Tuesday, September 09, 2014

Sabar , ini namanya dugaan bila bekerja !

Assalammualaikum....

Apa lah nasib aku harini , penghujung hari yang not gud , sangat tak best ! huwaaaa nak nangis pun hado nih... sob..sob..sob... ;(

Alkisahnya gini , tadi ada call masuk so aku macam biasa lah , memandangkan opis aku ketiadaan receptionist .. jadinya semua pun kena lah sendiri berhad ! Ermmm.... entah lah apa nasib diri , terjawab pulak call sorang client nih! Mentah-mentah aku kena dengan dia , dikatanya aku ni garang ! tak sopan , marah dia padahal aku jawab call cam biasa jer.. entah celah mana yang aku marah pun tak tahu ! Just because aku banyak tanya ke? tapi memang patut pun aku kena bertanya , kalo tidak acaner nak tolong dia ! Sebabnya orang yang in-charge case dia tu dah kena buang kerja jadinya aku lah person yang take over sekarang nih !  Haihhhh... Ini lah dia kan , bila separuh jalan terpaksa ambil kerja orang .. tak tahu mana hujung pangkal last-last bila client call kena marah FOC !! 


Dah bila aku call balik berlagak pulak tu , katanya... tak payah sesusah nak tolong , esok ke lusa ke dia datang ke opis .. semata-mata nak buat complaint ! Seriously , what the reason ? Just because aku banyak tanya or sebab ko terlalu bongkak? Ridiculous ... what the kind of person she is ? Nonsense !! 

Tapi takpe akan aku tunggu kedatangan dia ! Sebab nak dengar jugak base on whats' reason dia nak complain about me !


Ihsan Google

Cabaran 30 Hari : Day 7 │ Sejauh Mana Pentingnya Pendidikan Bagi Yatie Fizzy

Hai, Assalammualaikum ;))


Diam tak diam, dah masuk cabaran ke-7 dah ya.. Cepatnya masa berlalu , apapun syukur alhamdulillah kerana hingga ke saat ni aku masih lagi bernafas di bumi Allah ni dan masih lagi mampu untuk menyahut setiap cabaran yang diberikan... Alhamdulillah :))


Ok, berbalik semula pada cabaran kalini, topik yang diutarakan agak menarik iaitu sejauh mana pentingnya pendidikan bagi anda?? Nampak cliche tapi ada something yang ingin disampaikan.... so, aku terima ni sebagai cabaran dan i will try my best to expose it ;p ecececehhhh hihi....




Bila bercakap soal pendidikan, ertinya berkaitan dengan ilmu lah kan. Sesiapa pun tak bisa menafikan akan kepentingan ilmu pendidikan dalam hidup. Tanpa ilmu sapa lah kita pada hari ni?? Tanpa pendidikan kemanakah hala tuju kita hari ni?? Sememangnya ilmu itu sangat penting , tanpa ilmu tiada makna lah hidup seseorang itu.. Tapi sejauh mana kepentingannya ? 


Selalu aku berpesan pada diri, biar aku kurang cerdik tapi jangan sampai anak-anak pun sama. Mungkin dulu aku tak mampu nak belajar sampai ke menara gading kerana faktor kewangan yang tak mengizinkan tapi in shaa allah jika diizinkan Allah aku nak anak-anak aku teruskan pengajian diorang hingga mencapai tahap pencapaian yang tertinggi... aku nak diorang berjaya dalam bidang pendidikan memasing , walaupun sekarang diorang masih kecil setidak-tidaknya aku dah boleh merancang untuk masa depannya kelak... Biar payah mana pun , sesukar apa pun, kalo aku terpaksa bersengkang mata untuk cari duit demi pendidikan diorang, in shaa allah aku sanggup.. asalkan diorang dapat ilmu dan tahap pendidikan yang selayaknya !


Aku percaya bukan hanya aku malah itu juga impian dan harapan bagi setiap insan yang bergelar ibu dan bapa kan ?? Takde parents yang harapkan anak tak pandai , semua pun ada angan-angan yang suatu hari nanti anak-anak mereka berjaya dan maju dalam hidup ... tapi tanpa pendidikan dan ilmu macam mana semua tu boleh jadi nyata?? Mustahil kan ! Kalo takde ilmu acaner nak ke menara gading ? Panjat pokok moktang gading boleh ler .. tapi still kena belajar ilmu gak acanor nak panjat pokok tu kihkih....... So, nampak tak betapa pentingnya nilai pendidikan itu ??


SEKIAN ! 





CABARAN 30 HARI : KELAB BLOGGER BEN ASHAARI 


Event │ APOH [A Piece Of Hope] : Fun Run & Walk 2014


Facebook: APOH

Assalammualaikum dan haii semua...


Sedikit infomasi dan perkongsian yang nak aku kongsi kan dengan korang hari ni adalah tentang satu acara amal ... A Piece of Hope: Fun Run & Walk 2014 , adalah satu acara amal yang dianjurkan oleh A Piece of Hope: MT Kinabalu , yang akan diadakan pada 7 December 2014 bertempat di MAEPS, Mardi Serdang. Seramai seribu peserta dijangka akan turut serta dan pelbagai keseronokkan menanti korang disana ... hurmmm menarik kan ? Acara ni juga boleh dijadikan sebagai satu aktiviti riadah bersama keluarga selain dapat berkenalan dan beramah mesra dengan para peserta yang lain. Best kannn ......


Acara ini terbuka untuk semua , tua muda kecik besar , pendek panjang , senang citer semua pun boleh join. So, jika ada kalangan korang yang berminat dengan acara amal nih, boleh rujuk pada butiran dibawah..


  • Lokasi Acara: MAEPS - MARDI SERDANG 
  • Tarikh: 7 December 2014, Ahad 
  • Masa: 7.30am - 10.30am
  • Yuran Pendaftaran: RM60/seorang [Beserta Goodies Bag & T-Shirt]
  • Kanak2 berumur 12thn ke bawah free


Tarikh pendaftaran akan dibuka mulai 15 September 2014 ni, so kalo tak nak terlepas cepat-cepat lah mendaftar ya .. Untuk maklumat lanjut dan lebih sahih , sila berhubung terus dengan pihak penganjur di Blog ataupun Facebook. Setiap pertanyaan sila PM ke inbox , in shaa Allah pihak penganjur akan membalasnya secepat yang mungkin...


Sementara itu .... jom tengok beberapa gambar lokasi dimana acara tersebut akan berlangsung;









Ayuhhh... Jom kita ramai-ramai memeriahkah lagi acara amal ni , semoga dengan usaha yang kecil nih mampu memberikan sejuta harapan baru insan yang memerlukan.  Selain dapat membantu , kita juga dapat berhibur dan luangkan masa bersama keluarga. Acara seperti ni, amat berkualiti terutamanya buat mereka yang selalu sibuk dan ingin santai bersama selain mengeratkan lagi silatulrahim sesama insan . In shaa Allah !


SEKIAN .... 
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...