Wednesday, June 12, 2013

JJCM @ TAMAN BOTANIC PUTRAJAYA BERSAMA FAMILY

ASSALAMUALAIKUM 

Actually banyak yang nak diceritakan kat sini tapi entah lah kekadang tu sibuk sangat sampai takde mase pun nak berblog2 bagai ni kan. Bile ade time free tu pulak alamak aiii malasnye nak menaip2 ni kan, nak cari ideal nak buat ayat..waduhh rajin sangat lah aku ni kan (malas lah tu kot). time tu mula lah verangan kalo lah blog ni leh buat versi bile ko cakap jew secara automatic dia akan tertaip ngan sendiri kan gempak giler gituw kan hikhikhik...korang rase ade tak agak2 nye version cenggitu erk?? owh takde erk?? takpe lah mungkin 10 tahun akan datang mana lah tahu kot2 bende tu tercipta kan. Maklumlah dunia kan makin lama makin maju, bak kate owang putih tu ape "Nothing is impossible". Eh??? hokay memandangkan hari ni aku terlebih rajin dan excited nak share jew tapi malas nak menaip so ape kate kalo korang mane yang sudi tu tengok gambar dan suasana senja kala yang sempat aku snap kat sane tu. Rasenye kalo ade yang penah pegi mesti korang tahu camne rupe tempat tu. Siap ade pengantin wat photoshot lagi tau kat situ huh gituw kan, kelass ko jahhh hahaha..











#Mohon maaf jika gambar yang dishare kan tidak menepati citarasa or kurang cantik. Sorry lah yer sebab tak sempat lagi nak pegi kursus photoshot hahaha. Happy reading dan watching hokay. bye bye ^_^  

LEPAS GERAM JAP PEPAGI NI ....

ASSALAMUALAIKUM SELAMAT PAGI KORANG

Tak tahu nak mula macam mane ni, actually takde ape pun just geram sikit jew ni. cenggini pagi tadi aku masuk opis macam biasa lah kan, yang buat aku geram sangat2 ni dengan bos aku ni haah..aduh nak marah kang bos kang kalo diam kang makan hati ulam jantung lah jawapnye kan...

anak panah merah tu tempat aku :-(

Dah lah ubah tempat tak bagi tahu pastu abeh semua file2 penting aku terabur lintang pukang sane sini sampai nak cari pun susah. the most worse situation lagi bila client call ask for status aku dulu yang KO tau. Dah lah client2 aku ni pulak semuanye tahap2 VVIP lak tu. Paham2 sudah lah kan macam mane pael masing2 kan, Kalo dah file pun tak jumpe cari nak bagitahu status camne?? ko ingat aku mesin komputer?? Status semua dalam otak?? Dah lah file aku ko hilang kan pastu ko letak lak aku kat hujung dinding tu. aduh bengangnye aku..waaaa aku nak nangis guling guling ni. (tp dalam hati suka sb kalo aku duk hujung at least bos tak nampak aku ngah buat ape hahaha)...rase cam nak call bomba jew ni ngadu huhu...:-P

Tuesday, June 11, 2013

BLOGGER FEMES KERUGIAN RM350K


ASSALAMUALAIKUM, SELAMAT PETANG  

Entry aku kali ni nak share nasib or kisah malang yang menimpa Brother Nazuwan Ahmad, sorang blogger portal hiburan “BeautifulNara” yang femes amos tu. Dengar citer beliau kerugian kira2 RM350k apabila kereta mewah milik beliau BMW (bukan Best Man Win tu tau hahaha) dan juga wang tunai RM30 telah dibawa lari 3 lelaki yang tak dikenali di area Aman Puteri kira2 pukul 2 petang semalam. Huh!! Tersedak seduk jugak lah aku kan, Nak pulak time aku bace tu aku tengah minum air. Abeh tersembur kuar air dalam mulut aku tau. Adehh kan dah abeh file2 penting aku basah.waaaaaa nangis air mata paip aku, file ngan docs penting aku lengcun kena air kopi panas kot huhu…**nangis guling juling muling aku waaaaaa….**

(Kanan) Blogger BeautifulNara, Nazuwan.

Walaupun duit yang dibawa lari tu hanya 30 hengget jew bukan 30 ribu hengget. Ko ingat senang nak dapat petik jew terus ado, duit tu bukannyo jatuh bergolek2 dari langit tau. Hah kereta yang kena curi tu, ko ingat beli guna air liur bukak mulut jew terus dapat sebijik, tak yah nak bayar bagai. Kesian aku kat depa sekeluarga tak semena2 jadi mangsa samun dan rompak. Kos kerugiannya pulak bukannye ratus ringgit tapi ratusan ribu tau. Dah lah sekarang ni nak beli baru bukannye senang, lain lah kalo kayo rayo kan memang lain lah citonyo. Tapi waluapun kayo tapi duit oiii sapo tak sayang aiii…kate beliau mase kejadian beliau bersama istri ngan anak sedang melihat kerja ubahsuai rumah yang baru dibeli di area situ2 jugak lah, tetiba datang pulak kereta jenis Perodua MyVi hitam terus meluru ke arah depa sekeluarga. 3 lelaki bertopeng bersenjatakan parang keluar dan mula mengugut beliau. Dalam ketakutan demi keselamatan anak bini beliau turut kan saje kemahuan sipelaku kerna risau jika sipelaku bertindak diluar jangkaan. Kata beliau lagi mungkin sipelaku dah jadikan kereta tu sebagai sasaran. Selepas kejadian beliau telah ke balai polis Sungai Pelong, Kuang buat laporan. Sama2 lah kita doakan agar sipelaku tersebut dapat ditangkap dan dikenakan hukuman yang setimpal dengan perbuatannye tu kan. Mungkin hari ni hari beliau mana lah tahu kan esok lusa hari kita pulak kan. peringatan jugak buat beliau dan jugak diri aku dan korang jugak tau, semuga kita semua sentiasa beringat dan berhati2 dalam semua perkara pun..kate orang malang ni tak berbau. Bebile jew datang bebile jew pergi..


