Wednesday, June 25, 2014

Cara tangani tekanan di tempat kerja !

♥♥♥ KENSHIDO INTERNATIONAL - MEGA LIFE IN MAKING ♥♥♥ 

Assalammualaikum! Hai semua ^_^

Bagi insan-insan yang bekerja makan gaji macam aku, berdepan dengan tekanan di tempat kerja perkara biasa, sehari tak ada tekanan memang tak sah. Banyak faktor yang buatkan aku tertekan, antaranya bila TERPAKSA bekerjasama dengan manusia yang berpelajaran tinggi, berlagak, bodoh tapi sombong ! teramatlah sangat menyakitkan hati…

Aku tahu mana-mana kerja pun pasti akan ada sekor langau, tu memang dah kompom, tapi langau kat opis aku ni jenis langau *SAMPAH*, semak samun, mulut bau longkang.!!!!

Orang kata apa tu, adat dalam pekerjaan, tak semua indah dipandang mata, akan ada satu “lembaga hitam” yang mengganggu pemandanganmu. Maka hari ni izinkan aku untuk berkongsi beberapa tips yang boleh digunapakai, tangani dan mengelak dari terjelumus ke arah tu, tak kira lah di tempat kerja mahupun dimana-mana saja. In shaa Allah :))

Cara tangani tekanan di tempat kerja !

MULAKAN HARI DENGAN NIAT

Semolek-moleknya sebelum melakukan sesuatu perkara/pekerjaan, mulakanlah dengan membaca lafaz bismillah, tanamkan niat dalam hati agar apa jua pekerjaan/perbuatan yang dilakukan adalah hanya kerana Allah s.w.t. permudahkan dan mohonlah pertolongan padanya agar lancarkanlah hari-hari yang bakal ditempuhi dengan jiwa yang tenang tanpa sebarang prasangka buruk. In shaa Allah niat yang baik akan termakbulkan. Ameen. 

MEMAAFKAN DAN TIDAK BERDENDAM

Semaikanlah sifat memaafkan dalam diri, biarpun kepahitan dan kesakitan tu amat berat untuk dilupakan, cubalah agar perasaan marah, benci tak singgah dihati. In shaa Allah jika kemaafan yang dihulurkan, ketenangan dan kebahagiaan yang Allah anugerahkan sebagai ganjarannya. 

JANGAN IKUT HATI

Ikut hati mati, ikut rasa binasa. yang lepas biarkan berlalu, jadikan sejarah dalam hidup. Fokus kehadapan, jika dengan memikirkannya buat jiwa rasa tertekan, buat apa fikir ? Move on, hidup perlu diteruskan, Anggap saja ianya dugaan kehidupan. Jangan terlampau ikutkan perasaan amarah dan benci tu, seriously tak berbaloi wokeh !

BERSABAR

Sabar separuh daripada iman ! Sabar tuh indah tapi tak semua nampak keindahannya. Walau bagaimanapun kesabaran tuh ada batasannya, selagi masih mampu untuk bersabar dan tahan dengan situasi, maka tuh adalah yang sebaik-baiknya. Buat tak tahu jer, paling pun kalo dah bengang sangat, keluar buat seketika waktu, lepaskan yang terbuku pada seseorang yang boleh tahan telinga nak dengar. Lepaskan jangan pendam-pendam, kalo rasa nak jerit, jerit jer tapi jangan lah jerit kat opis, kang panggggggg !!!! bos bagi hadiah hehehe..

BERFIKIRAN POSITIF

Kekal positif dalam apa jua situasi, mungkin ada hikmah disebaliknya, Allah takkan menduga hambanya melepasi tahap kemampuannya. Biar apa pun tekanan, besar manapun ujian yang mendatang, hadapilah dengan penuh sifat kematangan dan secara orang dewasa, bukan bersifat keanak-anakkan. “Power” orang berfikiran positif, luar biasa, sangat luar biasa. Seriously !

JANGAN MELAWAN

Diam tak bermakna takut, tidak juga kerana salah tapi demi untuk tak nak keruhkan lagi keadaan. Kalo semua naik suara, marah, bila nak selesai ? tak guna nak tegakkan benang yang basah, cepat atau lambat, percaya atau tidak akhirnya kebenaran tu akan berpihak pada yang benar, in shaa Allah doa orang teraniaya mustajab ! Tak payah beria sangat nak kipas aircond bos bagai, dia akan tahu juga nanti sapa salah, sapa betol ! Percaya lah ;) 

Tu lah antara tip-tips yang aku amalkan tiap kali aku tertekan dengan kerja ataupun orang kat opis ni. Seselalu lah amalkan dan terapkan dalam diri tiap masa dimana dan dalam apa jua keadaan sekalipun wokeh. Sekian ;-)

Hari ni pun ai stress jugak sebab rindukan boyfren ai, budak baju itam ni huhuhuhu.....

