Friday, September 12, 2014

SEGMEN BEN ASHAARI │ AKU SEORANG BLOGGER


Assalammualaikum ... selamat pagi semua !

Syukur padanya kerana masih lagi diberikan nafas untuk aku terus berada dibumi ciptaan-Nya  , alhamdulillah ..... Pagi ni adalah pagi yang sangat special dan pagi ni juga aku ada dapat berita baek , berita happy sangat.. seakannya permintaan kami akan dimakbulkan oleh Allah , harap2 itu sebagai tanda akan kedatangannya ... aminn ;)


Berbalik semula pada segmen ke-dua abam sado kita , tajuk untuk harini  SEGMEN BEN ASHAARI : AKU SEORANG BLOGGER!


Seriously untuk segmen kalini aku rasa sangat mencabar dan rasa nebess pula nak up kan.. iya lah kalo nak diukur pada kelayakkan rasanya aku masih tak layak kot untuk mengulas tentangnya , lagi pun usia blog aku pun baru je setahun jagung ... masih terlalu mentah , banyak benda yang aku perlu belajar dari mereka-meraka yang lebih senior .. tapi sebagai tanda menghormati segmen abam sado nih , in shaa allah aku akan cuba untuk mengulas sebaik mungkin , apa peranan aku sebagai seorang blogger ? * mohon ditegur jika ada sebarang 'error' ya * .. hihi ;)  





Peranan aku sebagai seorang blogger ? 

Nak menjadi blogger ni memang mudah , create satu account , buat editing and setting template , karang entri and publish ... See, dah siap pun ! Senang je , tak yah sesusah nak gi kursus ke exam ke ... dengan sekelip mata dah boleh jadi Blogger ! Tapi apa peranan aku ? Sebagai seorang blogger hingusan dalam dunia blogging ni sebolehnya aku cuba memberikan yang terbaik .. dalam setiap entri yang diterbitkan , aku akan cuba untuk kaji selidik dulu akan kesahihannya... terutamanya jika entri itu berkaitan dengan isu semasa ! Tak nak lah pula nanti bagi info yang salah taupun kurang tepat , maklum lah bila sesebuah entri itu diterbitkan bukan hanya aku malah open to public untuk membacanya... so kalo info yang diberikan bukan berdasarkan fakta maka dah jatuh jadi fitnah namanya. Ya ampun besarnya dosa sebuah fitnah itu ! Aku tak nak blog aku dikenali sebagai blog *sampah* tapi aku mahu blog aku dikenali sebagai sebuah blog yang boleh memberi kebaikan pada orang yang membacanya.. in shaa allah ;)
 
 
Blogger Sepenuh Masa !
 
Owhh really ! I wish so , aku nak sangat jadi macam Abang Ben , Abang HH & Bro Framestone , walaupun mereka house husband tapi mereka berjaya dalam dunia blogging masing-masing.. jika aku bisa jadi seperti mereka .. memang aku rela tinggalkan kerja aku sekarang ni dan berikan commitment sepenuhnya pada dunia blogging .. at least dari situ aku punyai masa yang lebih untuk anak dan hubby ... heee 
 
 
Backup Plan ? 
 
Currently aku memang ada backup plan , Network Marketing ! Biarpun aku ada pendapatan sendiri but still aku kena ada backup untuk masa depan. Sejujurnya aku tahu yang ramai orang takut dan tak suka dengan bisnis Network Marketing? Ramai yang kata tipu? Cari orang? ... Setiap orang ada pendapat dan pandangan masing-masing .. cuma bagi aku , ini adalah pilihan aku ! Samaada aku berjaya atau tak semuanya terletak pada aku !    


Harapan !
 
Berharap yang suatu hari nanti angan-angan aku jadi nyata... selain dari berjaya sebagai seorang blogger , aku juga mahu berjaya dalam apa jua yang sedang aku lakukan kini !

7 comments:

Norazizah said...

Good luck. Kekalkan momentum. Selamat berkenalan :)

arysha_fayyadh said...

assalam,
good luck..
every women wish kan3..
housewife&mom..sob3..
samala kitaaaaaa

Mardiah Diana said...

Assalamualaikum dan singgah BW dari blog Kisah Emas Putih....selamat bersegmen dan semoga berjaya...

jemput singgah ke blog Anugerah Terindah
http://mardiahdiana.blogspot.com

Kekzamanis said...

Assalamualaikum Yatie.. Salam kenal! ^_^
Datang melawat dari segmen sama.. Saya doakan semoga segala impian & cita2 Yatie akan tercapai.. Amin.. Apa2 pun jadi blogger nampak macam mudah, tapi sebenarnya bukan semudah yang disangka kan? Kena aktif berfikir.. Bukan main tangkap muat jer entri apa2.. Hehe.. Btw, done follow sini.. Jemput singgah ke blog saya juga.. ^_~
SEGMEN BEN ASHAARI : AKU, SEORANG BLOGGER !

Farah said...

Assalamualaikum, huda singgah sini.
http://nurfarahudahud.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-aku-seorang-blogger.html

Cik Rose said...

Ros singgah sini dari segmen yang sama :)
http://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-aku-seorang-blogger.html

Amie said...

Assalamualaikum Yatie,
meh kita jadi blogger yang mampu menyampaikan ilmu yang baik-baik kepada pembaca. Salam kenal dari segmen ben ashaari, follower 70

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...