P/SKu: Pada Brother Nazuwan Ahmad, mungkin hari ni anda kehilangan harta dunia tapi bersyukur lah padaNya kerana anda tak kehilangan insan tersayang. Pasti ada hikmah disebalik kejadian tu. Sentiasa memohon dariNya nescaya Dia akan mendengarNya. In Shaa Allah…^_^

Monday, June 03, 2013

YEAYYY DAPAT DUIT BRIM 2.0 TAPI ADA CERITA DISEBALIKNYA

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM ISNIN

N3 aku hari ni nak citer skit pasal incident yang menimpa aku ngan hubby hari dek kerana Bantuan Rakyat 1Malaysia [BRIM 2.0]. Punya lah excited pestaim kot aku dapat BRIM ni. Dah orang bagi ambik je lah kan tak yah lah nak wat jual mahal sangat kan.  batak lah kejap kan hahaha. Lantak lah orang nak kate ape, ade aku kesah. Walaupun RM500 tu takde lah besar mane pun kan tapi syukur alhamdulillah dengan rezeki kurniaanNYA. Tapi yang buat aku risau ni date nak ambik tu dah overdue. Aduhhhaiii camne ni?? boleh ke??? boleh kot?? ke tak boleh?? aduhh pening ni. Arghh tak yah lah nak pening sangat, senang jew ajak hubby aku pergi LHDN semak status pemohonan. Dapat Alhamdulillah tapi kalo tak dapat anggap jew mungkin bukan rezeki kami kot. Tu jew ayat perangsang yang aku bagitahu hubby hikhikhik..gituw kan heee..

Hokay lah memandangkan hubby aku pun dah agreed nak gi sane so ape tunggu lagi. Jalan daaa hikhikhik...Mase dalam perjalanan antara simpang masuk ke putra heights, aku ngan hubby nyaris2 accident. Masyaallah!!!! Subhanaallah!!! Allahhuakhbar!!! mengucap panjang aku. Ya Allah, Tuhan jew yang tahu ape dalam otak aku ni. Tak terkate ape2 dah mase tu. Lidah badan kaku. Suare pun tak keluar kot kalo nak jerit. Takut, panik, gelabah semua bercampur baur. Tapi alhamdulillah syukur sangat2 tak ade ape2 buruk terjadi. beribu syukur kami padaMu Ya Allah. kami semua terselamat dari accident tu kerana kereta ditengah2 (antara depan dan belakang (kereta aku)) nekad bertindak dengan pantas menggelak ke kiri walaupun keadaan jalan mase tu penuh dengan kenderaan. kalo tak memang dah kompom2 kami semua terlantar kat hospital dah agaknye sekarang ni. Semua berpunca dari lori yang bawak tayar. Dah lah tak ikat dengan kemas pastu membahayakan pemandu lain. B***h punye driver, tak de otak ke nak pikir..tak dapat aku bayangkan kalo aku bawak anak2 aku ikut same tadi dah kompom2 yang kat belakang pun boleh terbang kedepan tau tak. Nasib kami baek sebab perkara camtu buruk tak jadi. mintak simpang lah. Kalo tak memang tak berbaloi langsung dapat duit BRIM 2.0 tu.


PESANAN DARI AKU SELAKU PENGGUNA JALANRAYA: 

KEPADA SEMUA PEMANDU2 TAK KESAH LAH KENDERAAN BERAT MAHUPUN RINGAN TOLONG LAH BERTIMBANG RASA DAN TOLONG UTAMAKAN KESELAMATAN PARA PENGGUNA JALANRAYA YANG LAIN. KAMI JUGAK BERHAK GUNA HIGHWAY BUKAN KORANG JEW HOKAY. KALO PUN KORANG TAK SAYANG NYAWA SENDIRI TAPI FIKIRKANLAH NYAWA PENGGUNA YANG LAIN. MUNGKIN NYAWA KORANG BOLEH BELI KAT PASAR TAPI NYAWA KAMI AMAT BERHARGA TAU. BANYAK ORANG MENANTI KEPULANGAN KAMI DENGAN SELAMAT. KERAJAAN BINA JALANRAYA UNTUK KESENANGAN BERSAMA BUKAN UNTUK DIJADIKAN PUSARA TAK BERTANDA. SO FIKIR2KANLAH. INGAT HIDUP KITA SEKALI SAHAJA, SO HARGAILAH NYAWA ANDA DAN JUGA PENGGUNA LAIN HOKAYY....

     

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...