Assalammualaikum dan salam 8 Syawal korangggg....
Time-time raya cenggini I memang suka sangat cari beskot tart kalo pegi beraya...pantang kalo ada yang ngidangkan dalam balang, bersih I sapu tapi yang sedap jelah yang tak berapa berkenan kat tekak I kuis tepi ahahahaks... #tekakdemandlebih
Nak dapat rasa tart yang gebu gebass, apo orang putih yang tak hitam-hitam tu kata melt-in-mouth ada tapi tak sukar (cewahh ayat bhahha). Homemade pun belom tentu sedapnya nikan pulak kalo beli kat kedai, baling ke dinding retak seribu dinding tu Uolsssss....
Demi kerana minat dan kecentaan I pada tart, maka I gigih kan diri dan tebalkan muka yang comel nih mintak resipi kat orang yang pakar membuatnya. Ramai yang murah hati share, macam-macam petua dan cara dikongsikan. Frankly speaking mostly resipi yang I dapat perlukan kos yang tinggi, maknanya bebahan yang digunakan agak costing skit lah. So riki punya riki lastly I dapat 1 resipi nih, sangat simple kos nak buat pun rendah. I percaya kebanyakkan orang yang buat bisnes pun akan gunakan resipi yang sama macam I kan? Kan! Baik ngaku cepat, sebab I pun miahahaha :p
Bahan-bahan
250 gram buttercup (nak wangi guna farmcow)
1 cup tepung gandum
50 gram tepung jagung
50 gram tepung kastard
2 biji kuning telur
sedikit esen vanilla
Jem nenas (Bulatkan kecik-kecik)
*2 biji kuning telur + pewarna kuning telur - untuk sapu atas tart sebelum dibakar
Cara membuatnya:-
1. Satukan kesemua tepung dan ayakkan bersama.
2. Masukkan butter, kuning telur dengan esen vanilla dalam mangkuk. Kacau guna whisk pun boleh, I guna seduk kayu je pun hihi...
2. Masukkan tepung dalam mangkuk tadi dan kaup balik sehingga sebati, hingga adunan tadi menjadi doh. Macam mana nak tahu adunan tu menjadi ke tidak? Pastikan bila dipegang doh tadi tu tak melekat dekat tangan. Haaa kira pass lah kome yonggg..
3. Masukkan doh tadi dalam acuan tart, buat panjang-panjang 4cm susun baris cecantik. Pastu letakkan jem nenas yang dah mengkome bulat kecik-kecik tu.. letak kat hujung pastu gulung lerr...
4. Last sekali sapukan kuning telur kat atasnya.
5. Bakar selama 30 minit dengan suhu 175'c @ ikut panas oven masing-masing ya hihi..
6. Dah siap sejukkan atas redai. Pastu boleh lah mengkome terus ngap masuk mulut @ simpan dalam bekas kedap udara ya, kang masuk hangin plak huhu..
SELAMAT MENCUBA !!!!
NOTE:
ADA TIPS I NAK SHARE NIH, UNTUK JADIKAN TART MENGKOME TUH GEBUS CAIR DI MULUT.. I SUGGESTKAN DOH TADI TU DISIMPAN SEMALAMAN @ 2 3 JAM SEBELUM DIBAKAR. BIARKAN DOH TADI REHAT UNTUK PASTIKAN SEMUA BAHAN-BAHAN SEBATI ELOK!!! TRUST ME, GEBUS GEBAS MELETOPP RASANYA... TRY LAAA YA :-)
PADA YANG BERMINAT UNTUK MEMBUAT SEBARANG TEMPAHAN BOLEH CALL/WHATSAPP 011 2661 8644 ...
PADA YANG BERMINAT UNTUK MEMBUAT SEBARANG TEMPAHAN BOLEH CALL/WHATSAPP 011 2661 8644 ...
5 comments:
Boleh try nanti memandangkan ayah ena suka sangat tart nenas ni
memang fevret saya ni kuih tart ni..tapi setakat ni tak pernah buat lagi, main order je..huhu..
@✿ Ina Ainaa ✿ erna cubalah nak lagi sedap buat dengan penuh kasih sayang hihihi
@Siti Badariah Baharin samalah I pun pantang nampak tart ni, terleleh ayaq luir ahahahaha
Gebu betul tartnya. Tak pernah buat kuih tart sendiri. selalu beli je
Post a Comment