Tuesday, September 09, 2014

Cabaran 30 Hari : Day 7 │ Sejauh Mana Pentingnya Pendidikan Bagi Yatie Fizzy

Hai, Assalammualaikum ;))


Diam tak diam, dah masuk cabaran ke-7 dah ya.. Cepatnya masa berlalu , apapun syukur alhamdulillah kerana hingga ke saat ni aku masih lagi bernafas di bumi Allah ni dan masih lagi mampu untuk menyahut setiap cabaran yang diberikan... Alhamdulillah :))


Ok, berbalik semula pada cabaran kalini, topik yang diutarakan agak menarik iaitu sejauh mana pentingnya pendidikan bagi anda?? Nampak cliche tapi ada something yang ingin disampaikan.... so, aku terima ni sebagai cabaran dan i will try my best to expose it ;p ecececehhhh hihi....




Bila bercakap soal pendidikan, ertinya berkaitan dengan ilmu lah kan. Sesiapa pun tak bisa menafikan akan kepentingan ilmu pendidikan dalam hidup. Tanpa ilmu sapa lah kita pada hari ni?? Tanpa pendidikan kemanakah hala tuju kita hari ni?? Sememangnya ilmu itu sangat penting , tanpa ilmu tiada makna lah hidup seseorang itu.. Tapi sejauh mana kepentingannya ? 


Selalu aku berpesan pada diri, biar aku kurang cerdik tapi jangan sampai anak-anak pun sama. Mungkin dulu aku tak mampu nak belajar sampai ke menara gading kerana faktor kewangan yang tak mengizinkan tapi in shaa allah jika diizinkan Allah aku nak anak-anak aku teruskan pengajian diorang hingga mencapai tahap pencapaian yang tertinggi... aku nak diorang berjaya dalam bidang pendidikan memasing , walaupun sekarang diorang masih kecil setidak-tidaknya aku dah boleh merancang untuk masa depannya kelak... Biar payah mana pun , sesukar apa pun, kalo aku terpaksa bersengkang mata untuk cari duit demi pendidikan diorang, in shaa allah aku sanggup.. asalkan diorang dapat ilmu dan tahap pendidikan yang selayaknya !


Aku percaya bukan hanya aku malah itu juga impian dan harapan bagi setiap insan yang bergelar ibu dan bapa kan ?? Takde parents yang harapkan anak tak pandai , semua pun ada angan-angan yang suatu hari nanti anak-anak mereka berjaya dan maju dalam hidup ... tapi tanpa pendidikan dan ilmu macam mana semua tu boleh jadi nyata?? Mustahil kan ! Kalo takde ilmu acaner nak ke menara gading ? Panjat pokok moktang gading boleh ler .. tapi still kena belajar ilmu gak acanor nak panjat pokok tu kihkih....... So, nampak tak betapa pentingnya nilai pendidikan itu ??


SEKIAN ! 





CABARAN 30 HARI : KELAB BLOGGER BEN ASHAARI 


2 comments:

✿INA AINAA✿ said...

Yeahhh pendidikkan sangat penting.. manfaat ilmu yang ada sepenuhnya dengan betul.. yeahhhh

Bro Framestone said...

Entah la.. Bro banyak tolak tawaran belajar.

dapat Matrik tolak,
dapat kejuteraan mekatronik, tolak
dapat arkitek, tolak
dapat IT, tolak

Last2 bro buat BBA sebab lepas STPM macam seronok je kerja dan kumpul duit he...23x

www.broframestone.com

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...