Monday, June 30, 2014

Salam Ramadhan Al - Mubarak 1435 Hijrah│Resipi Puding Jagung Manis

Assalammualaikum dan selamat pagi. 

Selamat menyambut Ramadhan Al - Mubarak 1435 Hijrah aku ucapkan terutama buat keluarga, saudara mara, rakan-rakan dan semua umat islam seluruh dunia, tak kira lah samaada kita saling mengenali ataupun tidak, semoga Ramadhan kali ni membawa sinar baru dalam kehidupan dan mengharap agar Allah s.w.t menerima segala amalan kita. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, hari ni dah masuk hari ke-2 kita berpuasa, syukur yang tak terhingga di atas nikmat limpah kurniaannya. Semoga Allah terus kurniakan kesihatan yang baik, untuk sama-sama kita melakukan amal ibadah di bulan mulia, bulan yang penuh dengan barakah ni. Amin :-) 

Haaaa amacam puasa korang ? Ok tak ? Alhamdulillah ^_^

Ok memandangkan semalam hari pertama berpuasa, Ahad cuti lak tu, atas permintaan dari hubby, sempat lah aku buat Puding Jagung Manis untuk berbuka. Lagipun semalam kitorang berbuka kat rumah mak, tak manis kan kalo pegi tangan kosong, bukan tak nak beli kat bazaar tapi buat sendiri jimat, 1 adunan boleh makan untuk satu keluarga, lagi pun air tangan bini/menantu kan lebih sedap heeeeee..... Pada yang nak mencuba dessert yang superb simple ni, silakan, jangan memalu ya ....


Bahan-Bahan
  • 1 cup Tepung Kastard 
  • 3 cup Air 
  • 3/4 cup Gula 
  • 400ml Susu Cair - Boleh ganti dengan santan
  • Setin Jagung Manis
  • 1 Sudu Besar Butter - Untuk nampak berkilat 
Caranya

Masukkan semua bahan-bahan di atas dalam periuk/kuali, kecuali butter dan masak dengan api yang sederhana hingga adunan tadi menjadi sedikit pekat. 

Bila adunan dah pekat, masukkan butter dan terus kacau hingga mendidih/meletop/berkilat.

Padam api dan tuangkan terus dalam loyang/bekas/acuan.

Biarkan sekejap hingga adunan tadi sejuk dan sedia untuk dimasukkan dalam petiais.

Selamat mencuba !

7 comments:

Nurzakiah Hanum said...

mudahnya

yang baik Ishak said...

Wah... puding ni nampak menyelerakan. harus cuba hari ini jugak kalau tak sempat tunggu hujung minggu. Tq for sharing :D

Yatie Fizzy said...

@Nurzakiah Hanum betul tu, semudah ABC je...

Yatie Fizzy said...

@yang baik Ishak cuba la.. in shaa allah kalo kita masak dengan ikhlas kompom sedap...

deja said...

Nampak sedap ni

azura rahman said...

mudah dan nmpk sedap.. nnt nk try la.. thks kongsi resepi ni

Decicipi Delight said...

Yang ni guna loyang bape inci ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...