Friday, July 31, 2015

NYNATHECATS PULANGKAN HAK KAMI, PULANGKAN DUIT KAMI!!!!!

Assalammualaikum ^_^

Seperti menunggu bulan jatuh ke riba, hari dah berganti minggu duk menanti, bila kah agak nya semua ni akan berakhir? Dah berkali-kali soalan sama diajukan tapi tak berwajab. Hanya Tuhan saje tahu apa rasanya. Ya Allah jika nilah dugaanmu, berikanlah kesabaran dalam diri ni untuk bertahan, bertahan demi menuntut hak.

Zaman ni orang sanggup buat apa saja untuk dapatkan duit ! Kelentong, kencing, tipu kanan tipu kiri, pusing sana pusing sini hanya untuk mencapai matlamat dan kepuasan diri. Nasib dan perasaan orang yang ditipu langsung tak fikir, asal kan poket dia penuh, yang lain belakang kira.

SITI RAUDHAH NUBLI ataupun lebih glamour disapa NYNATHECATS @ NYNA ! Jika di lihat pada luaran, orang nya nampak baik, sopan dan amanah tapi HAKIKAT nya dialah PENIPU BESAR!!! Muka nampak baik tapi hati busuk, hitam! 

Tiada niat untuk memburukkan dan menjatuhkan keperibadian si “kucing bergigi besi” nih, tapi perangai, tingkah laku dan perbuatan nya buat kan I sakit hati dan geram yang teramat!!! Seriously not only I, ramai yang bengang dan makan hati berulam jantung dengan dak pompuan ni !!  

Punca tercetusya kemarahan kami, bila dia pecah amanah dan sanggup menipu hampir 50 vendor di KLRAYAFEST2015 yang diadakan di PWTC pada 11 July – 13 July 2015 (minggu terakhir ramadhan, yang dianjurkan oleh MOOD REPUBLIK), dan I salah seorang dari mangsa dia. Dahlah memacam janji manis yang di tabur tak ditunai kan, duit sales pun kena kebas!! Bila di panggil penipu, spam wassap up story kat instagram (gengtipahtertipubytcd) tau pulak marah, pandai pulak reply wassap kat group! Siap di sumpah nya kami 7 keturunan hidup susah, tak cukup dengan tu di katanya pulak wafaa (salah seorang vendor juga) tabur fitnah pasal dia. Kami tak dengar hasutan wafaa or sesapa pun tapi cara dan perbuatan u pun dah melambangkan siapa diri u yang sebenar!! Penipu besar, buat malu bangsa melayu jerr.. U ARE SUCH BEING IRRESPONSIBILITY PERSON!!!   

Mohon di banned terus dia dari menyertai mana-mana event selepas nih! Kesian ramai yang dah menjadi mangsa dia ! Mohon MR ambil tindakkan blacklist kan TCD and NYNATHECATS

Pesanan ikhlas I khas for nyna, kalo u nampak and baca entri I ni, I mintak tolong sesangat sangat sangatttttttttttttttt, tolong pulangkan semula apa yang sepatut nya menjadi hak kami! Well as u said “sales bukan nya kencang mana pun” dan I rasa tak ada masalah kot untuk u bagi payment sales yang tak berapa nak kencang tu kan? Ingat bukan duit kami saja, duit anak-anak yatim tu juga u harus dan mesti pulangkan semula. Jangan buat aniaya pada anak yatim, besar dosanya tau. Besar harapan yang mereka harapkan pada u tapi apa yang mereka dapat melainkan kerugian!! 

Fast action fast result nyna, jangan kata I tak pernah berlembut dengan u. Enough is enough, hentikanlah perangai suka nipu sana sini.. jangan sampai one day u terkena akibat perbuatan sendiri.. moga u insaf dan cecepat lah tertaubat, kesian kat anak-anak yatim yang u aniaya tu.. PULANGKAN HAK MEREKA, PULANGKAN HAK KAMI SEMUA!! One more chance I bagi, sebelum I EXPOSES KAN MUKA U PADA PUBLIC! 

Antara yang menjadi mangsa si penipuan nyna.. sumber I dapat dari sharing group whatsapp ! Semasa event berlangsung baru sedar yang we all semua dah terpedaya dan tertipu dengannya. Booth yang dijanjikan akan di setup meletoopp pom pom tu rupa-rupanya dusta semata !!