Friday, June 20, 2014

Percutian 3H2M di Cameron Highland [Part 2]

♥♥♥ KENSHIDO INTERNATIONAL - MEGA LIFE IN MAKING  

Entry sebelum nya sila klik *Percutian 3H2M Di Cameron Highland


Sambungan pada entry yang lepas;-

Memandangkan semalam lepas check in kitorang tak banyak ber-aktiviti, cuaca tak mengizinkan. Hujan turun selebat-lebat alam, ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Abeh prorgam tergendala sementara waktu sob…sob..sob… Elok jugak hujan, sekurang-kurangnya ada alasan aku nak tido hahaha…... penat weyh tadi daki bukit kat ladang tuh, abeh lenguh-lenguh kaki taw huhuhu….

Kekonon beria nak tido tadi tapi tak jugak, baru nak pejam ada saja yang kejutkan. Anak panggil, minta makan lapar, sesejuk nih pepaham sudah, perut akan berirama keroncong sentiasa. Mujur aku dah standby Maggie cup, senang dan jimat masa tak yah sesusah nak masak. Panas air jer hihihi… senang kan?

Ingat lepas bagi anak makan, boleh lah nak beradu jap….hurmm hubby pulak kacau…. Punya lama aku kat dapur, pong pang pong pang memasak (Maggie jer pung kihkihkih) tak nak pulak dia minta apa-apa, masa aku nak tido masa tuh lah minta itu ini,  lapar katanya, haishh grrrrrrrr…….. Naseb ler dia pandai umpan aku dengan benda lain kalo tak kuasa makkkk! Hahaha….

Petang tuh dah dekat maghrib baru hujan berhenti. Kedai kat sini buka awal, tutup pun awal. Masa kitorang keluar nak pi makan pukul 6, banyak yang dah tutup. Ada lah beberapa yang masih lagi buka tuh pun sebab ada pelanggan kat dalam, kalo tak rasa nya tutup jugak kot. Maka nya lepas makan balik apartment, tido….zzzZZZ

BERSAMBUNG HARI KE-2: DESTINASI PILIHAN? 

Dalam pepatah ada mengatakan yang “Masa itu Emas”. Sangat tak terasa bila masa berlalu, pejam celik pejam celik dah siang. Masuk hari kedua dah kitorang kat sini, ternyata masa sangat memcemburui, belum pun sempat nak ronda pusing-pusing kawasan, baru nak start berangan, fefeeling kekononnya tengah honeymoon dengan hubby. Banyak lagi tempat yang tak pi lagi nih, sempat ke ? Agak-agak cuaca ok tak ? hmmmmmm…..

Pagi tuh awal giler aku bangun eksaited, kan semalam tak dapat pi mana-mana puas tido, terperuk dalam apartment, haaaaa hari nih sakan ler… Nampaknya cuaca cantik, langit cerah dan matahari pun dah terpacak atas kepala. Suasana pagi kat sini memang sangat nyaman, sejuk sentiasa. Tak payah nak on aircond, kompom memang dah sejuk. Paling sejuk tang air ! Menusuk sampai ke tulang temulung, mengigil-gigil, ketaq abeh, masa kena perghhh ibarat kata macam mandi dengan ais ler, mujur aku tak bertukar jadi aisberg hihihihiiii ;p

Langit terang di sinari dengan cahaya pagi, hurmm keluar jenjalan best nih ! Cecepat aku kejut kan hubby dan anak-anak, suruh dorang bersiap. Perut pun dah start bunyi nih, laaapar padahal malam tadi kemain banyak lagi mencekik itu ini, sampai perut kembong tapi tetap jugak terasa lapar lagi…bahahahaha…adeh! 

Semua dah siap, let go babeh, kita pusing CH sampai lebam muhahahaha….

