Tuesday, April 22, 2014

1st Get Together with Bonafide Academy (*_*)

♥♥♥ BONAFIDE ACADEMY - HIGHWAY TO SUCCEED ♥♥♥ 

Assalammualaikum! Hai fellas ^_^ 

BONAFIDE, WE FIGHT ! 
 17 April 2014, tarikh KERAMAT yg tak mungkin akan aku lupakan, tarikh dan hari dimana langkah pertamaku ke arah kejayaan, hari yg sangat BERMAKNA dan TERINDAH dalam hidup aku, khamis malam jumaat yg sangattt hebat ! tahu kenapa aku kata hebat kerana malam tu kami group Bonafide Academy telah adakan satu majlis makan malam bersama dengan keluarga dan juga sahabat handai, buat pertama kali nya. Get together, gathering together mmg cukup SUPERB ! Majlis di-adakan di Ruang SS18 Subang (berdekatan dgn Sekolah Subang Utama dan JM Beriani), berlangsung dari jam 8 - 11 malam, ramai yg hadir untuk meng-havoc-kan suasana, bukan saja group member, family bah kan insan-insan yg pertama kali jejak kaki ke BA, bakal-bakal jutawan juga turut datang memeriahkan lagi majlis kami. Alhamdulillah, terima kasih pada yg sudi hadir, doa dan sokongan yg diberikan amat kami hargai. SYUKUR anda datang dengan tangan kosong TAPI pulang dengan ilmu yg sangatttt bermanfaat, perut pun kekenyangan kan :p syukran.
haa ni lah tempat yang aku cakap tu, RUANG. Mmg best (Y) tempatnya macam hall, so kalo u guys nak buat appa event pun boleh...nak buat jamming studio pun boleh. mmg luas dan awesome sangattt tempat ni. Sangat bersesuai dengan big-big event yg memerlukan tempat yg besar dan selesa dan RUANG adalah pilihannya (Y) :-)
Warna tema pilihan kami adalah HITAM & PUTIH. Motif ? kerana HITAM itu menawan dan PUTIH itu Suci. HAHA ;P exceli tak hado apa motif pun, saje sesuka nak buat tema skit. baru lah havoc kan... havocx3 eh eh !! KUIKUIKUIII
Honestly, keseronakkan dan pengalaman yg dilalui mmg tak ternilai harga nya. 
Satu malam yg sukar untuk aku luahkan dengan kata-kata, amat bererti dan really memorable. in front of my hubby, my family, hundred of people sitting there, aku diberikan satu task yg sangat tak aku sangka dan duga. Mungkin to those yg penah alaminya, perkara ni normal, biasa-biasa saje but to me, it really exciting and unexpected. First time in my life, aku di suruh naik ke stage, buat sharing, di saksikan dan didengari org memang aku dah biasa, kat opis pun penah, tapi depan hubby dan family, mmg tak penah ! the feeling, perasaan itu... dunno how to describe it. sangat luar biasa dan tak terucap oleh kata-kata. 

Saat nama diseru, kaki mengatur langkah, jantung berdegup kencang, hati kian berdebar. hanya Tuhan saja yg tahu isi hati tika tu, nerbes, excited, macam-macam lah. lidah kelu seribu bahasa, tapi demi membuktikan dan buatkan hubby bangga, aku cuba sedaya upaya. lagi buat gemuruh, bila hayunan langkahku diiringi dengan tepukan dari insan-insan yg ada dalam hall tu. Walaupun debar di hati kian memuncak namum tetap aku gagahi jua demi untuk menyampaikan dan menyempurnakan amanah yg telah diberi. Maka bermula lah sharing aku, dalam debar terasa ketar, dalam ketar berasa gementar. Apa yg aku share mmg ikhlas dari hati, tiada unsur bangga diri, bongkak mahupun penipuan. Apa yg aku sampaikan, ianya telus ikhlas.
dengan penuh semangat aku ber-sharing malam tu, nampak tu wajah yg penuh dengan confident ! comel tak ? comel tak ? MUAHAHAHA :p
Tak tahu dah berapa lama aku atas stage tu. permulaan nampak agak kekok, alhamdulillah everything going smooth. Syukur yg teramat sangat kerana apa yg telah diamanahkan telah aku sempurnakan dengan penuh keikhlasan. segala yg dilalui telah aku share kan bersama. Before aku end sharing, I can see my hubby face, like his sooo proud of me ! seriously :-) Pengalaman yg sangat luar biasa, tak boleh beli di mana-mana kecuali jika penah laluinya sendiri. All the while, I just speak in front of my partners but this time, my hubby and my family is here ! to hear what is my wonderful sharing and yesss I really made it ! maybe that time I just share WHY I BE IN THIS BUSINESS, but one find day I will share with u, WHY U SHOULD BE PART OF US ! 
Walaupon penat, jam pun dah dekat koi 11pm tapi semangat tetap semangat wokeh. 
apa ada hal, malam masih muda lagi, belum koi 12pm, sooo kita enjoyyyyy... mihihihi :D
Sharing dari founder MathVictory - Mr Mac Mahendran.
tengok anak teruna aku kemaaain lagi. HEBAT (Y) ni kes selalu sangat tengok dan dengar mama dia buat laaa ni bagusssss.......HAHAHAHA


