Bila
sebut saja Bazaar Ramadhan, ai sure ramai yang tahu apa itu Bazaar Ramadhan ?
Dimana Bazaar yang paling gempaq sekali ? Apa juadah yang paling havoc ? Dan
macam-macam lah, pendek kata majority daripada kita semua pun tahu, yang setiap
kali tibanya bulan Ramadhan Al-Mubarak, rata-rata peniaga akan crab peluang ni
untuk dapat kan keuntungan yang berlipat kali ganda. Ahaaa bukan saja amalan
ibadah nak dilipat gandakan , jualan pun , malah yang dapat triple pun ade ,
Alhamdulillah rezeki masing-masing , sapa kita untuk persoalkan rezeki
pemberian ALLAH SWT. Mensyukuri nikmat pemberian dan kurniannya, adalah
semolek-moleknya, Alhamdulillah ;))
Disini
ada beberapa tips ai nak kongsikan dengan korang semasa berada/berkunjung ke
bazaar, kata orang tu “sediakan payung sebelum hujan”, jangan dah terkena baru
nak beringat. Sama-sama lah kita ingat-mengingati, semoga hidup kita lebih
diberkati, in shaa Allah… Amiin ^_^
TIPS
KETIKA BERADA DI BAZAAR RAMADHAN
PERUNTUKKAN BAJET
Korang
taw tak yang duit tu berhantu ? Tiap kali keluar tak sedar bila habisnya,
nak-nak lagi kalo pegi tempat yang penuh dengan dugaan, kompom banyak yang
“Terbang melayang” macam layang-layang… kan kan ? hmm.. ai cadangkan, masa
korang nak keluar tu, pastikan duit yang dibawa bersama cukup-cukup je, tak
lebih dan tak kurang. Contohnya sebelum turun kereta, kat tangan ai dah standby
sesiap duit. Habis duit tu, habis la … haa haaa.. jimat kan ? hmmm ..
JANGAN MEMBAZIR
Tak
dinafikan, godaan ketika berada di bazaar memang susah nak ditepis. Ada saja
yang terliur, walahal sebelum ni tak pun, mungkin kerana nafsu makan, semua pun
nampak sedap, menarik mata memandang. Harus diingatkan ya, ALLAH SWT tak suka
dan benci hambanya melakukan pembaziran, kerana sifat-sifat tersebut adalah
sifat semula jadi “Syaitan-syaitan nirojin” … MasyaAllah, selisih Malaikat 44,
janganlah kita bersifat sedemikian .. Nauzubillah min zalik
PERHATIKAN PERSEKITARAN GERAI
Pastikan
setiap gerai yang kita kunjungi adalah bersih. Maksud bersih bukan bererti
hanya pada keadaan sesebuah gerai tu saja, malah juga pada cara penyediaan
juadah yang dijual. Contohnya, katakan ai pergi ke gerai jual lauk pauk,
sebelum beli ai akan tengok dulu samada juadah tersebut ok ke tidak ..
maksudnya kalo gerai tu banyak lalat, serangga-serangga dan seumpama dengannya
ada bertandang kat gerai tu, alamatnya memang tak lah kan ai nak beli, kang tak
pepasal ai sakit perut .. ahha sapa susah ? ai jugak kan .. iskhh3 takmo ai … kesian
tummy ai nanti hee hee…
BERTOLAK ANSUR
Dah
nama pun Bazaar, tempat orang jalan-jalan cari makan, dah sah-sah ler ramai orang.
Bila berdepan dengan situasi macam ni, sabar dan bertolak ansur lah sesama
sendiri. Kalo dah nampak gerai yang nak dikunjungi tu ramai, apa lagi beratur
lah, sedangkan anak-anak pun pandai beratur masa nak beli makanan, takkan kita
yang dewasa ni tak boleh ? tak rugi pun, lagi besar pahalanya ada lah .. so,
mulai hari ni berubah ya, beratur ikut giliran .. in shaa Allah puasa kita lagi
barakah ..
Sekian. Wassalam ^_^
Ayam percik ni ai beli ritu, kat bazaar bk 4... sedap, murah pulak tu... besar hokeh puas makan , jimat sampai sahur pun ai boleh makan lagi.... lalalalalaaaaa.... |
No comments:
Post a Comment