Friday, June 20, 2014

Percutian 3H2M di Cameron Highland [Part 2]

♥♥♥ KENSHIDO INTERNATIONAL - MEGA LIFE IN MAKING  

Entry sebelum nya sila klik *Percutian 3H2M Di Cameron Highland


Sambungan pada entry yang lepas;-

Memandangkan semalam lepas check in kitorang tak banyak ber-aktiviti, cuaca tak mengizinkan. Hujan turun selebat-lebat alam, ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Abeh prorgam tergendala sementara waktu sob…sob..sob… Elok jugak hujan, sekurang-kurangnya ada alasan aku nak tido hahaha…... penat weyh tadi daki bukit kat ladang tuh, abeh lenguh-lenguh kaki taw huhuhu….

Kekonon beria nak tido tadi tapi tak jugak, baru nak pejam ada saja yang kejutkan. Anak panggil, minta makan lapar, sesejuk nih pepaham sudah, perut akan berirama keroncong sentiasa. Mujur aku dah standby Maggie cup, senang dan jimat masa tak yah sesusah nak masak. Panas air jer hihihi… senang kan?

Ingat lepas bagi anak makan, boleh lah nak beradu jap….hurmm hubby pulak kacau…. Punya lama aku kat dapur, pong pang pong pang memasak (Maggie jer pung kihkihkih) tak nak pulak dia minta apa-apa, masa aku nak tido masa tuh lah minta itu ini,  lapar katanya, haishh grrrrrrrr…….. Naseb ler dia pandai umpan aku dengan benda lain kalo tak kuasa makkkk! Hahaha….

Petang tuh dah dekat maghrib baru hujan berhenti. Kedai kat sini buka awal, tutup pun awal. Masa kitorang keluar nak pi makan pukul 6, banyak yang dah tutup. Ada lah beberapa yang masih lagi buka tuh pun sebab ada pelanggan kat dalam, kalo tak rasa nya tutup jugak kot. Maka nya lepas makan balik apartment, tido….zzzZZZ

BERSAMBUNG HARI KE-2: DESTINASI PILIHAN? 

Dalam pepatah ada mengatakan yang “Masa itu Emas”. Sangat tak terasa bila masa berlalu, pejam celik pejam celik dah siang. Masuk hari kedua dah kitorang kat sini, ternyata masa sangat memcemburui, belum pun sempat nak ronda pusing-pusing kawasan, baru nak start berangan, fefeeling kekononnya tengah honeymoon dengan hubby. Banyak lagi tempat yang tak pi lagi nih, sempat ke ? Agak-agak cuaca ok tak ? hmmmmmm…..

Pagi tuh awal giler aku bangun eksaited, kan semalam tak dapat pi mana-mana puas tido, terperuk dalam apartment, haaaaa hari nih sakan ler… Nampaknya cuaca cantik, langit cerah dan matahari pun dah terpacak atas kepala. Suasana pagi kat sini memang sangat nyaman, sejuk sentiasa. Tak payah nak on aircond, kompom memang dah sejuk. Paling sejuk tang air ! Menusuk sampai ke tulang temulung, mengigil-gigil, ketaq abeh, masa kena perghhh ibarat kata macam mandi dengan ais ler, mujur aku tak bertukar jadi aisberg hihihihiiii ;p

Langit terang di sinari dengan cahaya pagi, hurmm keluar jenjalan best nih ! Cecepat aku kejut kan hubby dan anak-anak, suruh dorang bersiap. Perut pun dah start bunyi nih, laaapar padahal malam tadi kemain banyak lagi mencekik itu ini, sampai perut kembong tapi tetap jugak terasa lapar lagi…bahahahaha…adeh! 

Semua dah siap, let go babeh, kita pusing CH sampai lebam muhahahaha….

Oppssss lupa nak bagi tahu, Cikju (auntie belah hubby), dia pun ikut jugak. Tapi datang lambat sehari, tadi kebetulan ngam-ngam masa tengah bersiap nak keluar dia sampai. Hurmm molek sangat lah tuh, dah alang-alang nak merayap kan, boleh lah kitorang singgah homestay tempat dia sewa kejap. Cantik, pemilik homestay tuh melayu kita. Homestay suasana kampong, dekat sangat dengan strawberry park, jalan kaki pun dah sampai, banyak pilihan. “Homestay Kampung Taman Sedia”... boleh pilih ladang mana korang nak terjah ! Cantik tapi sayang buahnya, bukan musim kot hurmmmmmmm.....


















Haaaaaaa cantik tak ? Cantik tak ? Gegambar nih semua kat ladang stoberi yang ada berdekatan dengan Homestay Kampong Taman Sedia. Seriously best giler (Y)



Barisan anak beranak atuk nenek cucu cicit yang pi ritu. Eh ! Eh ! seseorang yang di dapati hilang, sapa erk? cer teka cer teka......hahahaha.....

Dah puas jenjalan makan aiskrim stoberi kat situ, kitorang pi Big Red Strawberry Farm. Ladang stoberi yang terbesar sekali kata apek cina tuh lah, betul ke ? betul kot ! Tak kesah lah, tempat nih superb ! tak caya moh tengok nih...







 

  
Dan lokasi terakhir adalah Rose Farm / Rose Centre. Sebenarnya banyak tempat yang kitorang pi, tapi tempat-tempat yang aku kongsikan nih adalah destinasi pilihan kebanyakkan orang yang datang ke sini. Jadi kalo ada antara korang yang merancang untuk bercuti ke sini tapi tak taw nak pi mana, aku cadangkan korang boleh cuba pi tempat-tempat nih, best dan semua ada. Jom lah aku tunjukkan beberapa gambar yang sempat di snap ;-

 

  


   





Akan bersambung ke hari ketiga......next entry ya ;-)

Bersambung

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...