P/s: Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Jangan takut untuk gagal kerana dengan melalui kegagalan lah kita boleh berjaya. Mahu Pasti Mampu !!   

Thursday, April 17, 2014

Nak sihat, jom makan OPTIBERRY !

♥♥♥ BONAFIDE ACADEMY - HIGHWAY TO SUCCEED ♥♥♥

Assalammualaikum! Hai fellas ^_^

Beberapa bulan yg lepas aku mengalami permasalahan sakit dalaman. bleeding tak behenti, bukan peyed tapi masalah hormon tak stabil. perkara ni terjadi selepas aku lahirkan anak ke-2. dah pegi check kat kinik doc kata biasa masalah sakit puan. dulu bertahun tak peyed, ni bila dah peyed camni jadi nya, sedih sangattt :( masa tu hari-hari aku mohon dan doa kat Allah s.w.t agar pulihkan keadaan kesihatan aku macam biasa. debar kat hati ni tak sapa tahu, hidup aku pun tak tenang macam selalu. dalam kepala otak ni pelbagai andaian yg datang. Ya Tuhan perasaan aku masa tu bercampur aduk. dah bermacam cara aku buat, sampai berurut pun aku pegi. biasa la bidan kan, katanya peranakan aku jatuh. dah dinaikkan pun setill jugak lagi bleeding.  

Muka aku pun makin hari makin pucat, tak bermaya, kenkadang tu perut aku ni sakit sangat. nak buat apa semua tak boleh. org sibuk pegi berjalan, mandi manda kat pantai, aku pegi tapi duk bawah kemah aje. tersangattttt la benggang, eeergh rasa nak terajang aje apa yg ada kat depan. geeeram !
  tiap kali sakit, aku pegi kinik, mesti mintak doc scan perut, kot la ada something kat dalam kan, tapi tak ade pun. kata doc rahim aku membengkak di sebabkan pengaliran darah yg tak berhenti. makan la ubat kekonon nak stop kan bleeding, mmg stop sehari aje pastu datang balik. masa tu aku meeemang stress gila babas. almost every day aku asik marah. hukhuk sian hubby kena marah tanpa sebab. naseb ler dapat hubby yg memahami keadaan wife dia yg tak stabil emosi ni, kalo tak kompom dah lama kena tempeleng gajah huwaaaaaaa..........hukhukhuk...
 
gambo ni tangkap masa Christmas Day tahun lepas, kami pegi mandi manda kat Port Dickson. huwaaaaa nak nanges rasa, org lain sibuk duk terjun pantai, aku duk sensorang kat atas darat hanya mampu menyaksikan aje. nak join tak leh join HUHUHU 

Tiap sakit ada cara nak ubatinya, aku hanya berusaha namun yg menyembuhkan adalah Yang Maha Esa. setiap ujian kesakitan yg datang aku anggap ianya sebagai satu cara penghapusan dosa-dosa kecilku. soalnya nak atau tak aje aku ni berusaha mencari penawar. syukran Ya Rahman Ya Rahim alhamdulillah seperti doa aku dimakbulkan dan perkenankan. segala permasalahan yg dilalui, kini in shaa Allah dah jadi kenangan, tidak lagi jadi beban pada aku. setelah diperkenalkan oleh partner aku sendiri tentang kehebatan OPTIBERRY dan mengamalkan hingga ke hari ni, alhamdulillah bleeding dah berhenti, peyed pun macam dah normal balik. sepanjang aku amalkan OPTIBERRY, badan pun rasa segar dan tak lelemau lagi. yg paaaling bagus sekali tiada had umur yg boleh makan. dari bayi seawal 0 bulan hingga la ke dewasa pun boleh mengambil tanpa was-was kerana supplement ni sangat bagus, telah diperakui baik untuk kesihatan oleh pakar-pakar yg bertauliah. 

