pun jua yang terjadi. Jujur ku akui, mungkin syawal kali nih bukanlah yang terbaik tapi tak bererti yang terburuk. Kenkadang dalam hidup nih, tak semestinya yang terbaik tuh selalunya yang terindah kerana sebaliknya juga bisa terjadi jika kita tahu menghargainya .. Alhamdulillah pengakhiran syawal kali nih lebih manis dan indah padaku, syukur Ya Allah ;)

Disini ada beberapa detik manis syawal 2014 yang sempat aku dan family riakan bersama-sama dengan sanak saudara, yang lain banyak kat dalam tab kat rumah tak sempat yang copy .. kira okay lah ni ya hihi  ;p 





 


 
Salam pengakhiran syawal 2014 dan salam kemaafan buat semua. Segala kesilapan yang sengaja mahupun tidak .. sesiapa saja samaada kita saling mengenali ataupun tidak, in shaa Allah aku maafkan dunia dan akhirat... ;))
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...