Booth ke stor nih?? Kalo I pun tengok tak lalu nak singgah, nikan pulak visitor yang tengok !! Hallooooo almost 500k crowd yang datang takkan 1 cookies pun tak jalan ! mengarut kan ! tapi tulah jadinya....

Wednesday, July 29, 2015

Resipi Kek Lumut Almond

Assalammualaikum ^_^

Selamat pagi semua....

Diam tak diam dah masuk minggu ke-2 bulan syawal kan, pantas masa tu berlalu, tau tau je nanti dah habis syawal huhuhu...

Senin lepas anak I si kakak ada bagitahu yang harini kat sekolah nya ada buat jamuan hari raya ! Setiap pelajar dah diberikan menu apa yang harus dibawa, untuk tahap 1 & 2 menu nya adalah cookies, tahap 3 & 4 dessert dan tahap 5 & 6 main dish macam bihun goreng ke spaghetti ke, apa-apa jelah asalkan ada ! Anak I tahap 4 dan menu pilihan yang di minta, Kek !

Tak kesah kek apa pun asalkan sedap, sebab dia dah janji nak bawa kek. Amboiiii demand kemain duhai anak pun, mentang lah tahu mama nya boleh bikin, menu pilihan tak beragak.. tapi takpe I ikutkan saja walaupun penat sebab I dah start work balik uhuhukkk....

Demi tak mboh menghampakan permintaan sorang anak, I rajin kan diri untuk membaking. Actually nak buat kek tak lah susah mana pun, it just that malas jerrr ahahhaahaha...

Ok lah, tak boleh nak bebel pepanjang, I nak start work dah ni, tapi sebelum tu moh I belanje resipi jom..Resipi ni I amik dari Kak Dayang Jack owner Dapurku Sayang kalo tak silap, tapi yang pasti rasanya memang sedap.. hubby I sorang je pun ngapp dah separuh bekas kooo... ngeeee :D

Pada Kak DJ, izinkan I ya walaupun I derhaka pada resipi asal hihihi ;p

 
RESIPI KEK LUMUT ALMOND !!!

BAHAN-BAHAN

250 gm Buttercup (this time I guna Butterlife)
5 Biji Telur A
1/2 Cup Gula Kastor (I kurangkan, resipi asal guna 3/4cup)
1 Cup Tepung Gandum 
1 Cup Holicks
1 Cup Nestum 
1/4 Cup Susu Pekat 
1/4 Cup Serikaya
1/4 Cup Serbuk Almond 
2 Sudu Besar Pandan Paste
1/2 Sudu Kecil Pewarna Hijau Apple
2-3 Sudu Besar Susu Segar (I tambah, optional tak letak pun takpe) 

CARANYA

Panaskan oven pada suhu 170'C selama 10 minit dan sapukan loyang 8x8 dengan butter disekeliling.

Pukul butter dan gula pada kelajuan yang maximum hingga berkrim.

Masukkan telur satu per satu dan pukul hingga adunan kembang.

Masukkan pula susu pekat, serikaya, almond, susu segar, nestum dan putar dengan kelajuan yang sederhana.

Masukkan pandan paste bersama pewarna hijau.

Akhir sekali masukkan tepung diselangselikan dengan holicks kacau kaup balik guna spatula je, adun hingga sebati.

Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga masak bergantung pada tahap kepanasan oven memasing ya. (Kalo ikut pada cara yang Kak DJ buat, kek tu dikukus selama 4 jam).  
 
Kek Lumut Almond 

Taadaaaa kek lumut almond #makkauhijau I, comot sikit lah sebab tadi masa I potong masuk Tupperware Iolsss sedang kejar masaaaa....... takut tak dan nak bagi kat kakak, walaupun jarak dari rumah I ke rumah mak mertua tak jauh tapi yang buat lambat sampai tu is jem ! Distance dekat tapi jem, tapi alhamdulillah masa I sampai kakak belum pegi sekolah, nampak je I terus terkam nak tengok kek ada ke tidak. Nampak jer, happy kemain, sengih sampai telinga, siap pegi tunjuk kat nenek nya lagi yang I bawa kek... haishhh la anak ooiiii, naseb mama mu pandai membaking kalo tak nan hado la kek nyo hahahah....

