Tuesday, August 26, 2014

Pengakhiran Syawalku Lebih Indah

Assalammualaikum dan selamat sejahtera buat semua pengunjung dan sahabat alam maya sekalian. Setelah sekian lama aku menyepikan diri dari ber-blogging atas sebab-sebab yang tertentu .. entah kenapa hari nih semangat dan rindu aku pada dunia blogging kembali lagi .. seolah-olah ada sesuatu yang mengetuk pintu hati, memberikan aku inspirasi. Rasa kecintaan aku pada dunia blogging kembali mekar sama macam masa memula tangkap cintan dedulu ... kih3 .. Hurm tak kesah lah apa-apa pun alasannya biar aku saja yang tahu, kerana akan aku catitkan alasan tuh sebagai kenangan "Private & Confidential ONLY" full-stop !

Ok, rasanya masih berbaki lagi kan sebelum syawal yang mulia nih pergi meninggalkan beribu kenangan yang dah dicipta. Dikesempatan nih juga, aku menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki pada kalian semua .. seandainya di sepanjang perkenalan dan penglibatan aku dalam dunia blogging nih, aku ada sakitkan dan lukakan hati sesiapa saja secara sengaja mahupun tidak. Percayalah tak pernah terlintas pun dihati aku nak buat macam tuh .. tapi apakan daya aku hanya manusia biasa yang tak bisa lari dari kesilapan .. dengan penuh keikhlasan yang lahir dari sanubari, aku pohon ampun maaf pada semua..

Life must go on ! Hidup perlu diteruskan walau apa pun jua yang terjadi. Jujur ku akui, mungkin syawal kali nih bukanlah yang terbaik tapi tak bererti yang terburuk. Kenkadang dalam hidup nih, tak semestinya yang terbaik tuh selalunya yang terindah kerana sebaliknya juga bisa terjadi jika kita tahu menghargainya .. Alhamdulillah pengakhiran syawal kali nih lebih manis dan indah padaku, syukur Ya Allah ;)

Disini ada beberapa detik manis syawal 2014 yang sempat aku dan family riakan bersama-sama dengan sanak saudara, yang lain banyak kat dalam tab kat rumah tak sempat yang copy .. kira okay lah ni ya hihi  ;p 





 


 
Salam pengakhiran syawal 2014 dan salam kemaafan buat semua. Segala kesilapan yang sengaja mahupun tidak .. sesiapa saja samaada kita saling mengenali ataupun tidak, in shaa Allah aku maafkan dunia dan akhirat... ;))

Thursday, July 10, 2014

Adakah penantian ai berbaloi ??

♥♥♥ KENSHIDO INTERNATIONAL - MEGA LIFE IN MAKING ♥♥♥

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Koranggg .... omg3 ... guess what ? korang nak taw tak, si pompuan bajet "gud3" yang se-office dengan ai tu, ya si lawyer mereng tu lerr .. U know what ? Bos ai dah kick out dia, berkuatkuasa dari sekarang ! hooyeahh ... happy ai, puas hati grrrrrr ..

Eh jap2, ala korang jangan salah faham pulak ... ai ni bukannya kejam sangat, bahagia di atas penderitaan orang lain, tapii ... seriously pompuan tu memang no manner, nama je lawyer, graduated in law, educated but dia tak pandai nak guna kan kepandaiannya ... selalu je cari pasal dengan ai, colleague ai, even dengan bos pun. Hellooo bos tu partner wokeh, yang pay salary every month ... pun dia tak respect. Can u imagine that, how rude she is ? Huh .. kesian ai tengok bos everyday, every moment kena tahan dengan perangai pompuan tu ... salah dia jugak, ambik staff tak siasat dulu .... asal nampak ada degree, master terus terima bulat2 hmmm ... 

ai guess lah kan, kali ni kompom 200 peratus bos ai dah hilang sabar ... sebab tu la dia tendang pompuan tu keluar ... tu pun masih lagi nak bergaduh, bertekak dengan bos ai taw .. hasihh taw la awak tu lawyer tapi jangan ingat awak boleh saman dan buat sesuka hati je ya .... rasanya awak pun TER-lupa kot, yang bos pun LAWYER jugak ...lebih senior dari awak taw.. so better watch out wokeh !   

Pada korangg ni ai ada nak bagi pesanan dan nasihat sikit ... tak kira lah sapa pun, sama2 lah kita beringat agar nasib yang sama tak menimpa ai taupun koranggg hokeh:-

PESANAN AI 
1. Jika dah tahu kita ni makan gaji, jangan lah sesekali ingkar mahupun cari pasal dengan majikan. Bukan apa takut2 nanti tak sempat hujung bulan, haaa macam ni lah jadinya, kena buang kerja tanpa notis... berkuatkuasa 24 jam! Nak ? 

2. Jaga hubungan dengan colleague kat office, jangan jadi katak bawah tempurung.. bergaul, buat baik dengan diorang. Buat apa lah nak cari gaduh, bermasam muka bagai.. tak tenteram hidup. jalinkan kerjasama yang bermuafakat sesama sendiri.

3. Tolong hormati menghormati sesama sendiri. Kalo kita nak orang hormatkan kita, tolong hormat orang dulu. Ingat "what u give, u get back" ... 

