Wednesday, May 08, 2013
Aiskrim Zaman Dahulu Kala
Assalamualaikum, slamat petang....cuaca panas cenggini kan best klo dapat basahkan tekak ni dengan air sejuk or aiskrim...dapatla sikit legakan tekak yang tengah haus ni kan...Hokayy untuk N3 this time yf nak share pasal aiskrim ni...sape yang penah makan aiskrim ni...zaman mak2 kita dulu aiskrim ni memang popular, ade yang panggil aiskrim sabun la, aiskrim buku la, aiskrim potong la..tak kesahla ape name skali pun yang korang panggil yang yf tahu aiskrim ni memang sedap..aiskrim ni yf dapat kat pasar malam puncak jalil, setiap hari jumaat brother tu mesti ade berniaga...memang ramai yang beli aiskrim ni sebab kat pasarraya2 rase yf tak ade dijual (tak penah plak nampak tapi tak tahu la kan klo ade jual).....biase bila zaman dah berubah so kita kene la buat perubahan skit kan, klo dulu aiskrim ni yang ade perisa bandung, durian, jagung, dan susu je tp sekarang ni dah advance. Perisa dulu2 tu orang dah jemu nak makan, sekarang ni orang nak perisa Blueberry, Strawberry, Keladi, Mocha, Chocolates, Pandan dan banyak lagi la....tapi yang best tu kan bukan anak2 saje yang beli & makan, mak bapak pun same gak berebut ngan anak2 hahaha...tak sabar nya nak tunggu hari jumaat nak pegi borong lagi aiskrim ni wat stock utk seminggu hihihi ^__^
Wassalam...
Tempahan Marshmallow - Bride & Groom
N3 kali ni yf nak share pasal Marshmallow
celup dengan cokelat. Marshmallow ni adalah sejenis kudapan atau snek yang
memang digemari bukan saje anak2 tapi dewasa jua...actually klo makan camtu pun
sedap tp klo nak lg sedap celupkan ia dgn cokelat. Rasenyer memang melotop
gitukan..(kedebang kedebong bunyi nyer hahaha)
Klo N3 yang lepas yf share pasal
“Homemade Chocolates” ataupon Cokelat buatan tangan yang Pakcik yf order tp
kali ni yf nak share plak Marshmallow celup cokelat yang beliau order juga untuk
dijadikan “door gift” semase majlis kahwin anak bongsu beliau pada February
2013 yang lalu (banyak tul kan duit org felda ni kan, bertuah anak2 felda
^__^)…
Okey mase beliau bagitahu yf yang Marshmallow
ni nak dijadikan buah tangan pada tetamu yang datang, design yang terus bertandang
kat pale otak yf adalah “Bride & Groom” iaitu “Pengantin”…yf memang suka
sgt ngan design ni sebab ia nampak cute comel lote gituw hihi..hurm pada yang
tak penah tengok design ni mesti tertanya2 camne lah gamak nyer rupe Marshmallow
pengantin ni…
![]() |
|
Ni la rupe nyer kiut miut gituw kan…hihi
|
![]() |
|
“Groom” tu nampak ensem macho
lagi kan siap pakai sut tau...hihi
|
![]() |
|
Ni yang “Bride”, selalunya org wat white
color tp yf olahkan skit jadi color pink ngan white bru la nampak cantik
skit..ngeh3…meletop tak hahaha
|
Pada Pakuda terima kasih bebanyak yer sebab sudi nak meng'order marshmallow ni ngan kami. In Shaa Allah lain mase orderlah lagi yer hihihi..^^,
Monday, May 06, 2013
PRU13 - PARLIMEN P104 KELANA JAYA BILIK GERAKAN RELA PJS 8
Tanggal 5 Mei 2013 tarikh keramat yang akan diingati oleh seluruh rakyat Malaysia dimana pada tarikh tersebut seluruh Warganegara yakni anak jati Malaysia akan keluar menunaikan kewajipan masing2 demi memilih pemimpin yang akan menerajui Negara yang demokrasi ni. Bukan saje mereka tapi yf juga akan ingat pada tarikh tersebut kerana for the first time in my life yf akan memberikan khidmat pada calon2 yang akan mengundi. yehaaaaa best nyer. Marilah Mari Pergi Mengundi, Ini Kalilah Kasi Tukar hahaha (pinjam jap tagline tu yer, jgn mare hehe)
