Monday, July 27, 2015

Raya Bersama Yatie Fizzy

Assalammualaikum.. Hye hye semua !!!

Semalam rumah I dihujani dengan tetamu-tetamu yang datang beraya.. penuh dengan sanak saudara, rakan taulan yang dah lama tak berjumpa, jumpa pun setahun sekali, macam lagu amy mastura.. setahun hanya sekali lalalalalalaaaaaa...

Kesibukkan dengan family dan kehidupan memasing, buatkan kami jarang berjumpa. Iya lah kadang tu bila time dorang free kami plak sibuk, kami free dorang plak sebaliknya, so tika dan waktu yang paling sesuai nak berjumpa, borak sakan time raya cenggini lah. Kata orang yang jauh kita rapatkan, yang dekat tu lagi kita eratkan tali silatulrahim, buang yang keruh amik yang jernih, saling bermaafan dan saling kunjung mengunjungi sesama kita....tak gitu wakk :-)

Bila dah berjumpa, macam-macam ragam dan peel, seronok dapat sembang dan spent time with them, banyak benda nak story. Seriously I happy and berterima kasih sangat kat dorang at least sudi datang beraya dengan kami ;p walaupun rumah I takdo beskot raya !

Betul, I ni nama je toke cookies tapi rumah sendiri cookies tuk raya pun tak ada huhuhu... makanya sesapa yang nak datang tuh kenalah alert or warning I dulu, kalo idak sekot kering je I bagi hahahaha... adeh kejam nau ahahaha !

Memandangkan I dah dapat hints awal dari mak mertua ada orang nak datang beraya, I masak sesiap dan menu pun special I masak tuk dorang. Main dish I hidangkan dengan mee kari dan for dessert I buatkan rainbow moist cake dengan chocolate tart. Haaaa rugi wak tak datang raya rumah I semalam. Kalo tak, dapat rasa masakan I tau ermmm....

What ever it is, I nak ucapkan terima kasih sesangat sangat lah pada korang yang sudi berkunjung ke rumah kami yang tinggi mencakar langit tu hah, nasib ler lift elok kalo tak kesian kena naik tangga, menapak lah naik ke tingkat 8 rumah I.. Yang mana terlebih ke terkurang ke I dan Hubby mintak maaf ok, sesungguhnya baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datang dari kami. Kalo ada sebelum ni kami terumpat termakan terambil ke apa-apa yang bukan hak kami, harap diampunkan dan dihalalkan semuanya ya. Mohon maaf zahir dan batin, kita kosong-kosong ya :-)

Pada korang yang teringin nak date dengan I yang comel lote nih or nak datang beraya rumah I pun boleh je, I alu-alukan tapi macam yang I kabo awal-awal tadi la, bagi warning or hints dulu ya.. kalo tak mboh makan sekot kering dengan air teh kikikiki ..... #silalahpengsan


 

2 comments:

Siti Badariah Baharin said...

sedap betul nampak tart tu..

Yatie Fizzy said...

@Siti Badariah Baharin nati leh try buat.... shell tart I beli yg ready made sebab x dan nak buat, filling nya je I buat hihiuhi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...