Psssttt tadi mak mertua I payung bihun goreng, sesampai jer udah dipelawa nya makan, I apa lagi dah lah tengah lapa, ngappp jelah kohkohkoh.... #hampehnyamenantu

Monday, July 27, 2015

Raya Bersama Yatie Fizzy

Assalammualaikum.. Hye hye semua !!!

Semalam rumah I dihujani dengan tetamu-tetamu yang datang beraya.. penuh dengan sanak saudara, rakan taulan yang dah lama tak berjumpa, jumpa pun setahun sekali, macam lagu amy mastura.. setahun hanya sekali lalalalalalaaaaaa...

Kesibukkan dengan family dan kehidupan memasing, buatkan kami jarang berjumpa. Iya lah kadang tu bila time dorang free kami plak sibuk, kami free dorang plak sebaliknya, so tika dan waktu yang paling sesuai nak berjumpa, borak sakan time raya cenggini lah. Kata orang yang jauh kita rapatkan, yang dekat tu lagi kita eratkan tali silatulrahim, buang yang keruh amik yang jernih, saling bermaafan dan saling kunjung mengunjungi sesama kita....tak gitu wakk :-)

Bila dah berjumpa, macam-macam ragam dan peel, seronok dapat sembang dan spent time with them, banyak benda nak story. Seriously I happy and berterima kasih sangat kat dorang at least sudi datang beraya dengan kami ;p walaupun rumah I takdo beskot raya !

Betul, I ni nama je toke cookies tapi rumah sendiri cookies tuk raya pun tak ada huhuhu... makanya sesapa yang nak datang tuh kenalah alert or warning I dulu, kalo idak sekot kering je I bagi hahahaha... adeh kejam nau ahahaha !

Memandangkan I dah dapat hints awal dari mak mertua ada orang nak datang beraya, I masak sesiap dan menu pun special I masak tuk dorang. Main dish I hidangkan dengan mee kari dan for dessert I buatkan rainbow moist cake dengan chocolate tart. Haaaa rugi wak tak datang raya rumah I semalam. Kalo tak, dapat rasa masakan I tau ermmm....

What ever it is, I nak ucapkan terima kasih sesangat sangat lah pada korang yang sudi berkunjung ke rumah kami yang tinggi mencakar langit tu hah, nasib ler lift elok kalo tak kesian kena naik tangga, menapak lah naik ke tingkat 8 rumah I.. Yang mana terlebih ke terkurang ke I dan Hubby mintak maaf ok, sesungguhnya baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datang dari kami. Kalo ada sebelum ni kami terumpat termakan terambil ke apa-apa yang bukan hak kami, harap diampunkan dan dihalalkan semuanya ya. Mohon maaf zahir dan batin, kita kosong-kosong ya :-)

Pada korang yang teringin nak date dengan I yang comel lote nih or nak datang beraya rumah I pun boleh je, I alu-alukan tapi macam yang I kabo awal-awal tadi la, bagi warning or hints dulu ya.. kalo tak mboh makan sekot kering dengan air teh kikikiki ..... #silalahpengsan


 

Friday, July 24, 2015

Resipi Tart Nenas Gulung

Assalammualaikum dan salam 8 Syawal korangggg....

Time-time raya cenggini I memang suka sangat cari beskot tart kalo pegi beraya...pantang kalo ada yang ngidangkan dalam balang, bersih I sapu tapi yang sedap jelah yang tak berapa berkenan kat tekak I kuis tepi ahahahaks... #tekakdemandlebih

Nak dapat rasa tart yang gebu gebass, apo orang putih yang tak hitam-hitam tu kata melt-in-mouth ada tapi tak sukar (cewahh ayat bhahha). Homemade pun belom tentu sedapnya nikan pulak kalo beli kat kedai, baling ke dinding retak seribu dinding tu Uolsssss....

