Tuesday, September 02, 2014

Adakah ini nilai sebuah persahabatan ?

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Hari ni aku terlebih emotional, sensitive dan panas sedikit dari biasa. Pengaruh perasaan yang sedang dialami.. mungkin. Apa pun aku just nak share, maybe dengan cara macam ni aku dapat release kan something. Sejujurnya, aku tak mau burukkan dan aib kan sesiapa tapi jika ada yang terasa or terkena tempias dengan statement aku ni .. terpulang, tepuk dada tanya diri..      

Persahabatan? Sahabat? Apa itu makna persahabatan? Berapa harganya? Bagaimana cara ianya dinilai ? Adakah mahal ataupun sangattt mahal hingga tak terbeli dengan wang ringgit ? ataupun ianya tidak bernilai sesen pun? Berbaloi kah ? Apa gunanya sahabat ? Adakah untuk saling sakit menyakiti, benci membenci, buruk memburukkan, tikam menikam dari belakang ataupun sebaliknya .. Apa rasanya jika menjadi yang disakiti, dibenci, dianiaya, mangsa kepada 'sahabat' sendiri ? 

Sakitkan? Ya, memang sakit, lebih-lebih lagi bila insan yang dipanggil 'sahabat' tu sanggup lakukan sesuatu yang melukakan hati kita, sedangkan bukan sehari dua kenal, dah berpuluh tahun tapi masih ermm.... ni lah dia erti sebenar kehidupan, di saat badan terluka ia mengalirkan darah namun di saat hati terluka ia mengalirkan air mata .. hakikatnya kedua-duanya amat menyakitkan !! 

Aku pernah dengar istilah orang kata, lebih baik buat baik pada binatang daripada buat baik pada manusia. Pada mulanya aku tak faham kenapa ada yang sanggup berkata begitu, lama kelamaan akhirnya aku mengerti akan maksud disebaliknya. Ada benarnya juga kata-kata itu ... ku akui, kerana yang pasti mereka dulu makan garam daripada aku !! 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...