Oppssss lupa nak bagi tahu, Cikju (auntie belah hubby), dia pun ikut jugak. Tapi datang lambat sehari, tadi kebetulan ngam-ngam masa tengah bersiap nak keluar dia sampai. Hurmm molek sangat lah tuh, dah alang-alang nak merayap kan, boleh lah kitorang singgah homestay tempat dia sewa kejap. Cantik, pemilik homestay tuh melayu kita. Homestay suasana kampong, dekat sangat dengan strawberry park, jalan kaki pun dah sampai, banyak pilihan. “Homestay Kampung Taman Sedia”... boleh pilih ladang mana korang nak terjah ! Cantik tapi sayang buahnya, bukan musim kot hurmmmmmmm.....


















Haaaaaaa cantik tak ? Cantik tak ? Gegambar nih semua kat ladang stoberi yang ada berdekatan dengan Homestay Kampong Taman Sedia. Seriously best giler (Y)



Barisan anak beranak atuk nenek cucu cicit yang pi ritu. Eh ! Eh ! seseorang yang di dapati hilang, sapa erk? cer teka cer teka......hahahaha.....

Dah puas jenjalan makan aiskrim stoberi kat situ, kitorang pi Big Red Strawberry Farm. Ladang stoberi yang terbesar sekali kata apek cina tuh lah, betul ke ? betul kot ! Tak kesah lah, tempat nih superb ! tak caya moh tengok nih...







 

  
Dan lokasi terakhir adalah Rose Farm / Rose Centre. Sebenarnya banyak tempat yang kitorang pi, tapi tempat-tempat yang aku kongsikan nih adalah destinasi pilihan kebanyakkan orang yang datang ke sini. Jadi kalo ada antara korang yang merancang untuk bercuti ke sini tapi tak taw nak pi mana, aku cadangkan korang boleh cuba pi tempat-tempat nih, best dan semua ada. Jom lah aku tunjukkan beberapa gambar yang sempat di snap ;-

 

  


   





Akan bersambung ke hari ketiga......next entry ya ;-)

Bersambung

Tuesday, June 17, 2014

Lembaran Baru Ramadhan 2014 │Tips kekal bertenaga di Bulan Ramadhan

♥♥♥ KENSHIDO INTERNATIONAL - MEGA LIFE IN MAKING ♥♥♥ 

 Assalammualaikum! Hai fellas ^_^ 



Kurang dari 10 hari saja lagi umat islam seluruh dunia akan menyambut bulan yang penuh dengan barakah, iaitu bulan Ramadhan Al-Murabak. Alhamdulillah syukur ke hadrat Yang Maha Esa kerana masih lagi mengizinkan aku dan keluarga menyambutnya pada tahun nih. Seperti tahun sesebelum, kami masih lagi ber-empat ! Bila nya nak ber-lima entah ler hurmmmm…..



Apa pun perasaan, keterujaan dan kegembiraan menanti tiba nya Ramadhan sangat mendebarkan, tak sabar rasa nya. Niat tahun nih nak puasa penuh, in shaa Allah jika dizinkan. Iya lah kalo boleh tak nak lah jadi macam tahun lepas, kejap puasa kejap kang cuti sob..sob..sob… faktor kesihatan jadi halangan nak puasa penuh huhuhu….Kata orang, sakit penghapus dosa-dosa kecil. Alhamdulillah, mungkin sebahagian darinya dah terhapus.



Setiap kali tiba nya Ramadhan pasti pelbagai coretan dan kenangan baru dapat di lalui bersama. Hurmm belum pun mula berpuasa aku seakan dah dapat bayangkan, ragam anak dan hubby masa nak kejutkan makan sahur nanti ! hehehe… Mesti kecoh, riuh rendah rumahtangga aku dengan ragam dorang anak beranak nih…Lebih-lebih lagi sekarang nih kan musim bola, FIFA WORLD CUP 2014 ! Musim hubby-hubby se-dunia pakat jadi “security guard”.… pak guard, keje obertime depan tibi hahahahaaa…



Walaupun zombie bola melanda di saat bulan Ramadhan tapi ada batasannya. Yang wajib mesti diberi keutamaan dulu. Bola, bola jugak tapi puasa tetap puasa ya, tiada alasan ngantuk, letih lemau bagai nah….



