Monday, July 07, 2014

Resipi Mee Kari Meletops

♥♥♥ KENSHIDO INTERNATIONAL - MEGA LIFE IN MAKING ♥♥♥ 

Assalammualaikum dan salam 9 Ramadhan. Menu untuk berbuka semalam ai buat Mee Kari request dari my lovely hubby .. actually dah lama hubby minta buatkan, sebelum puasa lagi, tapi baru semalam tertunai permintaannya ... sorry ya yunk, bukan ai malas cuma kurang rajin je hihihi ... Ok, hari ni ai tak nak membebel pepanjang, let's keep it short and simple... Ecewahh, tetiba la plak ai skiping london u, curlasss gitu .. ahakhaks pengsan >_____< .. Jom jom ai kongsikan resipi marbeles ni, jommm ... 



BAHAN-BAHAN
400 gram Mee Kuning - Celur & toskan
200 gram isi ayam 
400 ml santan 
1 paket fish ball  - belah 4
2 1/2 cwn air
3 sudu besar cili kering 
2 biji sederhana besar bawang merah 
3 biji bawang putih 
2 paket kecik serbuk kari babas  -  ai beli yg harga 70posen/pack
2 biji kentang
sebesar ibujari halia
sedikit daun kari 
minyak untuk menumis
garam dan perasa secukupnya

BAHAN KISAR
3 sudu besar cili kering 
2 biji sederhana besar bawang merah 
3 biji bawang putih 
sebesar ibujari halia

BAHAN HIASAN
tauhu goreng 
telur rebus 
udang - direbus 
limau kasturi 
taugeh

CARA MEMBUATNYA
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar tadi hingga wangi/naik bau.
2. Masukkan serbuk dan daun kari, tumis sampai pecah minyak.
3. Masukkan isi ayam, kacau seketika hingga sebati, biar tumisan tadi serap pada isi ayam.
4. Masukkan santan, air, fish ball. sementara tunggu kari tadi mendidih, blendkan kentang yang sudah direbus dengan sedikit air, kemudian tuangkan ke dalam kuah kari tadi. 
5. Masak hingga mendidih dan kuah menjadi pekat, masukkan garam dan bahan perasa secukupnya.
6.  siap untuk dihidangkan bersama-sama dengan bahan hiasan tadi.

Selamat mencuba !!!

3 comments:

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

Huiiishhh huissshhhh sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Tengok udang tu buat ena terliur! Ni nak suruh my mom buatkan mee kari petang ni jugak.. ekekek

nurul atika said...

sedaaaappp... terliur dh ni.. acane?.. hee..

blogwalking sini... :)

Khalid Kyle said...

Sedapnya nampak!!

Jom Terjah : Buffet Ramadhan Casa Ombak :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...