4. Jangan besar kepala ... wah mentang2 lah bos takde, nak besar kepala tunjuk lagak macam dia lah bos. Sedar diri, mana asal usul, berpijak dibumi yang nyata. kalo dah tahu kerja makan gaji, jangan nak over pulak eh..

5. Kalo diberikan assignment oleh bos, tolong jangan melawan. Terima je, biar pun susah, try dulu .. kalo tak reti tanya, tak salah kan berkongsi ilmu ni .. kata orang apa tu, malu bertanya sesat cari jalan .. sama lah jugak, sampai bila asik nak bagi alasan sama je tiap kali diberikan assignment ... fikir !!!!

6. Jangan buat musuh dengan colleague ... eh come on la, masa yang di habis kan kat office dengan colleague lagi lama kot dari bersama keluarga .. 5 day a week, 8 hour ok .. helloo .. come on, don't tell me that, you are so stupid.. berbaloi ke ? seriously crazy man... 

7. Bekerjasama .. give and take lah, ala takat benda yang remeh temeh tak yah la nak berkira sangatt .. bertolak ansur lah sesama sendiri, saling bantu membantu, kerja pun lagi senang.. in shaa Allah kerja kita akan lebih diberkati..

8. Last but not least jangan jadi batu api, penghasut, kaki kipas dan sebagainya .. yang sama waktu dengannya lah .. don't even once, cuba nak tikam dari belakang .. bukan apa takut2 tikaman tu makan diri sendiri nanti .. kesian ... ada fahamm..  
tetibe ai TER-miss dekat ex-colleague firm lama ai ... hmmm.. apa lah kabar diorang sekarang ni kan, harap2 baik semuanya.. in shaa Allah - kenangan terakhir ai bersama diorang di Sabah di Jeti Mamutik Island

DOAKAN KESELAMATAN DAN KEAMANAN BUAT GAZA │PRAY FOR GAZA

♥♥♥ KENSHIDO INTERNATIONAL - MEGA LIFE IN MAKING ♥♥♥ 

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Tak terungkap dengan bait kata-kata. Sayup, sedih melihat kesengsaraan dan penderitaan yang ditanggung oleh saudara se-islam di Gaza .. bertubi-tubi mereka diserang, ramai yang terkorban termasuklah anak-anak kecil. Apakah salah dan dosa mereka hingga di perlakuan sedemikian ?

Ya Allah .. hanya doa yang mampu kami pohon padaMu, Engkau turunkanlah dan timpakanlah bala dengan serta merta ke atas kaum israel laknatullah .. Engkau selamatkanlah rakyat di Gaza dari terus di sakiti dan di ratah oleh israil. Selamatkanlah saudara kami dan berikanlah perlindungan padaNya agar saudara se-islam kami di sana cekal dan tabah dalam menghadapi ujianMu ini .. Amin ya rabbal alamin ;’(  

P/s: semalam tengok kat berita TV3, satu majlis perkahwinan terpaksa dibatalkan kerana berlaku serangan dari udara…. Semua yang ada dalam majlis tersebut bertempiaran lagi untuk selamatkan diri. Ya Allah .. sampai bilakah rakyat di Gaza akan terus menerus dizalimi sebegini ?


#PRAY4GAZA

Wednesday, July 09, 2014

Sup Ikan Siakap Simple Sedap

♥♥♥ KENSHIDO INTERNATIONAL - MEGA LIFE IN MAKING ♥♥♥ 

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Semalam HasrulHassan.Com ada kongsikan Resepi Mudah Sup Kepala Ikan Merah kat blog miliknya. Walaupun nampak sangat simple tapi mengiurkan tekak, ai like .. Kebetulan pula memang dalam freeze ai ada ikan tapi bukan ikan merah la, siakap je .. Kebiasaan ikan siakap ai selalu masak 3 rasa, maklumlah ai ni bukannya terror sangat, takat ala kadar gitu boleh ler ... hihi..

Actually sesebelum ni ai tak penah pun buat sup yang berasaskan ikan .. ayam, daging tu selalu lah jugak ... hummm ... bagus jugak erk beliau buat sharing pasal resipi sup tu, at least dapat jugak ai ideal nak masak apa ... ekekeke ... ok, memandangkan ai pun dah try buat untuk sahur tadi, seriously nampak je simple tapi jujurnya yang simple tu lah yang sedap ... betul ai tak tipu, hubby ai pun suka, berselera je dia masa sahur tadi ... hee hee .. jom la ai kongsi kan hasil dan resipi nya kat blog ai pulak.. resipi ni ai dah ubahsuai sikit taw mengikut selera ai .... jom semak resipii ..


Bahan-Bahan 
1 ekor ikan siakap (size sederhana - untuk 2org makan)
2 1/2 cawan air 
1 biji bawang besar size sederhana
2 biji bawang putih 
sebesar ibujari halia
1biji kentang 
1 biji carrot - potong bulat 
2 biji Tomato 
Daun Sup 
garam dan bahan perasa secukupnya 
sedikit minyak untuk menumis

Caranya 
1. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia. 
2. Panaskan minyak dalam periuk, tuangkan bahan yang dah dikisar tadi dan tumis hingga naik bau.
3. Masukkan tomato, air, kentang, carrot dan daun sup masak hingga mendidih.
4. Letakkan garam dan bahan perasa, kemudian masukkan ikan. Jangan kacau kerana takut ikannya akan hancur nanti. biarkan sup mendidih.
5. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba !!!
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...