♥♥♥ KENSHIDO INTERNATIONAL - MEGA LIFE IN MAKING ♥♥♥
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Tak terungkap dengan bait kata-kata. Sayup, sedih melihat kesengsaraan
dan penderitaan yang ditanggung oleh saudara se-islam di Gaza .. bertubi-tubi
mereka diserang, ramai yang terkorban termasuklah anak-anak kecil. Apakah salah
dan dosa mereka hingga di perlakuan sedemikian ?
Ya Allah .. hanya doa yang mampu kami pohon padaMu, Engkau turunkanlah
dan timpakanlah bala dengan serta merta ke
atas kaum israel laknatullah .. Engkau selamatkanlah rakyat di Gaza dari terus
di sakiti dan di ratah oleh israil. Selamatkanlah saudara kami dan berikanlah
perlindungan padaNya agar saudara se-islam kami di sana cekal dan tabah dalam
menghadapi ujianMu ini .. Amin ya rabbal alamin ;’(
P/s:
semalam tengok kat berita TV3, satu majlis perkahwinan terpaksa dibatalkan
kerana berlaku serangan dari udara…. Semua yang ada dalam majlis tersebut
bertempiaran lagi untuk selamatkan diri. Ya Allah .. sampai bilakah rakyat di
Gaza akan terus menerus dizalimi sebegini ?
#PRAY4GAZA
No comments:
Post a Comment