Wednesday, June 25, 2014

Cara tangani tekanan di tempat kerja !

♥♥♥ KENSHIDO INTERNATIONAL - MEGA LIFE IN MAKING ♥♥♥ 

Assalammualaikum! Hai semua ^_^

Bagi insan-insan yang bekerja makan gaji macam aku, berdepan dengan tekanan di tempat kerja perkara biasa, sehari tak ada tekanan memang tak sah. Banyak faktor yang buatkan aku tertekan, antaranya bila TERPAKSA bekerjasama dengan manusia yang berpelajaran tinggi, berlagak, bodoh tapi sombong ! teramatlah sangat menyakitkan hati…

Aku tahu mana-mana kerja pun pasti akan ada sekor langau, tu memang dah kompom, tapi langau kat opis aku ni jenis langau *SAMPAH*, semak samun, mulut bau longkang.!!!!

Orang kata apa tu, adat dalam pekerjaan, tak semua indah dipandang mata, akan ada satu “lembaga hitam” yang mengganggu pemandanganmu. Maka hari ni izinkan aku untuk berkongsi beberapa tips yang boleh digunapakai, tangani dan mengelak dari terjelumus ke arah tu, tak kira lah di tempat kerja mahupun dimana-mana saja. In shaa Allah :))

Cara tangani tekanan di tempat kerja !

MULAKAN HARI DENGAN NIAT

Semolek-moleknya sebelum melakukan sesuatu perkara/pekerjaan, mulakanlah dengan membaca lafaz bismillah, tanamkan niat dalam hati agar apa jua pekerjaan/perbuatan yang dilakukan adalah hanya kerana Allah s.w.t. permudahkan dan mohonlah pertolongan padanya agar lancarkanlah hari-hari yang bakal ditempuhi dengan jiwa yang tenang tanpa sebarang prasangka buruk. In shaa Allah niat yang baik akan termakbulkan. Ameen. 

MEMAAFKAN DAN TIDAK BERDENDAM

Semaikanlah sifat memaafkan dalam diri, biarpun kepahitan dan kesakitan tu amat berat untuk dilupakan, cubalah agar perasaan marah, benci tak singgah dihati. In shaa Allah jika kemaafan yang dihulurkan, ketenangan dan kebahagiaan yang Allah anugerahkan sebagai ganjarannya. 

JANGAN IKUT HATI

Ikut hati mati, ikut rasa binasa. yang lepas biarkan berlalu, jadikan sejarah dalam hidup. Fokus kehadapan, jika dengan memikirkannya buat jiwa rasa tertekan, buat apa fikir ? Move on, hidup perlu diteruskan, Anggap saja ianya dugaan kehidupan. Jangan terlampau ikutkan perasaan amarah dan benci tu, seriously tak berbaloi wokeh !

BERSABAR

Sabar separuh daripada iman ! Sabar tuh indah tapi tak semua nampak keindahannya. Walau bagaimanapun kesabaran tuh ada batasannya, selagi masih mampu untuk bersabar dan tahan dengan situasi, maka tuh adalah yang sebaik-baiknya. Buat tak tahu jer, paling pun kalo dah bengang sangat, keluar buat seketika waktu, lepaskan yang terbuku pada seseorang yang boleh tahan telinga nak dengar. Lepaskan jangan pendam-pendam, kalo rasa nak jerit, jerit jer tapi jangan lah jerit kat opis, kang panggggggg !!!! bos bagi hadiah hehehe..

BERFIKIRAN POSITIF

Kekal positif dalam apa jua situasi, mungkin ada hikmah disebaliknya, Allah takkan menduga hambanya melepasi tahap kemampuannya. Biar apa pun tekanan, besar manapun ujian yang mendatang, hadapilah dengan penuh sifat kematangan dan secara orang dewasa, bukan bersifat keanak-anakkan. “Power” orang berfikiran positif, luar biasa, sangat luar biasa. Seriously !

JANGAN MELAWAN

Diam tak bermakna takut, tidak juga kerana salah tapi demi untuk tak nak keruhkan lagi keadaan. Kalo semua naik suara, marah, bila nak selesai ? tak guna nak tegakkan benang yang basah, cepat atau lambat, percaya atau tidak akhirnya kebenaran tu akan berpihak pada yang benar, in shaa Allah doa orang teraniaya mustajab ! Tak payah beria sangat nak kipas aircond bos bagai, dia akan tahu juga nanti sapa salah, sapa betol ! Percaya lah ;) 

Tu lah antara tip-tips yang aku amalkan tiap kali aku tertekan dengan kerja ataupun orang kat opis ni. Seselalu lah amalkan dan terapkan dalam diri tiap masa dimana dan dalam apa jua keadaan sekalipun wokeh. Sekian ;-)

Hari ni pun ai stress jugak sebab rindukan boyfren ai, budak baju itam ni huhuhuhu.....

5 comments:

Khamsi Abdullah said...

Diam kalau dah betul salah takpe kak. Kalau ada prove dan fakta y menyokong, saya boleh tepuk je meja meeting.. ngehehe. Kcik bukan sebarang kecik.. :D

Yatie Fizzy said...

@Khamsi Abdullah wah kecik bukan sebarang kecik nih...kecik2 cili padi eh....hahahaha..

nurul atika said...

rase x best klau keje dgn LANGAU kn.. hee

blogwalking sini.. :)

Yatie Fizzy said...

@nurul atika senang jer nak hapuskan LANGAU tuh.....spray dengan ridset hahaha....

Liyliz said...

AISH susahnya kak. liz klu stress tmpt keje sbb2 mcm ni mula la nk simpan dlm ht hashhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...