Demi kerana minat dan kecentaan I pada tart, maka I gigih kan diri dan tebalkan muka yang comel nih mintak resipi kat orang yang pakar membuatnya. Ramai yang murah hati share, macam-macam petua dan cara dikongsikan. Frankly speaking mostly resipi yang I dapat perlukan kos yang tinggi, maknanya bebahan yang digunakan agak costing skit lah. So riki punya riki lastly I dapat 1 resipi nih, sangat simple kos nak buat pun rendah. I percaya kebanyakkan orang yang buat bisnes pun akan gunakan resipi yang sama macam I kan? Kan! Baik ngaku cepat, sebab I pun miahahaha :p


Bahan-bahan
250 gram buttercup (nak wangi guna farmcow)
1 cup tepung gandum 
50 gram tepung jagung 
50 gram tepung kastard 
2 biji kuning telur 
sedikit esen vanilla
Jem nenas (Bulatkan kecik-kecik)
*2 biji kuning telur + pewarna kuning telur - untuk sapu atas tart sebelum dibakar

Cara membuatnya:-

1. Satukan kesemua tepung dan ayakkan bersama.

2. Masukkan butter, kuning telur dengan esen vanilla dalam mangkuk. Kacau guna whisk pun boleh, I guna seduk kayu je pun hihi...

2. Masukkan tepung dalam mangkuk tadi dan kaup balik sehingga sebati, hingga adunan tadi menjadi doh. Macam mana nak tahu adunan tu menjadi ke tidak? Pastikan bila dipegang doh tadi tu tak melekat dekat tangan.  Haaa kira pass lah kome yonggg..

3. Masukkan doh tadi dalam acuan tart, buat panjang-panjang 4cm susun baris cecantik. Pastu letakkan jem nenas yang dah mengkome bulat kecik-kecik tu.. letak kat hujung pastu gulung lerr...

4. Last sekali sapukan kuning telur kat atasnya. 

5. Bakar selama 30 minit dengan suhu 175'c @ ikut panas oven masing-masing ya hihi..

6. Dah siap sejukkan atas redai. Pastu boleh lah mengkome terus ngap masuk mulut @ simpan dalam bekas kedap udara ya, kang masuk hangin plak huhu.. 

SELAMAT MENCUBA !!!!


NOTE: 
ADA TIPS I NAK SHARE NIH, UNTUK JADIKAN TART MENGKOME TUH GEBUS CAIR DI MULUT.. I SUGGESTKAN DOH TADI TU DISIMPAN SEMALAMAN @ 2 3 JAM SEBELUM DIBAKAR. BIARKAN DOH TADI REHAT UNTUK PASTIKAN SEMUA BAHAN-BAHAN SEBATI ELOK!!! TRUST ME, GEBUS GEBAS MELETOPP RASANYA... TRY LAAA YA :-)


PADA YANG BERMINAT UNTUK MEMBUAT SEBARANG TEMPAHAN BOLEH CALL/WHATSAPP   011 2661 8644 ...

Thursday, July 23, 2015

Throwback raya oh raya.....

Assalammualaikum dan salam sejahtera gais :-)

Rasanya belum terlambat lagi kan iols nak ucapkan selamat hari ghayoo...

SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT SELURUH DUNIA.. MOGA2 RAYA KALIAN SENTIASA LEBIH INDAH & BERMAKNA. DAH MAKAN LEMANG KETUPAT RENDANG TU INGAT-INGAT LAH KAT IOLS HOKAY, NAK KIRIM PUN BOLEH ihikks !!!

Bila dihitungkan balik kurang lebih dalam 1 tahun lebih jugak lah iols menyepikan diri dengan blogging nih, yelah sejak iols pregnan tahun lepas sampai loni, baru iols nak hapdet blog yang dah lama ditinggalkan bersawang berhabuk nih huhu.. Entah ler pembawakan baby kot. Bukan takat blog je, facebook iols pun berkarat uols hahaha adehh!!

Hokay lah tu jer iols nak bagitu hihihi...

Tunggu next entry iols ada nak up kan 1 story panasss, hot from oven untuk korang hokay...  stay tuned!! Bukan gossip liar tapi story yang ada kena mengena iols yang menjadi mangsa penipuan di event yang sangat berprestij KLRAYAFEST2015 anjuran MOOD REPUBLIK. Biar nanti jadi pengajaran juga buat uols agar berhati-hati berurusan dengan penipu yang sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menipu..

Still in drafting, dah siap nanti iols publish k :-)

Sementara tuh iols belanje pic ghayaa dulu....

 





Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...