Tuesday, September 09, 2014

Event │ APOH [A Piece Of Hope] : Fun Run & Walk 2014


Facebook: APOH

Assalammualaikum dan haii semua...


Sedikit infomasi dan perkongsian yang nak aku kongsi kan dengan korang hari ni adalah tentang satu acara amal ... A Piece of Hope: Fun Run & Walk 2014 , adalah satu acara amal yang dianjurkan oleh A Piece of Hope: MT Kinabalu , yang akan diadakan pada 7 December 2014 bertempat di MAEPS, Mardi Serdang. Seramai seribu peserta dijangka akan turut serta dan pelbagai keseronokkan menanti korang disana ... hurmmm menarik kan ? Acara ni juga boleh dijadikan sebagai satu aktiviti riadah bersama keluarga selain dapat berkenalan dan beramah mesra dengan para peserta yang lain. Best kannn ......


Acara ini terbuka untuk semua , tua muda kecik besar , pendek panjang , senang citer semua pun boleh join. So, jika ada kalangan korang yang berminat dengan acara amal nih, boleh rujuk pada butiran dibawah..


  • Lokasi Acara: MAEPS - MARDI SERDANG 
  • Tarikh: 7 December 2014, Ahad 
  • Masa: 7.30am - 10.30am
  • Yuran Pendaftaran: RM60/seorang [Beserta Goodies Bag & T-Shirt]
  • Kanak2 berumur 12thn ke bawah free


Tarikh pendaftaran akan dibuka mulai 15 September 2014 ni, so kalo tak nak terlepas cepat-cepat lah mendaftar ya .. Untuk maklumat lanjut dan lebih sahih , sila berhubung terus dengan pihak penganjur di Blog ataupun Facebook. Setiap pertanyaan sila PM ke inbox , in shaa Allah pihak penganjur akan membalasnya secepat yang mungkin...


Sementara itu .... jom tengok beberapa gambar lokasi dimana acara tersebut akan berlangsung;









Ayuhhh... Jom kita ramai-ramai memeriahkah lagi acara amal ni , semoga dengan usaha yang kecil nih mampu memberikan sejuta harapan baru insan yang memerlukan.  Selain dapat membantu , kita juga dapat berhibur dan luangkan masa bersama keluarga. Acara seperti ni, amat berkualiti terutamanya buat mereka yang selalu sibuk dan ingin santai bersama selain mengeratkan lagi silatulrahim sesama insan . In shaa Allah !


SEKIAN .... 

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...