Pada PRU13 ini kali yf telah diberikan mandat dimana yf dilantik sebagai "POLLING CLERKS a.k.a KERANI PENGUNDIAN/MENGIRA UNDI. Kawasan yang akan diterokai adalah PARLIMEN P104 KELANA JAYA BILIK GERAKAN RELA PJS8 KELANA JAYA diketuai oleh En. NAZRUL BIN NGAIMIN pegawai dari Ibu Pejabat Tanah & Galian Shah Alam, Selangor. Group kami ade 5org termasuk ketua, yf, Auntie, uncle dan opismate auntie yf. kesemuanya kakitangan kerajaan hanya yf dan uncle je org awam. Ah tak kesah la janji yf dpt bertugas. Dah tak sabar ni excited dah tahap extreme dah ni...yehaaaaaaaaaaaaaa ^__^
baju, tag ngan cap (yf just pakai baju ngan tag je sb pakai tudung kot camne nak pakai cap) yg ni lah yang akan semua petugas2 kena pakai mase bertugas pada PRU13. akan tetapi bagi petugas2 yang mempunyai size body yang "agak comel lote tu" mereka boleh memakai pakaian sendiri tetapi pakaian yang formal. jeans2 ke shirt2 pendek ke TAK BOLEH (ape ingat nak pegi shopping ke nak pakai sesexy ni..ishh3)
Tepat pukul 8pagi waktu SPR, pintu pagar Saluran 1 Bilik Gerakan Rela PJS8, Kelana Jaya dibuka untuk calon2 yang akan jalankan tanggungjawab memangkah calon pilihan hati. Ni kali pihak SPR mencadangkan dan PM meluluskan dimana kesemua calon2 dikehendaki mencalitkan JARI TELUNJUK KIRI dengan DAKWAT.
Ha ni contoh calitan dijari tu. (pinjam jari hubby yf jap wat role model haha). Pegi tak pakai inai bila balik tetiba lak pakai inai kan seb bek 1 je klo 3 dah len plak jadinyer kikiki...
Permulaan tugasan yf senang just mintak jari pastu calitkan dengan dakwat (ala cam gambar jari hubby yf tu, terpaksa pinjam jari dia kan sb jari yf jgn kate telunjuk abeh 1body bermandikan dakwat. sibuk dok calitkan orang yf yang mandi dakwat huhu.) Punyalah happy mase itu siap boleh dok perhatikan gelagat calon lagi, tp bile Ketua Tempat Mengundi (KTM) bagi arahan suruh bukak counter ke2 urm abeh jangan kate nak tengok calon nak jeling menjuling calon pun tak sempat.
Calon2 yang datang plak dari pelbagai latar belakang kaum, 1Malaysia kan mestila ade Melayu, Cina, India, ha rase yf Original people pun ade kot. (yf teka je sb mase yf baca name diorg tu pelik je bunyi nyer. Tak kisahla yang penting dia tahu akan tanggungjawab dia sebagai rakyat Malaysia). Biasala dah name pon manusia takde yang perfect, begitu jugaklah dengan calon2 yang datang ade yang okey tapi ade jugak yang macam nak kena tempeleng tu. Dah mintak dihulurkan jari untuk calitkan dakwat tu bagi jelah kan ni banyaklah plak songehnye, errr geram rase cam nak je yf tempeleng manusia tu dah la sombong plak tu siap jeling2 lagi tau. urmm sabar je walopon hati ni bagai lautan yang bergelora tunggu mase je nak telan "BELIAU" tu. (Biasa la yf ni pun manusia jugakkan ade perasan marah kan tp bila fikir balik urmm takpe la benda dah lepas pun. Pepatah ade berkate "Barang Lepas Jangan Dikenang" "Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih")
Tepat jam pukul 5petang semua pintu pagar pusat pengundian ditutup dan takde sorang pun calon2 mahupun orang awam dibenarkan berada disekitar kawasan itu kecuali kami para petugas dan ejen2 pengundian SAHAJA..(mase tu punyalah bangga ngan excited kan, mau tak nyer kami orang pertama yang tahu result nyer. tp dlm dok bangga2 pun kami kenalah hati2 sebab ni akan melibatkan mase depan Negara kan)
Segala kerja2 pengundi telah kami jalankan dengan sejujurnyer demi memastikan Negara tercinta kekal berada dalam jagaan pemimpim yang berwibawa. Pada semua parti2 yang bertanding harap terima keputusan ini dengan hati yang terbuka. Pada yang berjaya Tahniah dan pada yang gagal cubalah lagi. Bak Kate PM kita "5TAHUN LAGILAH"..INI KALILAH KITA KASI TENGOK SELANGOR SAPA PEGANG ^__^..
Wassalam..<3<3<3
Tuesday, April 30, 2013
Subscribe to:
Comments (Atom)