Tapi aku tak risau, sebab aku ada rahsia macam mana nak bagi hubby kekal bertenaga dan ceria sepanjang berpuasa nanti. Nak tahu rahsianya ? Pssstttttt…................Rahsianya, aku akan pastikan hubby amalkan memakan optiberry. 3biji 2kali sehari dimakan waktu sahur dan juga masa berbuka…. Supplement yang boleh membantu kami kekal focus, bertenaga dan ceria sepanjang hari…..yerp memang dah terbukti keberkesanannya, pada yang nak cuba, sila lah ;-)




Tips ketika bersahur



Kurangkan makan makanan yang masin/pedas/berlemak/manis. (sup yang sebaiknya)



Lebihkan minum air putih / masak.



Lewatkan waktu makan. (biasa aku lagi sejam nak habis waktu baru makan).



Makan supplement tambahan yang boleh memberikan tenaga ketika melakukan rutin harian. (aku makan optiberry, bagus untuk kesihatan dan sentiasa focus. Badan pun tak lemau)

Dan yang terakhir sekali jangan lupa baca niat puasa ya, bagi yang dah lupa niat puasa boleh rujuk Tips galakkan anak anak berpuasa beserta niatnya sekali


Sebelum aku undurkan diri dan mengakhiri perkongsian nih, aku nak ucapkan terima kasih bebanyak pada Top Blogger, otai Hasrulhassan.com kerana sudi menganjurkan segmen Bloglist Sahabat Blogger Ramadhan 2014, sekurang-kurangnya beliau sudi  membuka ruang dan peluang pada blogger macam aku nih mencuba heeeee........sudi lah kiranya terima penyertaan saya nih ya kihkihkih....pada blogger-blogger yang ingin turut serta, boleh rujuk terus pada beliau......

Sekian.
 

Wednesday, June 11, 2014

Percutian 3H2M di Cameron Highland [Part 1]

♥♥♥ KENSHIDO INTERNATIONAL - MEGA LIFE IN MAKING ♥♥♥



Sesekali jenjalan makan angin dengan mertua best gak nah. Nak pulak pi kat tempat yang sejuk cam Cameron Highland. Heaven sangat, cuaca sejuk damai mata memandang, jauh dari hiruk pikuk kota, hurmm nyaman jer suasana nya. Segala permasalahan dan kesedihan terus lenyap bila dah sampai kat sini. Walaupun persiapan dan perancangan di buat di saat akhir tapi berbaloi best (Y), puas hati segalanya lancar macam yang diharapkan. 



Perancangan nak pi bercuti nih hubby yang suggest, kata hubby nak release tension setelah penat bekeje, sekali sekala bagi reward untuk keseronokkan sendiri apa salah nya yer dak ? Dah penat cari duit, ini kali lah nak buang duit hahaha.. kalau  di lihat dari segi masa lebih dari cukup, yang tak cukupnya kalu di fikir dari segi *RM*. Haaaa hak nih kalu takdo memang masalah lah nak pi memana, kompom semua tak jadi. Perasaan teringin pun buleh tukar jadi dingin. Silap-silap buleh jadi perang dingin laki binik, haaaa jangan memain huhu.. Syukur padaNya di atas rezeki yang dikurniakan, Alhamdulillah walaupun tak banyak sekurang-kurang nya dapat lah juga buat tambah sumber perbelanjaan sepanjang kami kat sana, direct sponsor lagi wokeh hihi ;p



Bagai pucuk dicita ulam mendatang, bila hubby ajak pi bercuti tanpa fikir panjang aku terus bagi green light. Dua ratus peratus aku setuju, dah tak yah nak guna talian hayat lagi dah kompom ! Lelagi tarikh yang di pilih jatuh sehari lepas birthday aku. Keterujaan aku masa tuh memang terlajak laris lah cerita nya, besok nya pepagi lagi masuk opis terus *DETIM* dengan abe google cari tempat penginapan haha. Haaa koo tak buleh lelambat, kang buat nya hubby tuko pikiran abeh melepeh ler huhu. Dapat jer apartment call hubby suruh bank in duit, settled hehehe…



Bermula dari saat tuh, maka bermula lah juga my misi counting days to go kih3.  Asal nya nak pi anak beranak jer, tapi memandangkan ada budget lebih, apa lah salah nya bawa mertua ngan adik-adik sekali kan. Dah alang-alang dapat sewa apartment, besar tak kan nak duduk 4 beranak jer, jadi hubby putuskan nak bawa mak nya yakni mertua aku lah tak kan mertua koo pulak mihihihi… jangan marah haaaa joking jer ;))



