Thursday, September 19, 2013

Seksanya merindu ....


Tak sampai sehari pun lagi kami berjauhan namun perasaan rindu aku kat hubby aku dah membuak-buak. Maklum laa aku ni tak penah berjauhan dengan hubby, so bila terpaksa berjauhan macam ni tak keruan rasanya hidup aku ni. sunyi sepi macam dah takde serinya, kosongg sangat. Entah laa susah aku nak terangkan macam rasanya perasaan rindu tu tapi seriously I'm miss him so much.


Walaupun hubby aku kena outstation cuma 3 hari aje tapi bagi aku ia tetap lama. 3 hari aku terpaksa menanggung rindu kat hubby..3 hari aku terpaksa lalui hidup tanpa hubby..3 hari aku terpaksa sendirian tanpa hubby. Oh God!!! Seksanya. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa aku rindukan hubby. 


Hanya pada Tuhan aku berdoa dan berharap agar hubby aku selamat pergi dan selamat balik. Semuga Tuhan permudahkan segala urusan hubby aku dan cepat-cepat balik sini sebab tak tertanggung dah rasa rindu kat hubby ni. Walau dimana dan apa jua keadaan sekali pun ayang harap abang baik-baik aje dan cepat la balik ayang dan anak rindu ni :'(



 

Friday, September 06, 2013

Minyak yang dulu bukan lah yang sekarang

Assalammualaikum! hai koranggg!! selamat tengahari =) sihat? alhamdulillah syukur. 

Hari ni aku tertarik nak share dengan korang 1 video yang aku dapat dari seorang kenalan aku di whatsup. umum pun tahu kan sejak PM kita umumkan kenaikkan harga minyak Ron 95 yang berkuatkuasa 3 September 2013 yang lalu, ramai yang "naik hantu" dan mempertikaikannya. 

Ternyata ia cukup memberikan impak yang besar buat semua termasuk la aku. memang tak aku nafikan yang kenaikkan harga minyak tu sedikit sebanyak buat aku terasa akan bebanannya. 

Walaupun kenaikkannya tak la sebanyak semasa negara dibawah taklukkan "Pak Lah" namun kesannya tetap ada walaupun sikit. Setuju? Bayangkan dulu dulu dulu 1tang penuh baru RM50.00 (bagi yang pengguna saga cam aku) tapi sekarang? memang la naiknya doposen aje pon tapi doposen seliter bukan doposen ditambah kat belakang (RM50.20)! 

Aku ni bukannya jenis yang ANTI-KERAJAAN tapi bila dah jadi cenggini buatkan kekadang tu aku berfikir sendiri, apa laa agaknya nasib aku kelak? Nasib anak-cucu-cicit aku? Jangan sampai hidup merempat dinegara sendiri sudah laa. Ya Allah mintak dijauhkan darinya.. Amin :'(
 
Bila zaman makin maju dunia makin canggih tambahkan plak berada dalam negara yang demokrasi, rakyat pula diberikan kebebasan untuk menyuarakan pendapat. Memang ternyata rakyat makin bijak dan mula bersuara! Bukti?
 
Kat bawah ni ada video yang telah di-upload-kan di youtube. Tajuk ASAL lagu ni sebenarnya adalah TEGAR AKU YANG DULU BUKAN YANG SEKARANG kot! (penah dengar lagu ni tapi tak tahu sapa dan tajuk) hehe tapi telah diubah semula oleh Zikri Zain kalo tak silap aku nama empunya video ni menjadi Minyak yang dulu bukan lah yang sekarang.
 
First time dengar tu cam...aduss mamat ni picing ke laut kot ! tapi hokay laa dari aku jangan kata ke laut tak ber laut jawabnya HAHA..

Hokay laa selamat menonton. daaaaaaa!!







Tuesday, September 03, 2013

bila harga petrol dinaikkan...

ASSALAMMUALAIKUM....



Hari ni kecoh masing-masing sibuk berdebat mengenai isu harga petrol yang dinaikkan sebanyak 0.20 sen bagi setiap 1liter. Pelbagai andaian dan pendapat yang dilontarkan oleh rakyat terutamanya di media sosial facebook, twitter dan blog. Ada yang mengeluh tapi tak kurang jugak yang menyokong tindakkan kerajaan tu. Ni baru petrol yang dinaikkan belum lagi harga barang-barang yang lain..macam beras, minyak masak dan pelbagai keperluan lain lagi..dan tak mustahil selepas ni semua barang akan naik harga ....so bersiap sedia laa kita dari sekarang yer ...hurmm dalam otak ni dah boleh bayangkan akan naseb anak cucu cicit aku nanti ~~~~..


******************************************************************
THANKS FOR READING DEAR !! LOVE U MORE ^_^
******************************************************************


Monday, September 02, 2013

Hidup tanpa air...aku gilaaaa !

Assalammualaikum hai semua ! 




Hari ni dah masuk hari ke-4 rumah aku takde air...Tuhan saje yang tahu betapa deritanya kami tanpa air huhu...sampai terpaksa tumpang tido di rumah mak mertua gara-gara air punya pasal. nasib baek ler rumah mertuaku dekat kalo laa jauh..hurm jawabnya memang tak berak mandi ler aku kan HAHA..pada aku biar takde api dari takde air..seksa hidup koo lagi-lagi kalo ade anak kecik...jangan kate nak mandi nak basuh air liur basi kat muka pun belum tentu lagi..adusss ;'( seksa jiwa raga aku..namun jauh disudut hati kecil comel aku ni, hanya mampu berdoa dan meminta pada Allah s.w.t agar segala permasalahan air yang melanda ni dapat diatasi segara. in shaa allah aminn ~~....



Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...