Tuesday, August 06, 2013

RESIPI: ALMOND LONDON COOKIES

ASSALAMMUALAIKUM 
 selamat pagi semua ^_^V
bagi yang sedang dibuai mimpi tu
muga korang mimpi yang indah-indah tau hihi :-P
kalo nak mimpi kan aku pun bolehh haha
hurm aku biasa laa
masih lagi dok bersekang mata baked cookies 
tahun ni aku takde order ape-ape cookies pun dengan orang 
dah serik sangat dah 
bila bagi tester mak aiii sedap tak henggat
tapi bila dah order H.A.M.P.E.H !!
memang rasanya nak mintak balik je orang tu pulangkan balik duit aku
huh! goram tau tapi biar je sebab aku ni bukan jenis camtu 
malas laa nak kecoh-kecoh ni kan .
 atas dasar kesedaran diri akibat dah banyak kali terkone
so tahun ni aku dah muhasabbah diri sendiri
untuk raya ni dah tak yah laa nak order-order bagai
buat aje sendiri puas hati
sedap ke tak sedap ke sendiri punya hasil air tangan kan !
 tapi sebelum buat tu kena lah rujuk 
kat mereka yang pro kan, aku pun pro gak
tapi perosak je la haha ;'(

ala tak moh ler citer pepanjang ni
cookies aku dah dok ting-ting tong-tong

tapi sebelum tu moh ler 
aku tunjukkan hasil air tangan ku 
- Almond London cookies -
aku buat sendiri hokay takde cilok-cilok gambar ni
tapi resipinya aku ambik kat orang la hihi ;-P



 


RESIPI: ALMOND LONDON COOKIES
SUMBER: KAK ITA MASAM MANIS 


[Anggaran dalam 120 biji kurang lebih]

Bahan-Bahan

@ 250gram butter 
@ 120gram gula castor - tapi ku guna 100gram je
@ 2biji kuning telor - grade A
@ 1tsp esen vanilla
@ 400gram tepung gandum - lebih sikit ikut lembut doh 
@ 2tsp emplex - ku tak guna pun 
@ 120 biji badam - dipanggang

Hiasan 

@ Papercup ikut suka 
@ coklat masakan - ku guna berly's dark chocolates
@ badam cincang/coklat rice


Panaskan oven dulu dalam 5minit pastu bakar badam tadi selama 30minit atau hingga badam tu masak.

pukul butter, gula, telor, esen vanilla dalam bowl [guna whisk pun boleh]

masukkan tepung yang diayak tadi sikit demi sikit dalam adunan butter tadi dan uli sampai adunan tadi menjadi doh yang sangat lembut.

ambik sedikit doh tadi dan bentuk ikut suka samaada membujur/bulat. ikut selera masing-masing. tapi jangan lupa plak letak badam panggang kat tengah-tengah tu yer. 

buat sampai adunan doh tadi habis dan susun dalam loyang.

panaskan oven 160'c dan bakar selama 25minit atau hingga masak. ikut pada oven masing-masing

sejukkan diatas redai hingga biskut tadi betul-betul sejuk sebelum disusun di atas papercup.

cairkan coklat, guna kaedah "double boiler" dan masukkan coklat yang dah dicairkan tadi dalam piping bag. 

hias ikut kreativiti masing-masing yer =) dah lepas siap hias masukkan dalam peti sekejap.

simpag didalam bekas kedap udara.


 
 
 
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...