Kami bertolak jumaat pagi, makna kata kamis malam tuh kami tumpang tido kat rumah mak lah. Anak-anak, dorang semua seronok sangat, iya lah dah lama tak pi bercuti, bila dapat chance kemain lagi tak sesabar nak pi. Tido malam pun tak lena, biasa pagi kejut liat bangun tapi ritu panggil sekali jer dah terus masuk bilik air mandi. Nampak dak permainan dorang di situ ? Hurmm makin besar makin cerdik anak-anak mama ya, Alhamdulillah :-)



Kami bertolak pukul 7.30pg, sampai sana agak lambat sikit lebih kurang pukul 11.30 pagi. Biasa lah KL kan, pepagi kalau tak tersangkut dalam jem bukan KL nama nya. Takpe bukan nak kejar masa sangat, kata pi bercuti nak santai-santai kan, perjalanan pun kena lah santai-santai jugak betul ? lagi pun masa dalam perjalanan tuh kami singgah sarapan kat R&R tapah kejap. Lapar weyh, bangun tido mandi terus gerak, tak sempat nak makan. Huhuhu… jangan kata anak-anak, mama ayah nya pun cacing dalam perut dah mintak makan. hurmm.....hahaha...

Memandangkan kami sampai awal, so nak check in pun tak buleh lagi, dah tak kan nak halau pulak guess dalam apartment, ishh3 sabar, kami singgah lah kejap kat Ladang Tea Bharat. Hirup udara segar. Cantik, sejuk dan nyaman sangat tempat nya, visitor yang datang ramai, ada yang dari kelantan siap bawak bas rombongan cik kiah lagi, haaa koo ingat hape... mihihi

Sebelum pi kat Ladang Tea Bharat, kitorang singgah dulu kat sini... alaaaa apa ntah nama nya lupa dah tapi tempat nya memang dekat jer ngan ladang tuh, walk distance jer, dalam 5min dah sampai...Sempat lah bergambaq ngan mertua dan adik ipar sat.. hubby ? biasa lah kalo bukan dia jadi photographer aku sapa lagi hahaha...
Tengok lah si kecil tuh, walaupun demam tapi kemain lagi happy go lucky dia....hmm hmmmmmmm
Perkenalkan nih la mertua kesayangan aku, namanya Puan Zaviah Bt Haji Sulong tapi nama glemer hak orang duk panggil Kak Noor... alaaaa Kak Noor Napi tuh, haaaa gitu ler ;p 

Kiri kanan pengapit yang cun-cun tuh adik ipar aku, 2 kat tengah tuh buah hati kesayangan aku. kompius ? kenapa makcik lagi kecik dari anak buah ? kenapa anak buah lebih besar dari makcik ? kekompiusan ? hurmm aku pun kompius jugak yang bebeno nya hahaha...#baek punya tempat anak gua cari.. mujur tak jatuh longkang jah kalo tak naya nak oiii....
 

Anak, Adik & Anak ! walaupun kenkadang hado gak yang kata adik tuh anak aku.. terima jer lah ^_^
 

Dah abis tawaf strawberry park tadi, ke sini lah pulak kita ;-) moh kita jenjalan pusing2 ladang teh moh... hirup udara yang penuh dengan kehijauan... nyaman terasaaa.... neeee tea satuu hehehe....
Mertua vs Menantu ke anak vs mak ke hape nih ? adehh bahaha (^_~)







baru jer nak fefeeling ombak rindu tapi en haris aku nih memalu pulak.....kikiki #pengsan

Ladang teh nih sangat besar, masa turun memang best, laju jer, dah turun pandang atas nak panjat naek balik.... makngaiiii mengah kooo... segala lelemak terbakar, buleh kuruih ! Tapi nasib ler kitorang turun tak jauh mana, kalo tak mau nya tak naek2 dah aku, jem kat bawah hehe ;p ...... Ngam2 kitorang sampai kat atas, owner apartment yang aku sewa tuh call kata dah buleh check in, guess dah keluar. cantikk (Y) macam tau2 jer kami penat nak baring ^__^ 


LOKASI PENGINAPAN:-

ROYAL LILY APARTMENT, TANAH RATA

OWNER MALAY 

Encik Azmi 017 - 988 3208

Gambar ehsan google
Gambar ehsan google
Maaf lah ya, gambar suasana dalam apartment tak sempat nak snap, dah terlajak penat akibat panjat tangga tinggi sangat kat Ladang Teh.... tu pasai nya........


Bersambung..............
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...