OPTIBERRY - Gabungan 6 Jenis biji berries yg mmg diketahui sangat bagus dan punyai fungsi tersendiri dalam mengubati dan merawat setiap penyakit. 

Pada yang berminat nak mencuba, di persilakan:-

CALL 011 - 2661 8644

Harga kasih sayang !!!!
 

Wednesday, April 16, 2014

Sekadar luahan rasa yang terpendam :((

♥♥♥ BONAFIDE ACADEMY - HIGHWAY TO SUCCEED ♥♥♥

Assalammualaikum! Hai fellas 

Haishh! tak paham betoi aku dengan segelintiran manusia ni kan! they sooooo irritating sometimes. really, yup i mean it. taktaw la, payah. buat salah tak buat lagi laa. hurmmm, dasat kan manusia ni, tak paham aku, kenapa suka sangat nak cari, korek, gali segala keburukkan dan aib org. apa erk yg dapat agaknya kalo apa yg dikorek, digali tu berhasil ?? kebanggaan ya ! bagus, hebat sangattt la tu kan ! huargghh, annoying betol.

Sometimes I feel very frustrated with this kind of people surrounding. menyakitkan hati betol, ni kalo di layan kan mau tunggang langgang hidup aku, kang buat tak reti kang, makin menjadi plak. huwaaaaa..... sadissssssss hukhuk. beragak la, mentang lah aku diam, jangan arr lelebih. human being kot, ada hati ada perasaan. sekali dua boleh aku maapkan walau hati terluka tapi kalo dah berkali-kali, rasanya mmg tak arr kan, aku bukan malaikat!

Benar kata org, bila senang happy ramai yg mendampingi, di saat diri mula mencari perubahan dalam hidup, menjadi insan yg lebih berbakti, ramai yg menentang. aku tahu di saat aku sedang berlari, berjuang menggapai impian, ada yg mendoakan kejatuhan dan kegagalan aku. dah menjadi lumrah hidup, bila makin ramai yg suka maka akan ramai jua lah yg membenci. :((

Aku tak boleh nak force people suka or benci aku, hak masing-masing ! hak individu nak puji or menyampah  dengan seseorg itu. cuma yg aku tak paham, kenapa perlu ada sifat PHD [Perasaan Hasad Dengki] dalam diri ? sepatutnya bila seseorg itu berusaha mencari kemajuan dalam hidup, support la, jangan la macam ni, tak elok la kan. kena ingat, what goes come around! what u give u will get back. Tuhan tu Maha Adil, hari ni jadi kat aku, esok lusa Tuhan tu balas lagi berganda gamaknya.

Pesan aku, hentikan la niat nak tabur pasir dalam periuk nasi or sebarkan sesuatu yg tak benar, tak kemana pegi nya pun. Dunia ni berputar, tiba masa perkara yg sama jadi pada kamo, what will u feel ? Aku tak kesah org nak maki or un-friend aku, go ahead. aku tak berjaya kerana kawan dan aku tak binasa kerana lawan.




p/s: kenkadang segala perasaan dan rasa yg terbuku dalam hati patut di luahkan biarpun ada kalanya ianya amat pahit dan sukar untuk ditelan. apakan daya aku hanya manusia biasa yg punya hati yg bisa merasai kesakitan diperlakukan begini T_T  

Monday, March 31, 2014

'Demimu.....!'

Ya Allah Ya Tuhanku

Sesungguhnya Engkau Maha Adil lagi Maha Pengasihi...

Ya Allah aku menadah tangan memohon padaMu

berikanlah aku kekuatan untuk aku tempuhi segala cubaan yang mendatang

berikan aku kesempatan untuk memberikan yang terbaik buat insan yang telah melahirkan aku ke dunia ini

jadikan segala impianku untuk memberikan kebahagian buat IBUku tercapai sebelum dia pergi buat selama-lamanya

mungkin aku bukan anak yang terbaik tapi aku mencuba dan berusaha menjadi lebih baik

Sesungguh hanya padaMu tempat ku meminta

Amin ya rabb 




Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...